ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Wednesday 2 January 2013

Kafirkan Ayah Kerana Amanat Hadi - Hulubalang PAS


Kuala Terengganu 2 Jan - ''Saya perdengarkan kaset ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang berkait dengan amanat itu dan ayah bertanya adakah dia kafir kerana menyokong UMNO dan saya menjawab begitulah. Air matanya bergenang."


''Ketika itu saya tidak merasa apa-apa tetapi apabila mengenangnya kini, saya tak mampu mengungkapkan apa yang saya rasakan kini," ujar Abdul Rashid mengimbas keterlanjurannya yang sangat dikesali sehingga kini." 


Abdul Rashid Abdul Wahab 65, merupakan salah seorang Hulubalang PAS Terengganu yang sanggup melakukan apa sahaja demi Jihad bagi memberi kemenangan kepada PAS yang juga telah diyakinkan dengan perjuangan Syiah Iran dan Mujahiddin Afghanistan. Beliau sanggup mengkafirkan ayahnya sendiri kerana berpegang kepada amanat Hadi Awang dengan harapan bapanya akan menjadi ahli PAS dan menyokong PAS.

Jika penyokong PAS bertanya mengapa Hadi Awang perlu bertaubat, inilah sebabnya kerana Hadi Awang telah memesongkan akidah dan membawa perjuangan Syiah dalam Malaysia yang telah memecahbelahkan hubungan antara anak dan ayah dan juga masyarakat Islam di Malaysia. 

Isu amanat Hadi Awang ini tidak dapat disangkalkan lagi telah menyesatkan kerana seorang demi seorang tampil menceritakan mengenai perkara sebenar mereka yang satu ketika dahulu berpegang teguh kepada amanat Hadi sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi PAS, dalam perjuangan PAS Matlamat Telah Menghalalkan Sebarang Cara demi Undi dan Kuasa.
p/s - Matlamat menghalalkan cara sehinggakan menyebabkan rakyat tergelincir daripada landasan akidah, Hadi wajib bertaubat.

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih