ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Saturday 12 January 2013

Polis Bertindak Ganas Belasah Peserta #KL112? @PDRMsia


Kuala Lumpur 12 Jan - Akhirnya selesai #KL112 hari ini dengan tiada sebarang tindakan ganas peserta. Noktah himpunan selesai dalam keadaan aman dan tiada sebarang provokasi daripada peserta. 

Himpunan kali ini menunjukkan bahawa pihak PDRM tidak bertindak kejam, zalim mahupun ganas seperti yang dicanangkan oleh himpunan sebelum ini yang dikenali sebagai himpunan bersih 3.0. Pihak PDRM selama ini telah menjaga keselamatan setiap kali terdapat himpunan namun peserta sendiri yang mencemari suasana dengan skuad tempur untuk membuatkan tindakan daripada PDRM.

PDRM wajar di ucapkan tahniah oleh seluruh rakyat Malaysia kerana berjaya mengawal himpunan dan lalu lintas dengan baik. Himpunan kali ini sekaligus membersihkan imej PDRM yang selama ini dihina dicaci, dimaki kerana kononnya mereka bertindak ganas. 

p/s - Tahniah PDRM, himpunan gagal kali ini. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih