ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Monday, 31 December 2012

Dataran Merdeka di Banjiri Penyokong Oren?


Kuala Lumpur 31 Dis - Pada Pukul 8 pagi tadi telah berlansung Larian Tahun Baru 2013 anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Rais Yatim. Para peserta telah diberikan baju berwarna oren untuk larian sejauh 5 Kilometer ini yang telah dibahagikan kepada enam kategori. 

A - Lelaki Terbuka (18 - 40 Tahun)
B - Wanita Terbuka (18 - 35 Tahun)
C - Lelaki Veteran (40 Tahun)
D - Wanita Veteran (36 Tahun)
E - Lelaki Junior (13 - 17 Tahun)
F - Wanita Junior (13 - 17 Tahun)



Anjuran larian ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua peringkat umur daripada golongan anak muda sehinggalah golongan veteran seluruh pelusuk negara. YB Datuk Seri Rais Yatim dan isteri juga telah menyertai larian ini untuk kategori VVIP dan YB Datuk Seri Rais Yatim telah mendapat tempat yang kedua dalam larian ini. 

Hadiah yang lumayan juga telah disediakan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bagi Juara akan mendapat RM3000, tempat kedua RM2000 dan tempat ketiga RM1000 beserta pingat. 

Program-program seperti ini dapat memberikan kesan untuk kesihatan dan juga memberi ruang kepada anak muda dan veteran menunjukkan kehandalan mereka dalam menguji fizikal mereka. 

Program ini juga dapat menunjukkan kepada negara luar bahawa sambutan ambang tahun baru di Malaysia memberikan sesuatu yang bermanfaat kepada rakyat disamping dapat mengeratkan silaturrahim dan dapat bertemu pemimpin secara lebih dekat daripada segelintir golongan anak muda yang membuat mogok lapar dan berkhemah di Dataran Merdeka bagi menunjukkan protes.

Terdapat segelintir Mahasiswa atau lebih dikenali Mahasewel telah membuat mogok lapar di Dataran Merdeka namun mereka terpaksa berpindah kerana sambutan tahun baru pada detik 12 malam ini akan disambut ribuan Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Sewaktu TS pergi ke program larian pagi tadi tidak kelihatan mahasewel yang membuat mogok lapar di Dataran Merdeka.

TS berkongsi beberapa keping gambar sepanjang program pada pagi tadi, bukannya himpunan oren di Dataran Merdeka, 







p/s - Tahniah kepada Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan atas anjuran yang bermanfaat untuk ambang tahun baru 2013. 






Syiah Dalam PAS Mesti Dihapuskan!


Kuala Lumpur 31 Dis - Anak kepada bekas Presiden PAS, Ustaz Fadzil Noor iaitu Ustaz Ahmad Fauwaz Fadzil melahirkan kekecewaannya terhadap akhbar Harakah yang begitu pro kepada Syiah dan mendahului kenyataan Pemimpin Iran yang begitu anti kepada Ahli Sunnah daripada kenyataan Dr Mursi yang merupakan seorang Ahli Sunnah. Beliau juga menegaskan bahawa mereka yang berfahaman Syiah perlu dibuang daripada parti PAS.

“PAS mesti menjadi medan perjuangan ahli sunnah wal jamaah seperti yang berlaku kepada Ikhwanul Muslimin. Ikhwan adalah kefahaman sunni seratus peratus, tiada Syiah dalam Ikhwan,”  Ahmad Fauwaz 

Kenyataan Ahmad Fauwaz ini menunjukkan bahawa golongon Syiah telah mula menguasai PAS semenjak bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin tewas kepada Mat Sabu dalam pemilihan timbalan presiden yang lepas. 

Pada waktu ini PAS bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah langsung dari pemimpin parti yang berkiblatkan idealisme Anwar Ibrahim malahan turut menghadapi senario lain yang telah lama membarah dalam struktur kepimpinannya.



Mengikut satu sumber yang rapat dengan kepimpinan PAS Pusat, faktor lain yang turut memainkan peranan menambah tekanan ke arah usaha menyingkirkan Ustaz Nasharuddin juga mempunyai kaitan rapat dengan inisiatif sekumpulan pemimpin pro Syiah yang mahu menguasai secara total struktur kepimpinan PAS sekarang.

Teguran keras Ustaz Nasharuddin terhadap PAS berhubung hubungannya dengan DAP serta faktor penyiaran fotonya menemani Perdana Menteri di Mekah Al-Mukarramah tempohari hanyalah menjadi sebab konkrit bagi membolehkan kumpulan Pro-Syiah merealisasikan usaha "mencantas" pengaruh Ustaz Nasharuddin dalam parti.

Kumpulan pemimpin terbabit yang berimamkan Timbalan Presiden PAS sekarang iaitu Mohammad Sabu (Mat Sabu) dilihat sedang cuba mengembangkan pengaruh mereka dengan cuba "mencantas" seramai mungkin pemimpin parti yang diyakini akan merencatkan perencanaan mereka untuk menguasai tampuk kepimpinan PAS.


Dengan dokongan dan kerjasama yang dijalinkan bersama kumpulan Pro-Anwarinas, ia menjadikan usaha-usaha sedemikian dilihat semakin mudah untuk dilakukan dan ketika ini masing-masing kebetulannya berdepan musuh yang sama dalam parti.

Sekiranya usaha-usaha terancang yang dilakukan sekarang berjaya menyingkirkan Ustaz Nasharuddin dari PAS, tidak syak lagi dalam jangka waktu terdekat atau paling lambat selepas PRU 13 kelak, kita akan meyaksikan satu lagi perubahan drastik yang akan turut menarik turun Hadi Awang dan Haron Din dari kedudukan mereka sekarang.

Beberapa buah kitab Syiah yand di jadikan bahan rujukan dan sebahgiannya telah di terjemah ke dalam bahasa Melayu telah di kesan di pasaran buku, diantaranya - 

1. KASYF AL-ASRAR. Oleh Ayatullah al-Khomeini.
2. AL- HUKUMAH AL-ISLAMIAH. Oleh Ayatullah al-Khomeini.
3. AL-SAB-’AH MIN AL-SALAF. Oleh Ayatullah al-Murtadza-Zubaidi.
4. AL-USUL MIN AL-KAFI. Oleh Al-Sheikh Muhammad bin Yaacob al-Kulaini (tahun 1338H).
5. TAHRIR AL-WASILAH. Oleh Ayatullah al- Khomeini.
6. AL-MURAJA’AT. Oleh Al-Sheikh Abdul Husin Syarafuddin al-Musawi.
7. PESHAWAR NIGHTS. Oleh Al-Sayyid Muhammad Rais al- Wahidin.
8. MAFATIH AL-JINAN. Oleh Sheikh Abbas al-Qummi.
9. MINHAJ KEBENARAN DAN PENDEDAHANNYA ( Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan
Ijtihad). Oleh Al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, di terjemah oleh Prof. Madya
Dr Lutpi Ibrahim (tahun 1993).
10. MENGAPA AKU MEMILIH AHLUL BAIT A.S? Oleh Syeikh Muhammad Mar’i al- Amin
al- Antaki dan di terjemah oleh Prof. Madya Dr Lutpi Ibrahim (tahun 1993).
11. AL-SAHABAH. Oleh Haidar.
12 AHLU AL-BAIT. Oleh Dr. Mahfuz Mohamed.

Pengaruh fahaman Syiah ini kian menular ke negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Antaranya negeri Kelantan, Johor, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Pengikut nya adalah bilangan yang terbesar berbanding dengan kumpulan yang lain.

Gejala-gejala Syiah yang timbul akihat dan fahaman dan ajaran Syiah ini ialah -

1. Adanya usaha menghantar pelajar-pelajar melanjutkan pelajaran ke Iran.
2. Wujudnya kes kahwin Mut’ah.
3. Meluasnya penyebaran buku-buku Syiah.
4. Wujudnya sokongan dari golongan-golongan tertentu kepada pengaruh Syiah terutama
golongan Ahli Politik.
5. Wujudnya kesamaran dan keraguan orang ramai terhadap ajaran dan pegangan Islam yang sebenar, contohnya dalam aspek perkahwinan, pengkebumian dan sebagainya.

p/s - Kepada rakyat Malaysia hari ini sedarlah bahawa Syiah telah menular dalam masyarakat kita, oleh yang demikian, berhati-hatilah dengan Puak Syiah ini.

Thursday, 27 December 2012

Nik Aziz Terus Inginkan Rakyat Tergelincir Daripada Akidah!

Rantau Panjang 27 Dis - Nik Aziz ingin terus membiarkan rakyat tergelincir daripada akidah apabila meminta Presiden PAS, Hadi Awang supaya tidak tunduk kepada pelbagai desakan supaya menarik semula amanat yang telah dibuatnya pada tahun 1981.

"Agama ini bukan hak Haji Hadi seorang, agama ini hak semua, maka kerana apa pihak berkenaan tidak mahu berdepan dengan Haji Hadi, kerana apa, takut?

"Ajar puak penakut ini, takut tidak dapat duit, biar Haji Hadi tegap dengan keputusan dia," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan banjir di sekitar Rantau Panjang di sini hari ini.

Nik Aziz mengatakan bahawa pihak yang mempertikaikan isu amanat ini adalah penakut kerana tidak mahu berdepan dengan Hadi Awang. Nik Aziz terlupa bahawa 31 tahun lalu Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah membuat teguran secara rasmi kepada Hadi Awang menerusi surat rasmi pada tahun 1981 adalah merupakan fatwa yang masih digunakan sehingga hari ini dan mengapa Hadi Awang terus berdiam diri sehingga hari ini tanpa ada sebarang penjelasan.

MAIK telah bermesyuarat 31 tahun lepas dan telah dibahaskan menggunakan kitab-kitab tafsir dan kitab-kitab tauhid ulama muktabar. Hasil perbincangan telah memutuskan bahawa kesemua lapan perkara yang dibincangkan adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan mendatangkan bahaya kepada akidah dan perpaduan umat islam.


p/s - Nik Aziz sudah-sudahlah, kembalikan semula Islam dan mengikut Ahlul Sunnah Wal Jamaah, MAIK dah keluarkan fatwa mengikut nas-nas dan kita-kitab, jangan dipertikaikan lagi, banyak sudah terpesong daripada landasan Islam. Islam didahulukan bukan politik menjadi keutamaan. 

Wednesday, 26 December 2012

Amanat Hadi Bertentangan Ajaran Islam! - MAIK

Kota Bharu 26 Dis - 31 Tahun lepas Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah membuat teguran secara rasmi kepada Hadi Awang menerusi surat rasmi pada tahun 1981 adalah merupakan fatwa yang masih digunakan sehingga hari ini.

Teguran tersebut telah dibuat hasil daripada mesyuarat Jemaah Ulama MAIK yang telah dipengerusikan oleh Mufti Kelantan yang kelapan, Allahyarham Datuk Mohd Noor Ibrahim bagi membincangkan isu kafir mengkafir sesama islam pada 31 tahun lepas.

"Jabatan Mufti telah mengeluarkan fatwa dan telah membuat teguran terhadap amanat Hadi Awang dan selebihnya adalah tanggungjawab pihak berkuasa dan mahkamah syariah". Kata Mufti Kelantan Mohamad Syukri Mohamad.

Tindakan yang boleh dibuat oleh jabatan mufti hanya boleh mengeluarkan fatwa dan selebihnya bergantung kepada kepada penguatkuasaan dan badan kehakiman. 

Pembahagian tugas sudah dibahagikan kepada tiga iaitu badan yang mengeluarkan fatwa, badan penguat kuasa dan badan kehakiman, jadi soalan seharusnya ditanya kepada bahagian penguatkuasaan.

Keputusan fatwa Jemaah Ulama pada 15 Jamadil Akhir 1401 Hijrah telah dibahaskan menggunakan kitab-kitab tafsir dan kitab-kitab tauhid ulama muktabar. Hasil perbincangan telah memutuskan bahawa kesemua lapan perkara yang dibincangkan adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan mendatangkan bahaya kepada akidah dan perpaduan umat islam. 

Antara akibat terlalu taksub dengan amanat Hadi Awang terjadinya perkara pembayaran zakat fitrah hanya dilunaskan kepada imam yang menyokong PAS sahaja walaupun diluar mukim dan menunaikan fardhu Jumaat di masjid tertentu sahaja. perkara ini disahkan oleh Shokri Mohd. Nor, 68, Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pasir Puteh sekitar tahun 2000, ketika menceritakan perkara itu menyatakan kekesalan di atas keterlanjuran itu sepanjang bergiat aktif sebagai aktivis tegar Pas sejak 40 tahun lalu.

Turut dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah akad nikah yang dibuat oleh imam UMNO perlu diperbaharui, mayat orang UMNO tidak boleh dikebumikan di tanah perkuburan Islam, jenazah orang UMNO tidak boleh disembahyangkan kerana murtad dan orang UMNO tidak boleh melakukan sembahyang jenazah terhadap orang bukan UMNO serta orang UMNO tidak perlu sembahyang atau menunaikan haji kerana amalan mereka tidak diterima Islam.

Berikut nama-nama Jemaah Ulama yang bermesyuarat pada tahun 1981.

Datuk Ismail Yusoff - Timbalan Mufti Kerajaan Kelantan.

Abd. Aziz Abu Bakar - Pondok Terusan,Pasir Tumbuh.

Abul Ghani Awang Chik - Pondok Kubang Bemban, Pasir Mas.

Mohamad Yusoff - 383 Jalan Atas Banggol. Kota Bahru.

Hassan bin Haji Ismail - Maahad Muhammadi,Kota Baru.

Abdullah Abd. Rahman - Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas.

Hasbullah Mohd. Hassan - Imam Besar Masjid Muhammadi.

Hassan Idris - Penolong Pengarah Yayasan Sekolah Agama Kelantan (JASA) Lundang, Kota Bahru.

p/s - MAIK telah mengeluarkan fatwa setelah bermesyuarat pada tahun 1981 yang mengatakan amanat Hadi Awang bertentangan dengan ajaran Islam dan boleh mengakibatkan kita tergelincir daripada akidah, siapakah kita untuk mempertikaikan fatwa Jabatan Mufti?

Tuesday, 25 December 2012

PEKIDA Terus Pertahan Agama, Bangsa dan Negara!


Nibong Tebal 25 Dis - Mesyuarat agung Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) kali ke-18 berlangsung di Dewan Ibnu Sina MRSM Transkrian Nibong Tebal Pulau Pinang yang telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohd Ali Rustam. 

Menurut Presiden Pekida Malaysia, Ayahanda Jamaludin Mohd Yusof, Keanggotaan Pekida seluruh Malaysia kini telah menjangkau 300,000 orang dan jumlah ini amat penting bagi menguatkan pertubuhan serta memperjuangkan matlamat penubuhan Pekida. 

MISI DAN VISI PEKIDA MALAYSIA
1. Kami berikrar dengan bersungguh-sungguh untuk mendukung hala tuju baru PEKIDA Malaysia.
2. Kami berjanji mematuhi peruntukkan perlembagaan sebagai dan menjadi ahli yang berdaftar dan terus berusaha mencapai objektif pertubuhan supaya menjadi sebuah organisasi Melayu yang terulung.
3. Kami akan bergiat secara aktif dalam bidang ekonomi yang menyumbang ke arah pertumbuhan ekonomi negara. Menyokong aktiviti meningkatkan pemilikan harta melalui Yayasan PEKIDA Malaysia. Meningkatkan pendapatan dan keuntungan dari perniagaan dalam Koperasi PEKIDA Bhd.
4. Kami terus mempergiatkan kerja-kerja kebajikan dikalangan ahli-ahli PEKIDA Malaysia.
5. Kami berusaha menimba ilmu yang memberi manfaat sesuai dengan keperluan negara bagi menjadi masyarakat yang berilmu dan bermaklumat, kreatif, inovatif dan mempunyai pemikran kelas satu.
6. Kami komited untuk menyediakan tabung bagi membiayai aktiviti pelaburan, perniagaan, ikuiti dan pendidikan.
7. Kami berusaha bersunggu-sungguh untuk menyuburkan semangat perpaduan dikalangan ahli dan juga perpaduan nasional bagi menjamin kehidupan yang makmur, bahagia dan sejahtera.


Menurut Presiden Pekida Malaysia lagi, "Kita sebagai anggota (PEKIDA) mempunyai tugas yang berat  begi memastikan kestabilan politik negara dikekalkan supaya negara akan terus aman dan damai". Katanya ketika berucap pada persidangan agung Pekida ke-18.

"Kita tidak mahu satu hari nanti kita terpaksa menangis di belakang pintu disebakan oleh kita gagal mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara kita sendiri"

Disamping itu beliau juga menyeru semua semua ahli Pekida menyokong kerajaan sedia ada yang sudah terbukti banyak membangunkan syiar Islam dan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu semenjak negara mencapai kemerdekaan hingga kini.

"Hanya kerajaan sedia ada sekarang ini akan terus memberikan kemakmuran, kesejahteraan, dan kebajikan kepada rakyat. Jadi saya minta semua anggota Pekida agar terus menyokong kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sekarang ini agar semua yang diperoleh sekarang ini berterusan untuk anak cucu kita." katanya.

p/s - Selamat bermesyuarat kepada Pekida Malaysia, semoga Allah merahmati perjuangan demi Agama, Bangsa dan Negara.

Monday, 24 December 2012

Peneroka Dihalang Mendengar Ceramah PAS?

Temerloh 24 Dis - Peneroka di Jengka 11 telah di halang untuk mendengar ceramah PAS di Markas PAS Jengka 11 telah membuat laporan Polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) PDRM di Temerloh.

Dalam laporan Polis yang dibuat oleh Zaharudin Noh 42, Polis Bantuan Felda telah bertindak menghalang jalan dan membuat sekatan bagi menghalang penduduk keluar. 

Zaharudin yang juga ahli PAS mendakwa bahawa akibat sekatan tersebut, ceramah PAS cawangan gagal diadakan walaupun polis telah mengeluarkan permit. Tambahnya lagi, hal ini telah mencabul demokrasi yang berada di Malaysia.

Terdapat satu lagi laporan polis dibuat oleh Muhammad Syafie Md Esa dari Jengka 23, berikutan sekatan rombongan Jelajah Oren daripada memasuki tanah rancangan berkenaan sedangkan Jelajah Oren ke kawasan tersebut telah mendapat kebenaran daripada IPD Maran. 

Dalam laporannya, Syafie menjelaskan rombongan mereka sepatutnya berkumpul dan melaksanakan program di markas PAS Jengka 23, tetapi mendakwa dihalang pasukan Rela, pengurusan Felda Jengka dan JKKR. 

Turut berada di IPD ialah Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka PAS Pahang Md Jusoh Darus, Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Pengerusi Anak Pahang Yohanis Ahmad, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Mohamad, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang Abdul Majid Hasan serta para peneroka.

Kelmarin, Jelajah Oren Selamatkan Felda berkonvoi dengan kira-kira 50 buah kereta dan 50 buah motosikal melibatkan kawasan Felda di Parlimen Bera, Maran, Kuala Krau dan Jerantut.

Program jelajah mendapat sambutan baik oleh penduduk tempatan apabila bermula kira-kira pukul 9 pagi di Felda Bukit Kepayang, Bera dengan aktiviti ceramah dan mengedar risalah.

Rombongan yang kemudiannya bergerak ke Felda Kampung Awah, Maran selepas itu juga mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk di situ apabila dibenarkan masuk berceramah, makan tengah hari dan sembahyang Zohor di masjid di situ.

Aktiviti mengedar risalah diteruskan di pasar malam Bandar Tun Razak Jengka. Ceramah pada sebelah malam yang sepatutnya diadakan di markas PAS Jengka 11, terpaksa diadakan di hadapan kedai.

Video

p/s - Biarkan peneroka ini nak pergi mendengar ceramah PAS, biar mereka menilai sendiri bukannya di halang, para peneroka juga kena beringat siapa membela mereka sehingga menikmati kesenangan sehingga hari ini. 

Sunday, 23 December 2012

Pejuang Tegar PAS Pula Amat Kesal Menyertai PAS!

Kuala Lumpur 23 Dis - Biografi 

NAMA ZAINON ISMAIL tidak begitu dikenali ramai kerana figura bertubuh kecil tetapi berhati waja ini lebih dikenali dengan nama C.N. Al-Afghani. Nama itu sebenarnya merujuk kepada Cikgu Non.


Manakala Al-Afghani itu pula kerana beliau pernah berjuang bersama Mujahiddin di bumi Afghanistan demi mencari syahid ekoran pegangan beliau selepas taksub dengan amanat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Akibat amanat Abdul Hadi yang mengkafirkan UMNO pada tahun 1981, perjalanan hidup C.N Afghani berubah secara drastik. Dek kerana ketaksuban terhadap amanat tersebut beliau tidak lagi mampu berfikir dengan kewarasan akal apabila sanggup mengkafirkan abang dan ayah sendiri.

Beliau juga terlibat dalam cubaan untuk menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Beliau yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun kerana dakwaan terlibat mengetuai Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM) C.N. Afghani tampil menceritakan kepada wartawan Wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA kenapa beliau melahirkan buku Kafirkan Aku? yang memaparkan kepincangan politik Pas.

Lihatlah bagaimana seorang pejuang tegar PAS membongkar topeng disebalik Parti Islam Semalaysia (PAS)  yang dikatakan lebih Islam dan lebih warak daripada parti UMNO yang kafir kerana menentang hukum Allah, pendedahan ini dibuat setelah beliau menjadi antara pejuang yang benar-benar ingin menegakkan kebenaran dan bagaimana beliau dipecat daripada PAS dan begitu taksub dengan amanat Abdul Hadi Awang. 

Penyokong PAS mungkin tidak akan berpuas hati dengan cerita Cikgu Non, tetapi inilah kebenaran yang perlu kita hayati, tidak salah menyokong tetapi kembalilah ke landasan yang sebenar dan bukannya matlamat menghalalkan cara demi kuasa. ingatlah 3 huruf 'TA' yang menjadi rebutan dan boleh mengubah seseorang, pertama har'TA', kedua wani'TA' dan yang ketiga takh'TA'. Marilah kita menghayati pendedahan suara hati Cikgu Non, semoga pendedahan Cikgu Non membuka hati kita semua sebagai Rakyat yang pandai dan cerdik menilai pemimpin. 




MINGGUAN: Sebagai seorang bekas aktivis dan ahli seumur hidup yang begitu tegar dengan perjuangan Pas, apa sebenarnya yang mendorong saudara menghasilkan buku Kafirkah Aku?

ZAINON: Pertama sekali atas kepentingan ummah berdasarkan pengalaman saya sendiri semasa mengkafirkan keluarga terutama abang saya hanya kerana dia ada jawatan dalam UMNO Perlis. Cukup lama saya putuskan hubungan dengan dia. Akhirnya saya fikir sampai bila? Benda ini mempengaruhi saya begitu lama. Ketenangan saya terganggu dengan isu ini.

Hubungan saya dengan bapa juga renggang pasal isu ini. Sebelah isteri pun sama. Saya tidak ziarah kalau mereka ada hubungan dengan UMNO, saya tidak pernah bermalam di rumah bapa mertua malah ketika dia meninggal dunia pun saya tak ziarah secara sepatutnya. Saya tahu dia meninggal dunia tapi sengaja tidak segera untuk pergi ziarah. Saya tidak sembahyangkan jenazah bapa mertua. Saya cuma pergi masa dia dah dibawa ke kubur.

Bukan saya sahaja yang terbelenggu dengan masalah ini. Ramai lagi ahli-ahli Pas yang berpegang kepada prinsip seperti saya berdepan dengan dilema yang sama. Jadi bagaimana nak selesaikan masalah ini. Ia soal akidah yang penghujung syurga atau neraka.

Maknanya selagi saya tidak selesaikan isu ini, sampai ke hari ini saya rasa berdosa. Dosa mengkafirkan ayah dan abang serta saudara seagama ini begitu menghantui saya sehingga akhirnya saya fikir tidak boleh lagi berdiam diri sebab itu saya menghasilkan buku Kafirkah Aku. Ia satu dakwah untuk menyedarkan ahli-ahli Pas dan masyarakat umum.

Sebagai seorang anak dan adik, apa perasaan saudara di kala ucapan kafir itu dilafazkan kepada ayah dan abang.

ZAINON: Isu ini bukan berlaku kepada diri saya sahaja. Sebaik sahaja terbit Amanat Haji Hadi, sepanjang malam kami di dalam Pas mengadakan usrah. Dalam usrah itu kita bincang isu soal kafir mengkafir dan kita berpegang kepada keputusan perbincangan iaitu UMNO kafir. Maka, sesiapa sahaja yang terlibat dengan UMNO walaupun saudara kandung mahu pun ibu bapa sendiri mereka kafir. Oleh kerana amanat itu, kita ahli-ahli Pas percaya perpisahan kami dengan saudara kandungan dan ibu bapa itu kerana Allah SWT.

Bila kita percaya perpisahan itu kerana Allah, ahli Pas percaya apabila meninggal dunia kelak tiada dosa apa-apa kerana mereka itu tadi kita anggap melanggar hukum Allah. Mereka bersubahat kerana bersetuju mengundi UMNO. Maknanya, kami rasa jalan yang diambil itu memang betul bertepatan dengan hukum kerana apa yang diberitahu oleh kepimpinan Pas begitu. Jadi kita peganglah kepada benda ini.

Ayah saya memang kecewa dan dia pernah tulis surat. Surat itu ada pada saya sampai hari ini. Abang saya pula bila malam saya cakap terus terang bahawa antara kita putus hubungan adik-beradik, dia tersangat kecewa hingga dia kata: "Takkan sampai macam tu sekali kot" tapi malam itu saya kata balik: "memang macam inilah...Prinsip kami macam inilah,".

Apa sebenarnya peristiwa yang menerbitkan keinsafan kepada saudara kerana selama bersama Pas, saudara bukan sahaja sanggup mengkafirkan keluarga sendiri malah berhijrah ke Afghanistan kerana yakin dengan jihad dan syahid yang cuba diimplimentasi di Malaysia?

ZAINON : Sempadan keinsafan saya ini selepas berlakunya penyelewengan tabung memali. Akibat cuba mendedahkan isu penyelewengan ini saya dipecat dari Pas. Kemudian selepas 2008, apabila Pas merampas Kedah tetapi tidak melaksanakan beberapa tuntutan hukum berkait dengan judi dan arak dan ia direstui oleh pimpinan Pas Pusat termasuk oleh Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. Ini mengukuhkan lagi kesedaran saya.

Kami di dalam Pas sebelum ini dididik menganggap UMNO sebagai parti taghut antaranya kerana tidak menghapuskan judi dan arak tapi kerajaan Pas Kedah hari ini menghalalkan apa yang dilarang oleh hukum sebagai mana yang dijelaskan oleh Abdul Hadi pada awal tahun 80-an. Sekarang ini, Kedah mengamalkan perkara sama yang telah difatwakan sebelum ini sebagai kafir. Ini bermakna kerajaan Pas Kedah juga taghut.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan dalam Pas, adakah saudara percaya punca utama perpecahan di kalangan orang Melayu pada hari ini adalah disebabkan Pas yang memperalat agama mengikut acuan dan kepentingan politik sendiri?

ZAINON : Dulu memang saya pun berpegang kepada Amanat Haji Hadi iaitu UMNO kafir. Sebelum saya berpegang dengan amanat itu hubungan saya dengan ahli keluarga dan masyarakat tiada masalah. Masa kenduri-kendara pun kita bersama, tiada sempadan perpisahan. Tapi bila amanat itu keluar pada 1981 dan kami berpegang kepada fatwa UMNO itu kafir, di situlah bermula kita memisahkan diri.

Walau sebaik mana pun UMNO cuba berbaik, kita akan tolak. Mereka jemput ke majlis pun kita akan tolak kerana tidak mahu makan bercampur dengan orang 'kafir' dan kita memang diajar begitu. Dari situlah mula keluar fatwa sembelihan orang UMNO tidak sah, jenazah orang UMNO haram ke atas ahli Pas untuk sembahyang dan mandikan, perkahwinan dengan orang UMNO tidak sah dan banyak lagi.

Perpecahan ini memang berpunca daripada sikap pemimpin Pas dari dulu hingga sekarang. Orang Pas sendiri tidak mahu berbaik-baik dengan orang UMNO. Malah mereka akan memberi pelbagai alasan yang tidak logik dalam mewajarkan perkara ini. Contoh terbaik sekarang ini, mereka kata bantuan yang dihulurkan kerajaan itu walau baik macam mana pun untuk rakyat, penuh dengan 'racun'.

Selepas melihat dan melalui sendiri perpecahan ini adalah saudara merasa perjuangan yang cuba digerakkan ini sebagai jihad untuk menyatukan kembali umat Islam di Malaysia ini?

ZAINON: Saya tidak boleh mendiamkan diri, saya kena berjuang untuk menyelesaikan masalah ini dan tiada cara lain melainkan secara terbuka saya menyeru Abdul Hadi yang mengeluarkan amanat itu supaya ambil satu sikap lebih bertanggungjawab, kerana selagi mana beliau tidak tarik amanat itu. Selagi itulah ahli-ahli Pas yang memegang prinsip seperti saya ini akan terdedah dengan masalah yang menekan perasaan kami sampai bila-bila

Abdul Hadi perlu sedar, kesan perpecahan akibat amanat beliau itu cukup besar seperti terjadinya peristiwa memali, solat dua imam, bercerai-berai dan macam-macam lagi. Ini perkara serius, apa lagi benda yang serius dalam agama selain akidah? Dalam isu kafir mengkafir ini semua ulama sudah mengatakan selagi mana orang tu mengucap dua kalimah syahadah, tidak boleh mengkafirkan orang tetapi kenapa pemimpin Pas sehingga ke hari ini, bersetuju mengkafirkan UMNO.

Ketika memulakan usaha ini, saya sedar risiko, ugutan, serta akan hilang kawan tetapi apabila direnung, saya tidak boleh lagi mengambil sikap berdiam diri. Maka, saya mengambil ketetapan untuk menjaga kepentingan ummah khususnya perpaduan umat Islam lebih daripada perasaan sayang saya kepada Pas. Saya terpaksa ketepikan ini semua demi selamatkan ummah dan Islam.

Semakin tinggi ilmu agama seseorang itu sepatutnya dia semakin tawaduk dan merendah diri tetapi dalam soal amanat ini meskipun telah menyebab perpecahan, Abdul Hadi cukup degil dan tidak mahu tarik balik, mengapa itu berlaku?

ZAINON: Saya rasa ini semua kerana ego. Ego bahawa ilmu yang mereka miliki itu lebih baik berbanding ilmuan lain yang bukan kalangan Pas. Mereka rasa hanya ulama dalam Pas sahaja ilmunya terbaik, tinggi dan boleh dipakai oleh masyarakat. Ulama-ulama lain walau sebaik mana pun dia, Pas tidak akan iktiraf malah kalau Abdul Hadi sendiri selepas isytihar keluar Pas meskipun tidak masuk UMNO tapi bersetuju dengan dasar UMNO akan dianggap sesat pemimpin Pas termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Bagi mereka, ilmu agama ini hak milik orang Pas sahaja. Walaupun kita pakai hujah yang sama, tafsir yang sama, surah yang sama. Maknanya di sini ada satu sifat keegoan yang tinggi yang tidak mahu mengaku bahawa ilmu orang lain baik daripada dia. Saya tidak mahu kata lebih tapi kalau ikut kenyataan pemimpin-pemimpin Pas yang lalu, ego ini sifat syaitan.

Antara asas kepada Amanat Haji Hadi dalam mengkafirkan UMNO adalah kerana berkawan dengan MCA dan MIC tetapi sekarang dalam konteks hubungan Pas dengan DAP kenapa boleh pula dihalalkan?

ZAINON : Benda ini memang banyak orang yang mempersoalkannya. Kalau dulu mereka mengatakan antara hujah mengkafirkan UMNO kerana berbaik dengan MCA dan MIC sekarang ini mereka pula berbaik dengan DAP kononnya mengikut Piagam Madinah. Benda ini satu penipuan. DAP bersetuju dengan Pas ini bukan kerana Islam tetapi kerana Pas itu sebuah parti. Ada beza antara Pas dengan Islam. Pas ini parti politik, Islam itu pegangan agama.

Sebab itulah pimpinan DAP selalu sebut mereka bersetuju dengan Pas ini bukan kerana Islam. Jelas di sini apa yang disebut Abdul Hadi dulu berbalik kepada beliau semula. Sebab itu ulama-ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melarang mengkafirkan orang kerana takut balik kepada kita. Pas sama ada sedar atau tidak, setuju atau tak setuju terjerat dalam isu ini.

Apakah gesaan saudara kepada ahli-ahli Pas agar dibuka minda dan pintu hati untuk melihat segala teguran ini secara terbuka?

ZAINON: Pertama sekali saya sebagai orang yang terlibat meminta sangat sama ada pemimpin mahu pun ahli-ahli Pas agar mereka bersifat terbuka. Setiap teguran daripada mana-mana pihak khususnya dalam konteks perpaduan ini demi kebaikan ummah. Saya sendiri menegur ini atas kehendak peribadi saya tanpa dipaksa oleh sesiapa. Dulu saya dah tegur secara dalaman dalam kes Memali tapi dipandang sepi.

Jadi sekarang ini saya buat buku biar masyarakat tahu saya dah tegur pimpinan pas. Biar seluruh rakyat baca Kafirkah Aku dan kemudian buat komen. Kalau ada pemimpin mahu pun ahli Pas tidak puas hati, saya sedia berjumpa dengan mereka pada bila-bila masa. Kepada kepimpinan Pas, buatlah yang terbaik untuk ummah. Saya bukan mahu menghina ulama dalam Pas tapi terimalah pandangan pihak lain terutama ulama di luar Pas demi kepentingan ummah.

Sumber - Utusan Malaysia

p/s - Kepada penyokong PAS lihatlah pendedahan sebenar, jangan lihat akhbar mana yang menemuramah yang mungkin tidak akan masuk di Harakah atau Suara Keadilan. Pendedahan ini daripada suara hati Cikgu Non. 



Friday, 21 December 2012

Bekas Pengarah JSJ Bukit Aman Menyesal Menyertai PAS!

Perak 21 Dis - Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping.

Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi Shaari kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Pada hari ini mengejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS. "Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS"


Semasa menyerahkan borang keahlian PAS, beliau menerangkan bahawa niatnya menyertai Pas bukan untuk menjadi calon atau mempunyai jawatan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu PAS ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Namun kini semuanya seakan-akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Datuk Fauzi. 

“Takkan saya hendak menyertai DAP, saya melihat Pas lebih konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. Saya memilih politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas adalah lebih syumul."

“Sekurang-kurangnya, saya boleh memberikan pendedahan kepada Pas apa sebenarnya yang berlaku dalam polis, ada juga kebaikan, tetapi tidak nampak, sekurang-kurannya akan menjernihkan tafsiran masyarakat kepada polis,”

Melihat kepada kenyataan-kenyataan Datuk Fauzi sebelum ini menampakkan bahawa beliau menolak DAP dan ingin memperbaiki PAS daripada dalam, namun sebaliknya berlaku kerana diminta berbaiah cerai talak 3. 

Kenyataan Nik Aziz Nik Mat November 2009,
Menteri besar Kelantan berkata isu itu (Baiah Cerai Talak 3) sengaja ditimbulkan oleh pihak tertentu di kalangan orang Islam sendiri yang dengki terhadap perjuangan PAS yang mula diterima oleh masyarakat umum. 
“Sebenarnya PAS ini telah didengki oleh orang Islam sendiri, oleh kerana parti ini berkembang akhir-akhir ini maka golongan sekular ini berusaha juga dan mencari juga jalan yang boleh menggugat kedudukan PAS. 
“Di Kelantan, isu bai’ah ini tak timbul langsung,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini, mengulas isu yang ditimbulkan oleh anggota parlimen Shah Alam, Khalid Samad baru-baru ini.
Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang,
“Tak payah (siasatan), tidak ada (bai’ah), benda tu tidak ada, ia sudah selesai, sudah habis,” jawabnya ringkas ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen. 
Abdul Hadi berkata, perkara itu hanya dibangkitkan oleh media dan bukannya anggota PAS.

Kini Datuk Fauzi menimbulkan kembali Baiah yang disangkal oleh 2 pemimpin tertinggi PAS mengenai Baiah cerai talak 3 isteri jika meninggalkan PAS, adakah semudah itu untuk mengugurkan talak 3 terhadap isteri untuk kepentingan politik? Oleh yang demikian selama ini 2 pemimpin tertinggi PAS ini hanya berbohong sahaja mengenai Baiah cerai talak 3 ini yang sememangnya wujud dalam PAS.

“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap pemimpin akan dimintai pertanggungjawabannya. Seorang suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Seorang istri adalah pemimpin bagi rumah tangga suaminya dan juga anak-anaknya.” (HR Bukhari dan Muslim)

Allah sudah memerintahkan kaum suami untuk menjaga keluarganya agar selalu berada di jalan yang lurus, menghindari jalan menuju neraka. Allah berfirman :

”Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka....”(at-Tahrim: 6)

p/s -  Janganlah kepentingan politik dibawa sehingga jatuhnya cerai talak 3 sewenang-wenangnya sehingga runtuhnya institusi kekeluargaan. Allah murka kepada umatnya yang bercerai berai. 

Thursday, 20 December 2012

Imam Enggan Uruskan Jenazah Orang UMNO?


Alor Setar 20 Dis - Kerana taksub kepada parti politik sanggup menolak untuk menguruskan jenazah kerana mengatakan bahawa jenazah tersebut orang UMNO sedangkan menguruskan jenazah ini hukumnya adalah Fardhu Kifayah. 

Fardhu Kifayah ialah perkara yang wajib dilakukan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam. Jika diabaikan atau tiada siapa pun yang melakukannya maka seluruh masyarakat berdosa.

Fardu kifayah kepada orang yang hidup di dalam sesuatu kawasan. Jika ada orang yang menguruskannya maka terlepaslah org lain daripada kewajipan itu. Sebaliknya jika tiada orang yang menguruskannya maka berdosalah semua orang yang tinggal di kawasan itu.

Shahidi Said, 41, memberitahu, arwah bapanya pernah memanggil seorang 'tok guru' yang kuat menyokong Pas untuk menguruskan satu jenazah sebagai menghormati jawatan lelaki tersebut sebagai imam di dalam kariah mereka di Pendang pada penghujung 90-an.

Bagaimanapun, katanya, imam berkenaan tidak datang tanpa alasan.




"Tidak lama kemudian, saya yang masih ahli Pas ketika itu ke rumah imam tersebut dan berbual mengenai ketidakhadirannya untuk menguruskan jenazah berkenaan."

"Imam itu memberitahu saya bahawa dia tidak pergi untuk menguruskan jenazah 'orang UMNO' dengan alasan mereka menolak al-Quran dan hadis. Ini adalah akibat kesan daripada Amanat Haji Hadi," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini."


Ini benar-benar terjadi dalam masyarakat Malaysia hari ini kerna terlalu memilih untuk berpolitik kewajipan dalam islam diabaikan. Adakah orang UMNO itu kafir sehingga tidak boleh diuruskan oleh orang yang beragama Islam? adakah UMNO tidak menjalankan hukum hakam islam sehingga tidak boleh menguruskan jenazah Ahli UMNO? Saat seseorang meninggal dunia, dia tidak lagi ahli UMNO, PAS atau DAP, jenazah itu tetap orang Islam dan WAJIB diuruskan jenazahnya sehingga selesai dikebumikan. 

p/s - Janganlah dibezakan politik jenazah tersebut setelah nyawanya dicabut, selesaikanlah kewajipan kita terhadap jenazah tersebut sehingga dikebumikan. 

Wednesday, 19 December 2012

Minyak Yu Yee Cap Limau Timbul Keraguan?



Rabu 19 Dis 2012 - Keraguan minyak Yu Yee Cap Limau mula dipertikaikan di facebook apabila seorang tauke kedai sensey mengatakan bahawa minyak Cap Yu Yee mengandungi campuran minyak Babi. Keraguan ini mula timbul apabila Minyak Cap Yu Yee ini tidak memohon sijil Halal daripada pihak JAKIM. Terdapat dua kategori minyak Yu Yee iaitu Cap Kapal Layar dan Cap Limau, namun kedua-duanya tidak mempunyai tanda Halal pada botol tersebut.

Hasil perbualan pembelian Minyak Yu Yee Cap Limau dengan Tauke Sensey, 



Keraguan Mula timbul apabila tiada Permohonan Sijil Halal dari Pihak JAKIM,












Minyak Yu Yee Cap Limau
MAL 19991307T

















Minyak u-i cap kapal layar
MAL 19985786T








Fakta yang terdapat pada kedua-dua minyak Yu Yee ini di Kilangkan di Malaysia dan China namun kedua-duanya mempunyai sedikit perbezaan pada nama pemilik yang seakan-akan sama dan dari segi pengeluaran yang salah satunya manufacturer dan importer.

Minyak yu yee cap limau - WENG SENG HENG MEDICAL (manufacturer)
Minyak u -i cap kapal layar - WENG THYE HENG SDN.BHD (importer)

p/s - Kepada umat Islam berhati-hatilah dalam menggunakan sebarang ubat-ubatan supaya tidak ada sumber-sumber yang boleh mendatangkan keraguan dan was-was pada campuran ubat tersebut. 




Kronologi Pergaduhan Melayu dan India di Kuala Muda!

Pada 15 Disember 2012 ( Sabtu Malam Ahad )

Sekumpulan Hindu Extreme telah menyerang kawasan sekitar Jalan Taman Ria Jaya hingga ke Flat Paya Nahu- di lorong 1/1 Taman Ria Jaya kawasan bangunan kedai yang baru buka berdekatan Flat Paya Nahu yang terdapat kedai ECONOJAYA. Beberapa anak melayu cedera termasuk gambar Haikal yang tersebar meluas akibat di tetak.Semasa kejadian beberapa kerosakan lain turut berlaku seperti 3 motorsikal di bakar,2 buah kereta dan lori di katok dan beberapa anak melayu di pukul secara beramai-ramai dan Extrme Hindu ini membawa bersama pedang samurai.

Pada 16 Disember 2012 ( Ahad )

Saya tidak mendapat apa-apa maklumat kecuali beberapa tangakapan telah di lakukan pihak polis = sumber dari kawan saya sendiri yang di serang dekat kawasan Flat. Ketika itu kawan saya berada di balai untuk membuat laporan kerana kereta dia merupakan salah sebuah kereta yang dirosakan.

Pada 17 Disember 2012 ( Isnin )

Maklumat dari satu sumber di rahsiakan pihak polis telah di pekuatkan dengan setiap IPD di Kedah di wajibkan meminjam sebuah kereta peronda dan 10 anggota untuk membantu IPD Sungai Petani Kedah.Bilik Gerakan di IPD Sungai Petani di buka dan beroperasi 24jam dan di khabarkan Ketua Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman akan turun IPD Sungai Petani.

Pada 18 Disember 2012 ( Selasa )

Bertempat di hadapan Pejabat Pos Sg Lalang, seorang anggota polis yang pada ketika itu cuba menahan seorang dewasa keturunan india dan kemudian berlaku pergelutan dan polis berkenaan cedera akibat di tetak ( kesahihan tidak nyata ).

Berikut Laporan Kerosakan Yang Berlaku

*** 14 budak melayu kini di rawat di Hospital Sungai Petani
*** 2 buah kereta di rosakkan
*** 2 buah lori di rosakkan
*** 3 buah motorsikal di bakar

Berikut laporan dari IPD Sungai Petani

***Ketua masyarakat bagi india dan melayu telah di panggil untuk sesi taklimat di Bilik Gerakan IPD Sungai Petani.
*** Sedang berlangsung ketika ini mersyuarat tergempar ayahanda-ayahanda pekida di Alor Setar Kedah
*** Ratusan pihak polis telah berkampung di IPD Sungai Petani bagi menangani sebarang kemungkinan.

Saya baru balik dari Taman Bandar Baru Sungai Lalang lokasi paling panas dan berikut keadaan yang berlaku di sana, 
*** Sekatan jalanraya di lakukan oleh polis dan F.R.U
*** Ranting di kawasan berkenaan beroperasi 24jam
*** Setiap 5minit akan kelihatan kereta peronda dengan membuka lampu siren

Saranan & Nasihat serta langkah awal yang perlu di ambil adalah :-

1- Elak dari melalui kawasan-kawasan panas
2- Elak dari berkumpul beramai-ramai di sesuatu kawasan dalam keadaan mencurigakan
3- Berada di rumah pada waktu malam dan kurang aktiviti keluar rumah.
4- Untuk perintah berkawal adalah lebih baik setiap ranting menjaga kawasan 
5- Elak dari menjadi pemberita tidak bergaji dengan menambah-nambah cerita.

Sumber Facebook - Kekanda Azrul

Pihak IPD Kuala Muda, Kedah telah memanggil ketua-ketua masyarakat bagi mencapai persefahaman antara berbilang kaum setempat di sekitar Sungai Petani Ahad 16/12/12 lalu susulan bermulanya pergaduhan di Paya Nahu, Sg. Petani. Sehubungan itu kedua-dua belah pihak diminta menghormati persefahaman yang dicapai & mengekalkan perpaduan. 

Sumber - PEKIDA BATU 4, JLN KAPAR, KLANG.


STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI:

Dato' Abdul Ghaffar Rajab, Timbalan Ketua Polis Kedah melalui sidang media yang diadakan di IPD Kuala Muda memaklumkan, keadaan keselamatan dan ketenteraman awam di Daerah Kuala Muda adalah selamat dan terkawal walaupun telah berlaku insiden pergaduhan antara beberapa individu yang bermula pada awal pagi 16/12/2012. 

Sehingga kini, seramai 34 orang telah ditahan untuk membantu siasatan. Seramai 8 orang mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim dan seorang daripadanya telah dibenarkan keluar.


p/s - Kepada masyarakat di Kuala Muda ikutlah segala arahan pihak PDRM untuk keselamatan dan keamanan di kawasan tersebut. Semoga pesalah-pesalah ini dapat didakwa dan dihukum dengan hukuman setimpal dan keras kerana cuba menghuru-harakan keadaan. Jika ada ISA dh settle kes ni, tetapi apakan daya ISA dh dihapuskan.

Pergaduhan Melayu dan India di Kuala Kedah Selesai!

PERHATIAN :

PADA 18/12/2012 JAM 2330 HRS YDH SAC DATO ABDUL GHAFFAR BIN RAJAB TIMBALAN KETUA POLIS KEDAH TELAH MENGADAKAN SIDANG AKHBAR DI IPD KUALA MUDA BAGI MEMPERBETULKAN BERITA PALSU BERKENAAN KEADAAN HURU HARA DI DAERAH KUALA MUDA, SG PETANI KEDAH SEPERTIMANA DIGEMBAR GEMBURKAN DI BLOG, FACEBOOK, TWITTERS DAN SMS OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB 

KEADAAN KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM DI DAERAH KUALA MUDA ADALAH SELAMAT DAN TERKAWAL WALAUPUN TELAH BERLAKU INSIDEN PERGADUHAN ANTARA BEBERAPA PEMUDA MELAYU DAN PEMUDA INDIA PADA 16/12/2012 AWAL PAGI. KESEMUA YANG TERBABIT DI DALAM KES TERSEBUT TELAH DITANGKAP (SERAMAI 13 ORANG TERDIRI DARI MELAYU DAN INDIA ) , 

MANGSA JUGA TELAH DIRAWAT DAN HANYA TINGGAL SEORANG SAHAJA YANG MASIH DIRAWAT DI HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM DARI 5 ORANG YANG TERCEDERA. EKORAN INSIDEN TERSEBUT, PIHAK PDRM TELAH MENGAMBIL TINDAKAN AWAL DENGAN KAWALAN KESELAMATAN SEPERTI FRU, LSF, MPV, JSJ, NARKOTIK, SB DAN ROADBLOCK DI SEMUA LOKASI DI DALAM DAERAH KUALA MUDA BAGI MENJAMIN KESELAMATAN ORANG AWAM KHUSUSNYA .

PESANAN DARIPADA YDH SAC DATO' ABDUL GHAFAR BIN RAJAB UNTUK SEMUA MASYARAKAT MALAYSIA AMNYA.

Sumber Sahih - HEA IPD KUALA MUDA

p/s - Elakkanlah pergaduhan antara kaum yang mungkin boleh mengakibatkan tradegi 13 Mei berulang. Hidup aman damai berbilang kaum begini lebih elok daripada huru-hara. Tahniah PDRM kerana berjaya menangkap pesalah-pesalah berkenaan. 

Sunday, 16 December 2012

Cubaan Memburukkan Imej PDRM Di Bongkar!


Kangar 16 Dis - Cubaan memburukkan imej Polis Diraja Malaysia berjaya dibongkar oleh Facebookers apabila berita mengenai seorang anggota polis yang memburukkan nama PDRM apabila kenyataan  Norhashimah Mohammad di facebook semalam, 


jangan saudara saudara semua ingat kami makan gaji dengan PDRM,,dan kami takut untuk bersuara,,kami juga ada hak kami,,kami juga ada hak kami sebagai rakyat malaysia,,dan kami berhak memilih parti mana yang kami suka,,cukup lah kami semua sudah tak mahu dijadikan anjing barisan nasional,, 
RAKYAT MALAYSIA SEMUA PERLU MENOLAK PARTI KOMPENEN BARISAN NASIONAL PADA PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI 
SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS SAYA MASIH LAGI BERKHIDMAT DENGAN POLIS DIRAJA MALAYSIA,,DAN AKAN DITUKARKAN KE SARAWAK JANUARI NANTI,,

Berita Semalam - PDRM Mula Memberontak Menolak BN? 

Berita Harakah


(http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/15290--anggota-polis-dakwa-dalam-fb-muak-jadi-alat-umno)


Hari ini setelah diselidik, Facebook Norhashimah Mohammad hanyalah sebuah facebook yang menyamar kerana gambar yang digunakan ialah gambar Puan Zakiah Musa (https://www.facebook.com/zakiah.musa.12) yang bertugas di Rumah Seri Kenangan Kangar di Perlis dan bukanlah bekerja sebagai seorang anggota polis tetapi sebagai Nurse di Rumah Seri Kenangan tersebut. 

Hari ini, Facebook yang menyamar yang menggunakan link  facebook ini  Norhashimah Mohamad (https://www.facebook.com/norhashimah.mohammad) telah dipadamkan dan telah mencipta fan pages baharu kerana takut dikesan oleh pihak berkuasa. Link ke fan pages baharu (http://www.facebook.com/pages/Norhashimah-Mohammad/186867698118487?fref=ts)

Penyamaran dan penipuan oleh pihak tidak bertanggujawab ini telah memburukan nama Puan Zakiah Musa kerana menggunakan gambar beliau, anak dan suami beliau untuk cuba memburukkan imej PDRM. Cubaan memburukkan imej PDRM ini telah bermula semenjak demostrasi Bersih yang mengatakan bahawa polis menggunakan kekasaran dalam menyuraikan demostrasi. Kenyataan-kenyataan seperti ini cuba menyerang integriti PDRM dalam menjalankan tugas menjaga keseamatan negara daripada pihak-pihak yang cuba menghuru-harakan negara.

Kepada yang menyamar menggunakan gambar Puan Zakiah Musa, eloklah memohon maaf kepada beliau dan membuang segala gambar beliau yang telah mendatangkan fitnah kepada PDRM dan mencemarkan nama baik Puan Zakiah. 

p/s - Demi kelansungan politik kotor apa sahaja boleh dihalalkan walaupun fitnah untuk menjatuhkan seseorang demi kuasa. 

Saturday, 15 December 2012

PDRM Mula Memberontak Menolak BN?


Selangor 15 Dis - Seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)  hari ini mula menunjukkan kuasa yang ada ditangan mereka apabila menyeru rakyat Malaysia menolak Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). 

Anggota tersebut ialah Norhashimah Mohamad, mengikut Facebook anggota tersebut (https://www.facebook.com/norhashimah.mohammad) dia bertugas di Selangor dan berasal daripada Merlimau Melaka dan alumni Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) Skudai Johor. Namun kemusykilan daripada pihak RH kerana di Skudai Johor bukanlah UiTM tetapi Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kenyataan anggota tersebut,





jangan saudara saudara semua ingat kami makan gaji dengan PDRM,,dan kami takut untuk bersuara,,kami juga ada hak kami,,kami juga ada hak kami sebagai rakyat malaysia,,dan kami berhak memilih parti mana yang kami suka,,cukup lah kami semua sudah tak mahu dijadikan anjing barisan nasional,, 
RAKYAT MALAYSIA SEMUA PERLU MENOLAK PARTI KOMPENEN BARISAN NASIONAL PADA PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI 


SEHINGGA ARTIKEL INI DITULIS SAYA MASIH LAGI BERKHIDMAT DENGAN POLIS DIRAJA MALAYSIA,,DAN AKAN DITUKARKAN KE SARAWAK JANUARI NANTI,,

RH juga tidak faham dengan anggota keselamatan ini kerana mungkin dia mempunyai masalah di tempat kerja ataupun facebook dia di Hack oleh orang lain. Anggota ini juga mungkin tidak dapat memisahkan antara tugas hakiki dia dan sindrom politik Malaysia kini sehingga terbawa-bawa semasa bekerja. RH juga faham terdapat juga anggota keselamatan dan yang bekerja kerajaan menyokong pihak pembangkang, namun tidaklah begitu taksub sehingga campur aduk dengan kerja hakiki.

Melihat kepada kenyataan di atas dengan menggunakan lambang PDRM seolah-olah seluruh PDRM mengarahkan rakyat menolak BN pada PRU-13. Kenyataan di atas hanyalah kenyataan individu oleh yang demikian RH berpendapat tidak perlulah menggunakan lambang PDRM.  Kepada anggota berkenaan jika tidak minat menjadi anggota keselamatan berhentilah dan berpolitiklah 24 jam untuk PRU-13 dan seterusnya.

p/s - Jika minat berpolitik berhentilah dan berpolitiklah sehingga puas hati. Janganlah terlalu taksub sehingga merencatkan kerja hakiki dan amanah yang diberikan. 

Thursday, 13 December 2012

Ahli Parlimen Sendiri Buat 20 Kesalahan Lalu Lintas!




Ampang 13 Dis - Zuraida Kamaruddin merupakan Ahli Parlimen Ampang kini memiliki 18 saman berkenaan dengan melebihi had laju diseluruh negara dan 2 mengingkari tanda lalu lintas. Daripada 20 jumlah saman berikut, 5 daripadanya di Kuala Lumpur, 3 di Subang Jaya, 1 di Alor Gajah, 2 di Kulai, 2 di Shah Alam, 1 di Tapah, 1 di Maran, 1 di Kampar, 1 di Kerian, 2 di Sepang dan 1 di Bentong.


Inilah sebabnya mengapa Pakatan Pembangkang mahukan AES dihapuskan dan tidak dipasang dinegeri pembangkang supaya senang mereka melanggar undang-undang lalu lintas dan memperbodohkan rakyat demi kepentingan mereka sedangkan objektif utama AES untuk mengurangkan kemalangan lalu lintas.

Seorang Ahli Parlimen tidak menunjukkan contoh yang baik dan bagaimana apabila mereka dapat menerajui kerajaan pusat dan rakyat tidak menghormati undang-undang yang mereka buat, ini kerana mereka sendiri telah mengajar rakyat untuk melanggar apa sahaja peraturan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. 

RH menunggu apakah maklum balas daripada pihak MP Zuraida mengenai 20 saman ini? adakah dia akan mengatakan bahawa kerajaan UMNO zalim dan Polis menjadi barua UMNO kerana saman beliau?  Ini sekaligus menunjukkan bahawa MP Zuraida membahayakan nyawa sendiri dan pengguna jalan raya yang lain sewaktu memandu, jadi berhati-hatilah jika ternampak plat kereta yang tertera diatas. 

P/s - Kesalahan tetap menjadi kesalahan. Patuhi peraturan lalu lintas dan jangan membahayakan nyawa orang lain. 

Wednesday, 12 December 2012

Warna Bendera Melaka Pula Ditukar Sesuka Hati!

Melaka 12 Dis - Hari ini seorang pengguna Facebook telah menukar warna bendera Melaka daripada warna biru kepada warna hijau. Jika dilihat pada malam sambutan 31 Ogos 2012 bendera Malaysia ditukar menjadi Sang Saka Malaya oleh penyokong Bersih, kini bendera Melaka pula menjadi mangsa menukar warna bendera Melaka kepada warna hijau. 



Bagi penyokong PAS mereka amat menyukainya kerana warna hijau cukup sinonim dengan bendera PAS itu sendiri namun warna hijau adalah warna universal kerana warna syurga. bukti hijau bukan untuk PAS,

Berikut dipetik beberapa ayat al-Quran serta maksud yang telah meletakkan warna HIJAU pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah. 

1. Maksud ayat : ”Mereka itu disediakan baginya Syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang sebaik-baiknya.”

2. Maksud ayat : “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.” Surah Ar-Rahman : Ayat 76

3. Maksud ayat : “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian HIJAU yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
Surah Al-Insan : Ayat 21

4. Maksud ayat : "Mereka (Ahli syurga) mengenakan pakaian sutra halus yang HIJAU dan sutra tebal. Surah Al-Kahf : Ayat 31

HIJAU juga adalah warna kegemaran Rasulullah SAW. Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna HIJAU. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna HIJAU. Warna HIJAU juga mampu menjadikan pandangan mata nyaman & selesa. 


Ini membuktikan warna hijau bukanlah milik PAS tetapi milik Islam. Warna bendera Melaka yang ditukar sesuka hati ini bukanlah daripada penyokong bersih tetapi daripada seorang penyokong kerajaan. 


Menurut pengguna FB ini, inilah warna asal bendera Melaka yang diilhamkan oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba tetapi Tunku Abdul Rahman meminta warna hijau dibendera Melaka ini ditukar kepada warna biru seperti hari ini. Setelah RH membaca sejarah-sejarah berkaitan warna bendera Melaka ini, terbukti warna hijau inilah warna hasil cadangan Allahyarham Tun Ghafar Baba pada bendera Melaka.

Ghafar kemudian ditugaskan mengetuai sebuah jawatankuasa untuk melukis bendera Melaka. 

“Warna biru yang ada pada bendera Melaka sekarang ini pada asalnya mengikut cadangan saya ialah warna hijau. Tetapi Tunku mahukan warna biru, mungkin mengingati warna biru ialah warna Parti Perikatan,” kata Ghafar. 

Terang Ghafar lagi mengenai perkara ini : "Warna merah pada bendera negeri Melaka melambangkan keberanian, warna putih melambangkan kesucian, bulan dan bintang menggambarkan kebesaran raja-raja Melayu zaman dahulu dan bintang yang berbucu lima melambangkan rukun Islam.”

Inilah bukti sebenar-benarnya warna hijau yang ada pada warna bendera Melaka yang diceritakan sendiri oleh Allahyarham Tun Ghafar Baba sewaktu hayatnya masih ada. 

p/s - Sejarah jangan dipadamkan, sejarah mesti diketahui oleh semua rakyat Malaysia dan perlu diingat, warna hijau bukanlah milik PAS tetapi milik orang Islam, jangan segan jangan malu untuk menggunakan warna Syurga. 





Monday, 10 December 2012

Elak AES Hukuman Lebih Berat - Ketua Pengarah JPJ



Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan mengingatkan pengguna jalan raya supaya jangan cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan mengubah suai nombor plat atau berdepan hukuman berat.

Beliau menegaskan, pengguna jalan raya yang cuba mengelak daripada dikesan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah dengan mengubah suai nombor plat kenderaan boleh didakwa di bawah Seksyen 108 (3A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda minimum RM5,000 dan maksimum RM20,000,” katanya ketika ditemui di pejabat JPJ negeri selepas taklimat AES di sini semalam,” katanya.

"Jika imej kenderaan yang dirakam oleh kamera tidak sepadan dengan nombor pendaftaran kenderaan dalam pangkalan data kami, siasatan lanjut akan dijalankan sebab kami mahu mengelak tindakan kepada pihak yang tidak bersalah." - Jelasnya lagi. - Kosmo 

Bagi RH AES ini ada keburukkan dan kebaikan untuk mengatasi kemalangan jalan raya di Malaysia. Bagi mereka yang suka memandu laju memang akan membenci AES ini tapi bagi mereka yang memandu dengan berhati-hati dan penuh kesopanan dijalanraya kamera AES ni seperti tiada pun tetapi ada kalanya kita mengejar masa mungkin melebihi had laju, apa pun semoga semua rakyat Malaysia selamat dan lebih berhati-hati di jalan raya. 

p/s - Ingatlah orang yang tersayang, berhati-hati ketika memandu. Bagi JPJ jalankanlah tugas anda dengan telus dan adil. 

Thursday, 6 December 2012

Rakyat Engkelili Tolak Calon Bukan Tempatan!

Engkilili 6 Dis - Seramai 250 tuai-tuai rumah di Dewan Undangan Negeri Engkilili sebulat suara menolak calon Parti Buruh Sarawak (SWP) Larry Sng Wei Shien bertanding di kawasan Parlimen Lubok Antu pada pilihan raya Umum Ke-13 yang akan diadakan
tidak lama lagi.

Sehubungan itu mereka bertekad akan berjuang habis-habisan mempastikan calon Barisan Nasional (BN) William Nyalau anak Badak menang besar sekiranya diberi kepercayaan mengibarkan bendera BN pada pilihan raya Umum Ke-13 itu nanti.

Mereka bukan sahaja enggan menerima Larry bukan anak jati orang Lubok Antu malah tidak mahu sama sekali kawasan pilihan raya Lubok Antu dijadikan bahan ‘perjudian’ SWP pada pilihan raya nanti.

Pengerusi Tuai-Tuai Rumah DUN Engkilili Cr Roy Edward Entalai yang mewakili 250 tuai rumah itu menasihatkan pengundi-pengundi di kawasan Lubok Antu terutamanya Dewan Undangan Negeri (DUN) Engkilili agar bersatu menentang Larry sekiranya dia hendak mencuba nasib bertanding menentang Nyalau di Parlimen Lubok Antu nanti.

Beliau berkata, sebelum ini selama tiga penggal DUN Engkilili ini dipimpin wakil rakyat Toh Heng San dari Song dan kali ini Larry dari Kapit yang ingin mencuba nasib di sini.

Menurutnya, pengundi di sini harus menolak Larry ini yang bukan asal orang dari Lubok Antu.

“Kami bukan takut dengan Larry yang bangsa Cina itu tetapi enggan orang luar menjadi wakil rakyat kami di sini, biarlah anak jati kami disini menjadi wakil rakyat kami 

Cukuplah kami alami di DUN Engkilili yang menyokong bekas wakil rakyat Toh dari Song sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebaik sahaja selesai mesyuarat Agung Persatuan Tuai-Tuai Rumah N28 Engkilili 2012 di sini, semalam.

Mesyuarat itu telah dirasmikan Nyalau sambil diiringi Anggota DUN Engkilili Dr Johnnical Rayong anak Nyipa.

Entalai yang menang tanpa bertanding pada mesyuarat itu memberitahu bahawa pengundi Parlimen Lubok Antu ingin sekali melihat anak jati dari Lubok Antu yang menjadi wakil rakyat BN mewakili mereka.

Tambahan pula Larry mewakili parti SWP yang menentang kerajaan BN dan sudah pasti Larry tidak akan diterima sama sekali oleh mereka nanti, ujarnya.

“Kami di sini fobia sama sekali apabila melihat calon luar bertanding di kawasan kami, tambahan pula Larry orang luar dan pembangkang pula dan sudah pasti kami akan menolaknya,” tegasnya.

Entalai yang juga merupakan Penolong Bendahari Cawangan Engkilili berkata, mereka akan menyokong Nyalau nanti berikutan dia bukan sahaja amat berkerjsama dengan Dr Rayong malah seorang yang rajin bekerja menjenguk rakyat di Lubok Antu.

“Walaupun Nyalau baru sepenggal menjadi wakil rakyat kami di sini tetapi banyak pembangunan mega dilaksanakan sama ada di DUN Engkilili mahupun DUN Batang Ai ketika ini,” ujar beliau.

Larry yang berkerunan Cina dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus adalah berasal Kapit.

Sebelum ini Larry berhasrat hendak bertanding menentang Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah Datuk Joseph Entulu Belaun di Selangau .

Tetapi hari ini sudah tidak kedengaran lagi apabila dikhabarkan mendapat sambutan dingin dikalangan pengundi di Selangau.

Sumber - Edwin Raoh

p/s - Semua tempat menolak calon yang bukan daripada rakyat tempatan, oleh yang demikian jangan salah letak calon.