ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Monday 10 December 2012

Elak AES Hukuman Lebih Berat - Ketua Pengarah JPJ



Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan mengingatkan pengguna jalan raya supaya jangan cuba mengelirukan pihak berkuasa dengan mengubah suai nombor plat atau berdepan hukuman berat.

Beliau menegaskan, pengguna jalan raya yang cuba mengelak daripada dikesan kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kerana memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat merah dengan mengubah suai nombor plat kenderaan boleh didakwa di bawah Seksyen 108 (3A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda minimum RM5,000 dan maksimum RM20,000,” katanya ketika ditemui di pejabat JPJ negeri selepas taklimat AES di sini semalam,” katanya.

"Jika imej kenderaan yang dirakam oleh kamera tidak sepadan dengan nombor pendaftaran kenderaan dalam pangkalan data kami, siasatan lanjut akan dijalankan sebab kami mahu mengelak tindakan kepada pihak yang tidak bersalah." - Jelasnya lagi. - Kosmo 

Bagi RH AES ini ada keburukkan dan kebaikan untuk mengatasi kemalangan jalan raya di Malaysia. Bagi mereka yang suka memandu laju memang akan membenci AES ini tapi bagi mereka yang memandu dengan berhati-hati dan penuh kesopanan dijalanraya kamera AES ni seperti tiada pun tetapi ada kalanya kita mengejar masa mungkin melebihi had laju, apa pun semoga semua rakyat Malaysia selamat dan lebih berhati-hati di jalan raya. 

p/s - Ingatlah orang yang tersayang, berhati-hati ketika memandu. Bagi JPJ jalankanlah tugas anda dengan telus dan adil. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih