ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Friday 30 November 2012

UMNO Terus Difitnah Blogger Pembangkang!


PWTC 30 Nov - Fitnah bukan satu isu baharu dalam perjuangan politik pembangkang, namun RH tidak menyalahkan keseluruhan pembangkang kerana yang menyebarkan fitnah ini adalah Unit Media Pembangkang yang ingin populariti disamping ingin memburukkan imej pemimpin UMNO. 

Fitnah ini terbukti apabila dua gambar diatas cuba dibandingkan namun RH tidak mahu mengulas mengenai gambar pertama tetapi gambar yang kedua iaitu pemimpin UMNO diiringi gadis-gadis yang kononnya mengiringi Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Sri Tengku Adnan Tengku Mansor ke Perhimpunan Agung UMNO 2012 (PAU 2012). 

Gadis-gadis berkenaan ialah daripada ASWARA salah sebuah Institut Pengajian Tinggi Swasta dan gambar ini bukanlah gambar sewaktu PAU 2012 tetapi sebelum PAU 2012 iaitu Konvensyen anjuran Biro IPT dan Kelab UMNO Luar Negara untuk Mahasiswa IPTA dan IPTS seluruh negara. 

Blogger pembangkang yang menyebarkan fitnah ini adalah blogger http://omakkau.blogspot.com yang ingin memburukkan imej pemimpin tertinggi UMNO. Blogger Omak Kau mungkin tidak menyedari terdapat 2 lagi YB di belakang Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato' Sri Tengku Adnan Tengku Mansor iaitu Dato' Razali Ibrahim selaku Pengerusi Biro IPT dan Dato' Seri Ahmad Shabery Cheek selaku Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara. 

Gambar ini RH dapat kerana terdapat rakyat yang prihatin yang menghantar dalam inbox RH untuk memastikan kesahihan gambar ini, namun RH merahsiakan pemberi maklumat tersebut. 


RH begitu yakin dan pasti mengenai dua gambar pembandingan tersebut kerana RH sendiri pergi melihat sendiri konvensyen anjuran Biro IPT dan Kelab UMNO Luar Negara ini, oleh kerana itu RH berani mengatakan gambar di atas bukanlah gambar PAU 2012 yang hangat di PWTC.

p/s - kepada blogger pembangkang, RH ni bukanlah UMNO totok dan bukanlah PR totok tetapi RH perjuangkan kebenaran dan berita yang benar.

Wednesday 28 November 2012

Harimau Malaya Tutup Mulut Pengkritik!


Bukit Jalil 26 Nov - Malam ini Harimau Malaya berjaya membuktikan kekuatan sebenar menentang Laos setelah dikritik hebat oleh Ultras Malaya dan peminat bola sepak negara. Kemenangan besar dan bergaya Malaysia ini telah menutup mulut pengkritik yang kononnya pemain yang ada sekarang tidak mampu mengalas cabaran Piala Suzuki kali ini apabila tewas 3-0 di tangan Singapura.

Kemenangan besar Harimau Malaya kali ini menebus kembali kekecewaan peminat setelah tewas kepada Singapura. Harimau Malaya mengamuk dan membaham Laos dengan jaringan besar 4-1 ketika Malaysia berada diambang memerlukan kemenangan untuk edisi kali ini.

Sebelum perlawanan berlangsung jurulatih Laos melahirkan keyakinan untuk membenam skuad Harimau Malaya malam ini setelah berjaya mengikat Indonesia 2-2 selain melihat aksi longlai pemain negara menentang Singapura yang tewas besar. Hasrat jurulatih Laos tidak kesampaian setelah Harimau Malaya mengamuk untuk membenam cabaran Laos dengan 4-1. 

Permainan malam ini dikuasai oleh Malaysia yang banyak mengawal bola 70-30 disamping tidak banyak serangan berbahaya oleh Laos ke pintu gol Malaysia. Penjaga gol malam ini Farizal Marlias tidak banyak diuji namun Laos berjaya membolosi gawang Malaysia untuk gol penyamaan. 

RH melihat permainan Safee malam ini kurang memberansangkan kerana kecederaan menurut Jurulatih negara Rajagopal. Tiga peluang keemasan untuk Malaysia menambah gol dipersiakan oleh Safee namun Safee berjaya juga menambah satu gol bagi menambah amukan Harimau Malaya malam ini. Permainan Malaysia kembali rancak setelah Khyril dan Badrool dimasukkan untuk memberi nafas baru kepada pasukan Malaysia. 

Sejarah edisi lepas berulang kembali apabila perlawanan pertama Malaysia tewas besar 5-1 kepada Indonesia sebelum bangkit di perlawanan seterusnya dan menjuarai Piala Suzuki.  Penjaring gol Malaysia malam ini Safiq Rahim, Safee Sali,  Wan Zack Haikal dan Khyril Muhymeen. 

p/s - RH mendoakan Harimau Malaya teruskan amukan dan menutup mulut-mulut longkang yang mengkritik. Tahniah Harimau Malaya! Selamanya Harimau Malaya!

Ustaz Fathul Bari Tidak Faham Maksud Syair Imam Syafie!


Kuala Lumpur 28 Nov - Hari ini RH tersentak apabila mendengar penjelasan Ustaz UMNO, Ustaz Fathul Bari dan Ustaz Mohd Rizal Azizan mengenai Syair Imam Syafie dengan mengatakan Syair Taubat itu merupakan karut khurafat dan tahyul. 

RH amat sedih mendengar penjelasan 2 orang ustaz daripada UMNO ini namun tidak pula bermakna RH menyokong Ustaz Azhar Idrus sepenuhnya tetapi RH menyokong kenyataan Ustaz Azhar Idrus yang mengatakan bahawa,

"Kita merasakan kita tidak layak untuk syurga Allah kerana kita kenal diri kita, Jahat ke kita, banyak ke pahala kita., dalam syair imam syafie aku tidak layak untuk mendapat syurga-MU, tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa neraka-MU"

"Dalam syair ini tawadaq, maknanya aku nak syurgamu tetapi aku tidak layak dengan syurgaku yang banyak, kalau akau masuk neraka aku tidak tahan dengan azab-MU" - Ustaz Azhar Idrus

Apabila kita mendengar syair taubat ini kita merasakan kelainan kerana syair ini di nyayinya dengan mendayu-dayu kepada Allah. Kita merayu syurga kepada Allah tetapi kita tau kita tidak mampu dengan dosa yang kita sedar dan tidak kita sedari, hanya Nabi Muhammad S.A.W sahaja yang dijanjikan syurga oleh Allah S.W.T. Kita sebagai manusia biasa ini berusaha untuk mendapat syurga Allah, Amar Makruf Nahi Mungkar, melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan menjauhi apa yang ditegah. 

JOM MENDENGAR KEMBALI DOA TAUBAT - DOA TAUBAT

Tidak ada satu ayat pun yang menunjukkan bahawa si hamba itu berkata bahawa dia tidak mahu ke syurga, ia hanya menyatakan yang dengan keadaan dirinya sekarang bahawa tidak layak syurga itu untuknya. Bukan tidak mahu ke syurga. Tidak mahu ke syurga dan tidak layak ke syurga adalah dua ayat yang berlainan maksudnya.

Syair ini berbentuk rintihan, luahan hati. Ia selari dengan maksud ‘kita tidak masuk syurga sebab amal kita, sebaliknya dengan rahmat Allah’. Ia hanya satu rintihan seorang hamba, yang mengakui bahawa amalnya tak banyak, amalnya tak mampu bawa dia ke syurga, melainkan kalau Allah yang izinkan kerana amalan bukan penentu mutlak seseorang itu ke syurga melainkan dengan rahmatNya.

p/s - Jika ingin mentafsir biarlah tidak membuatkan kita terpesong daripada Akidah, Islam itu indah, Islam itu Syumul. Hidup ISLAM!

Monday 26 November 2012

Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2012 Dicemari!


(tarian oppa gangnam style)

PWTC 26 Nov - Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Nasional telah berlangsung di Putra World Trade Center (PWTC) bermula daripada 23 November 2012 sehingga 25 November 2012. Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2012 ini telah menghimpunkan mahasiswa daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan beberapa buah Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dari seluruh negara. 


Konvensyen ini telah dicemari bermula daripada hari pertama untuk program majlis makan malam bersama Biro KULN dan BIRO IPT dan seluruh pemimpin Mahsiswa IPTA dan IPTS yang dijemput. Pada majlis makan malam tersebut, YB Dato' Razali Ibrahim selaku Pengerusi Biro IPT dan YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek selaku Pengerusi Biro KULN telah hadir sama untuk menyerikan lagi majlis makan malam tersebut. 

Sebaik sahaja jamuan makan dimulakan, persembahan untuk tetamu yang hadir sebagai iringan untuk majlis makan malam tersebut turut dimulakan untuk memeriahkan majlis. RH dimaklumkan menerusi emel terdapat Tarian Zapin dan beberapa persembahan lain untuk tetamu namun terdapat satu lagi persembahan oppa gangnam style yang telah mencemari majlis tersebut. RH juga dimaklumkan bahawa terdapat juga pemimpin mahasiswa yang tidak setuju dengan persembahan tersebut kerana persembahan yang tidak sesuai dan keterlaluan dengan pakaian-pakaian penari yang mencolok mata (seperti gambar diatas).


Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2012 pada 25 November 2012 ini telah sampai di kemuncak apabila ucaptama Tan Sri Muhyiddin Yassin Selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan penyerahan resolusi kepimpinan mahasiswa. 

p/s - nasihat daripada RH, jika buat program tu rancang betul-betul biar bersesuaian dengan majlis dan sopan. 

Thursday 22 November 2012

Shah Alam Menjadi "SAKSI" Kebangkitan!



Shah Alam 22 Nov - Jelajah Merdeka Rakyat kini telah sampai di Seksyen 24 Shah Alam untuk memerdekakan rakyat daripada Barisan Nasional yang telah banyak membantu rakyat daripada segenap segi. Kebangkitan rakyat di Seksyen 24 menjadi saksi untuk Anwar Ibrahim apabila Padang Awam, Jalan 24/1F, Seksyen 24, Shah Alam apabila disambut hampir 1500 orang rakyat Shah Alam




(Bandingkan gambar daripada IPS diatas dan gambar milik RH)

Sokongan terhadap Anwar dan Pakatan Rakyat semakin menurun kerana rakyat telah mula menilai YB yang membuat kerja demi rakyat daripada YB yang sibuk berceramah sana sini untuk menipu rakyat. 

RH tidak boleh menerima cara Cybertrooper UMNO yang kadang-kadang tidak boleh menerima kenyataan sebenar jumlah rakyat yang hadir untuk mendengar ceramah Anwar. Jika inilah yang dilaporkan oleh Cybertrooper UMNO ini menunjukkan bahawa mereka cuba menipu rakyat dalam hal ini. 

RH mengakui Anwar mempunyai skill komunikasi yang baik dalam memberikan ceramah untuk menarik perhatian rakyat, walaupun apa yang dikatakan banyak yang menipu tetapi Anwar boleh menyakinkan rakyat bahawa apa yang dikatakannya benar belaka, inilah kelebihan Anwar sebenarnya. 

Selain Anwar, Saifuddin Nasution, Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan NG Sue Lim turut menjadi penceramah pada malam ini. 

Turut berlangsung Ceramah Perdana Demi Rakyat akan diadakan di Padang Bola Damansara Damai (Sebelah Apartmen Impian) daripada jam 8.30 sehingga 12 malam dan penceramah terdiri daripada Mat Sabu, R. Sivarasah, Elizabeth Wong dan Ir Mesni Mohd Dahlan.

p/s - sudah-sudahlah Cybertrooper UMNO, bagi berita betul-betul, bukan menipu, rakyat pandai menilai sekarang.