ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Wednesday, 28 November 2012

Harimau Malaya Tutup Mulut Pengkritik!


Bukit Jalil 26 Nov - Malam ini Harimau Malaya berjaya membuktikan kekuatan sebenar menentang Laos setelah dikritik hebat oleh Ultras Malaya dan peminat bola sepak negara. Kemenangan besar dan bergaya Malaysia ini telah menutup mulut pengkritik yang kononnya pemain yang ada sekarang tidak mampu mengalas cabaran Piala Suzuki kali ini apabila tewas 3-0 di tangan Singapura.

Kemenangan besar Harimau Malaya kali ini menebus kembali kekecewaan peminat setelah tewas kepada Singapura. Harimau Malaya mengamuk dan membaham Laos dengan jaringan besar 4-1 ketika Malaysia berada diambang memerlukan kemenangan untuk edisi kali ini.

Sebelum perlawanan berlangsung jurulatih Laos melahirkan keyakinan untuk membenam skuad Harimau Malaya malam ini setelah berjaya mengikat Indonesia 2-2 selain melihat aksi longlai pemain negara menentang Singapura yang tewas besar. Hasrat jurulatih Laos tidak kesampaian setelah Harimau Malaya mengamuk untuk membenam cabaran Laos dengan 4-1. 

Permainan malam ini dikuasai oleh Malaysia yang banyak mengawal bola 70-30 disamping tidak banyak serangan berbahaya oleh Laos ke pintu gol Malaysia. Penjaga gol malam ini Farizal Marlias tidak banyak diuji namun Laos berjaya membolosi gawang Malaysia untuk gol penyamaan. 

RH melihat permainan Safee malam ini kurang memberansangkan kerana kecederaan menurut Jurulatih negara Rajagopal. Tiga peluang keemasan untuk Malaysia menambah gol dipersiakan oleh Safee namun Safee berjaya juga menambah satu gol bagi menambah amukan Harimau Malaya malam ini. Permainan Malaysia kembali rancak setelah Khyril dan Badrool dimasukkan untuk memberi nafas baru kepada pasukan Malaysia. 

Sejarah edisi lepas berulang kembali apabila perlawanan pertama Malaysia tewas besar 5-1 kepada Indonesia sebelum bangkit di perlawanan seterusnya dan menjuarai Piala Suzuki.  Penjaring gol Malaysia malam ini Safiq Rahim, Safee Sali,  Wan Zack Haikal dan Khyril Muhymeen. 

p/s - RH mendoakan Harimau Malaya teruskan amukan dan menutup mulut-mulut longkang yang mengkritik. Tahniah Harimau Malaya! Selamanya Harimau Malaya!

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih