ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Thursday 25 April 2013

PANAS!! Seorang Petugas Cedera, Bilik Gerakan BN di Bom! @NajibRazak

TS Penang (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Nibong Tebal,  25 April - Seorang petugas parti cedera selepas satu letupan bom ketika ceramah Barisan Nasional (BN) sedang berlangsung yang dihadiri lebih 3000 orang. 

"Saya terdengar bunyi dentuman kuat diikuti sampah-sarap berterbangan sebaik sahaja letupan berlaku. Seorang lelaki pula dilihat cedera di kaki," 

"Mujurlah saya dan isteri tidak cedera dalam insiden itu, namun kami begitu terkejut dengan apa yang terjadi," - A. Micheal

Letupan berlaku pukul 10.15 malam di kawasan longgokan sampah terletak kira-kira 10 meter dari pentas utama berhampiran Bilik Gerakan Pilihan Raya BN Nibong Tebal.

Ketika kejadian, Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan sedang berucap di depan hampir 3,000 orang hadirin.

Seorang pekerja parti berusia 35 tahun dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap kerana mendapat kecederaan di betis kanan akibat terkena serpihan sampah dan dirawat sebagai pesakit luar.

Polis kini telah menubuhkan satu pasukan khas bagi memburu suspek yang terlibat dalam insiden letupan bom dibilik Gerakan BN Nibong Tebal.

Ketua Polis Negara menyifatkan keadaan ini cuba menimbulkan suasana tidak aman dan huru hara dalam kempen PRU-13 yang sedang berlangsung.

"Saya nak bagi amaran sama ada individu atau mereka yang bertanggungjawab (dalam letupan) baik serah diri sebelum kita tangkap.

"Ini adalah kesalahan yang serius kerana ia melibatkan keselamatan orang awam. Saya bagi amaran jangan nak ganggu ketenteraman semata-mata kerana motif politik,"
 - Tan Sri Ismail Omar

p/s - Suasana tidak aman cuba dimainkan oleh sekumpulan individu pada PRU ke-13 kali ini, semua jentera dan ahli BN diminta berhati-hati. 

Tuesday 23 April 2013

PANAS!! Penyokong PAS Mengganas, Pukul Jurukamera RTM Hingga Mati! @Mustapa_Mohamed @nikabdulaziz @abdulhadiawang

TS Kelantan
tenterasabilbloggers@gmail.com

Gua Musang 23 April - Muahams seorang jurukamera RTM meninggal dunia malam tadi akibat dipukul oleh penyokong Pas ketika Allahyarham meminta mereka mengalihkan kenderaan yang menghalang lalulintas ketika berkempen. 



Jurukamera itu dikatakan dipukul dihadapan pondok milik parti pembangkang berkenaan. Menurut sumber, Muhamas dikatakan meminta seorang menyokong Pas mengalihkan kereta dihadapan rumah beliau yang didapati menghalang laluan keluar kenderaannya sebelum kejadian pukul memukul tersebut berlaku. 

Selepas dipukul Muhamas dikatakan kembali ke rumah pada pukul 1.15 pagi dan mengadu sakit dada dan tidak sedarkan diri serta meninggal dunia sejurus itu. 

Ada laporan mengatakan bahawa Allahyarham meninggal dunia kerana sakit jantung akibat dipukul beberapa orang penyokong Pas dan kini masih menunggu hasil bedah siasat pihak polis yang akan membuat sidang media hari ini. 

p/s - Penyokong Pas memang ganas dari dulu hingga kini, Islam diajar oleh Pas ialah mengganas!

Saturday 20 April 2013

PANAS!! Naib Ketua Wanita UMNO Langgar Disiplin UMNO, Bertanding Bebas di Parlimen Kuala Kangsar! @NajibRazak @ShahrizatJalil

TS Perak (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Kangsar 20 April - Sikap ketamakkan Naib Ketua Wanita UMNO yang ditunjukkan Datuk Karmilia Ibrahim apabila melanggar peraturan disiplin UMNO apabila bertanding selaku calon Bebas di P067 Kuala Kangsar dan menyerahkan borang pencalonan hari ini. 

Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Naib Ketuanya yang sanggup melanggar peraturan disiplin UMNO yang akan menghadapi tindakan tegas. 

P067 Kuala Kangsar pada PRU ke-12 telah dimenangi oleh calon Barisan Nasional Datuk Seri Rafidah Aziz dengan Majoriti 1458 undi menewaskan calon Pas Khairuddin Abd Malik. 

P.67-KUALA KANGSARRAFIDAH AZIZ431104085438BN10,735MNG
KHAIRUDDIN BIN ABD MALIK600905086451PAS9,277
JUMLAH PEMILIH :28,325
KERTAS UNDI DITOLAK :373
KERTAS UNDI DIKELUARKAN :20,773
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN :388
PERATUSAN PENGUNDIAN :73.34%
MAJORITI :1,458

Datuk Karmilia sebelum ini telah ditawarkan untuk bertanding di kerusi DUN Bukit Chandan seperti yang telah diperjelaskan oleh YAB Pengerusi BN namun ditolaknya dan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.



Berikut ialah kenyataan penuh Shahrizat:

Saya selaku Ketua Wanita Barisan Nasional merangkap Ketua Wanita UMNO Malaysia, serta semua ahli Wanita UMNO dan BN, rasa teramat kesal dan kecewa di atas tindakan Datuk Kamilia bertanding di atas tiket bebas di Parlimen Kuala Kangsar setelah beliau tolak tawaran BN untuk bertanding kerusi DUN Bukit Chandan seperti yang diperjelaskan oleh YAB Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO pada 18 April 2013.
Datuk Kamilia telah buat keputusan ini dengan sendiri sekali gus melanggar peraturan disiplin UMNO dan BN dan akan menghadapi tindakan tegas seperti yang diumumkan oleh Pengerusi BN dan Timbalan Pengerusi BN. 
Selama empat tahun, saya telah tentukan dan kemaskinikan satu sistem jentera wanita pilihan raya umum yang sistematik dan mantap untuk Wanita UMNO dan Wanita BN, termasuklah untuk menghadapi apa jua situasi yang luar biasa.(contingencies)
Jentera Wanita ini yang dinamakan Jentera Jalinan Rakyat (JR) telah bertugas di semua peringkat, terutama di peringkat akar umbi dengan baik, penuh komitmen dan kesetiaan kepada perjuangan Parti, walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk tidak dapat peluang untuk menjadi calon. Ini adalah kerana perjuangan mereka ikhlas, tidak pentingkan diri, dan sabar dalam perjuangan. 
Jentera Jalinan Rakyat akan berjalan dengan penuh disiplin tidak kira sesiapapun yang membelot atau mengkhianati Parti kerana kepentingan diri sendiri. 
Jentera Jalinan Rakyat di Kuala Kangsar berjalan dengan baik di bawah kepimpinan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian yang selepas ini akan memangku jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar. 
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan semua ahli Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar kerana di saat mereka diduga mereka menunjukkan semangat kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada UMNO dan Barisan Nasional, terutama di kala kita menghadapi PRU-13 ini.

p/s - dah bagi betis nak peha, akhirnya membelakangkan parti demi kepentingan diri. 

Friday 19 April 2013

PANAS!! Individu Adegan Video Seks Anwar & Mustafa Didedah, Anwar Tidak Bersalah? @NajibRazak @anwaribrahim @drwanazizah

TS Kuala Lumpur (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Lumpur, 19 April - Bekas Setiausaha PKR Terengganu Fakhrul Azman Abu bakar hari ini mendakwa bahawa Anwar Ibrahim akan membawa dua individu dari Thailand yang mirip rupanya dan Mustafa bagi membersihkan namanya daripada terus dikaitkan dengan video seks yang disebarkan oleh media. 

Berikut adalah kenyataan penuh Fakhrul Azman:

1. Kita difahamkan Anwar akan membawa dua orang pelanduk dua serupa dari Thailand dengan seorang adalah untuk dirinya manakala seorang lagi untuk Setiausaha Agung Pas, bagi membersihkan nama mereka dalam pelbagai isu. 
UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan sekali lagi dijadikan punching bag serta dikaitkan dengan konspirasi kononnya telah memfitnah dua pemimpin utama pakatan pembangkang ini. 
2. Apakah pemimpin pakatan pembangkang hanya pandai menghadiahkan jam Omega dan seluar putih kepada rakyat dalam perkhidmatan mereka selama ini kepada rakyat.

Mereka wajar menjelaskan hal ini kerana rakyat mahu tahu apakah sumbangan mereka kepada rakyat sepanjang mereka menjadi ahli politik. 
3. Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail perlu tampil sebagai ahli pimpinan tertinggi pakatan pembangkang menjelaskan perilaku pemimpin pakatan pembangkang atau menjelaskan sama ada bersetuju dengan hadiah jam Omega parti mereka kepada rakyat.
Bekas Setiausaha AMK SD Johari Yasin berkata berdasarkan perkembangan tersebut maklumat yang diterima daripada pihak tertentu adalah sahih dan tidak bertindak melulu. 

Anwar akan melakukan apa sahaja asalkan video seks tersebut tidak dikaitkan dengannya. SemalaM SD Johari mendesak Anwar mengesahkan sama ada benar dakwaan yang beliau telah menemui seorang individu mirip wajahnya untuk mengaku terlibat dalam semua kegiatan liwat yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang itu.

Lelaki tersebut didakwa berasal dari Thailand tetapi sedikit muda setelah usaha mencari orang yang memiliki wajah dan umur sama dengan Anwar gagal.

Lelaki berkenaan difahamkan akan dibawa masuk ke negara ini melalui Bukit Kayu Hitam pada awal pagi esok.

Pada 3 April lalu, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim meminta Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan mengenai dakwaan wujud satu operasi mencari ‘pelanduk dua serupa’ di Thailand bagi menyelamatkan Anwar daripada isu moral yang dikaitkan dengan suaminya itu.

Terdahulu, pada 17 Mac lalu, Awang Selamat menerusi ruangan Analisis Mingguan antara lain menyatakan seorang tokoh pembangkang telah melancarkan gerakan secara senyap-senyap untuk mencari individu terutama di Thailand yang seiras dengan wajah dan susuk badannya.

Kata Awang, jika pencarian itu berjaya, individu itu akan dipujuk untuk mengaku terlibat dalam satu perlakuan yang mencetuskan kegemparan di negara ini, tidak lama dulu.

Difahamkan Anwar akan menampilkan lelaki Thailand itu buat pertama kali di Madrasah An-Nadhoh, Kampung Petani, Permatang Pauh pada pukul 7.30 malam.

Dalam perkembangan sama SD Johari berkata, sekiranya rancangan Anwar itu mengikut jadual, beliau yakin Ketua Pembangkang tersebut akan mengusung lelaki berkenaan di pentas ceramah di seluruh negara.

‘‘Jika benar lelaki ini wujud saya minta Anwar bawa lelaki ini ke mahkamah. Kemudian panggil Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan tanya pada beliau sama ada kenal atau tidak lelaki ini.

‘‘Jangan berani di pentas ceramah sahaja. Bawa lelaki ini ke mahkamah. Biar mahkamah tentukan kebenaran," katanya.

p/s - Anwar sanggup menghalalkan segala cara demi cita-cita sebgai PM. TIBAI!

Thursday 18 April 2013

PANAS!! DAP Semakin DiTolak, PKR Semakin Rebah, PAS Terus Bergolak! @nikabdulaziz @abdulhadiawang @anwaribrahim @limkitsiang

TS Negeri Sembilan (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Seremban, 18 April - Semakin dekat tarik penamaan calon semakin bergolak parti pembangkang ingin menamakan calon dan perebutan kerusi serta ketidakpuashatian ahli terhadap calon yang ditonjolkan. 

Di Seremban, bekas ahli parlimen DAP Seremban John Fernandez keluar parti dan bertanding atas tiket bebas kerana mereka berasa tidak berpuas hati dengan calon yang ditonjolkan DAP dan parti tersebut giat meminggirkan kaum India. 

"Ini dapat dilihat apabila beberapa pemimpin DAP dari kaum India tidak lagi dicalonkan pada pilihan raya umum kali ini," - John Fernandez

Selain itu, 3 lagi bekas ahli DAP dan 2 individu lain turut mengumumkan untuk bertanding atas tiket bebas antaranya ialah, Fernandez akan bertanding kerusi Parlimen Seremban manakala tiga bekas ahli DAP iaitu Setiausaha Politik beliau, S. Rajashegher bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nilai, bekas Pengerusi DAP cawangan Taman Bukit Kepayang, S. Vijayan (DUN Bukit Kepayang) dan bekas ahli DAP, S. Sasikumar (DUN Temiang).

Dua yang lain ialah ahli perniagaan, S. Daniel (DUN Port Dickson) dan peguam S. Karthigesan (DUN Senawang).

Di Tuaran seramai 246 ahli parti PKR sertai BN setel;ah berasa tertipu dengan pucuk pimpinan parti pembangkang. Mereka yang diwakili oleh empat orang wakil penduduk menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sambil disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dalam Majlis Perjumpaan Timbalan Perdana Menteri bersama Rakyat Tuaran di Dewan Masyarakat Sulaman di sini malam tadi.



"Saya berasa begitu menyesal menyokong pembangkang sejak setahun lalu selepas terpengaruh dengan janji palsu mereka kerana golongan ini jelas hanya berjuang untuk diri sendiri.

"Sehingga kini tiada satu pun daripada janji mereka ditunaikan, malah kemajuan dan kemudahan yang ada di kampung kami juga adalah atas usaha kerajaan BN,"  Nasip Tukang yang berasal dari Kampung Panimbawan.

Di Kedah, Pas Kedah mengumumkan calon tanpa calon daripada DAP setelah perebutan kerusi antara 3 parti pembangkang tersebut. 

Senarai calon bagi Pas Kedah diumumkan oleh Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sementara calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah oleh Pengarah Pilihan Rayanya, Izham Ramli.

DAP Kedah baru-baru ini membuat kenyataan mahu PKR menyerahkan kerusi DUN Bakar Bata dalam Parlimen Alor Setar dan DUN Bakar Arang (Sungai Petani) selain menawarkan untuk bertanding di kerusi Parlimen Alor Setar.

Pengumuman tersebut bagaimanapun jelas tidak 'diiktiraf' oleh PKR Kedah apabila mengumumkan calon bagi kesemua kerusi yang bakal ditandinginya, termasuk di Parlimen Alor Setar dan DUN Bakar Bata serta DUN Bakar Arang dalam majlis malam tadi.

p/s - Kuburkan PR pada PRU ke-13!

Wednesday 17 April 2013

GEMPAR!! Sah Calon BN N02 Tanjung Bidara Melaka Tarik Diri! @NajibRazak @mohd_ali_rustam @Dtk_kapt_karim

TS Melaka (Al- Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Masjid Tanah 17 April - Ketika  ramai pemimpin lama Barisan Nasional kecewa kerana Transformasi Calon yang dibuat oleh datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak, kini timbul lagi satu isu calon BN N02 Kawasan DUN Tanjung Bidara Datuk Kapt. (B) Abdul Karim Bin Sulaiman menarik diri atas faktor kesihatan.

Khabar angin ini bertiup kencang setelah isu ini dimainkan oleh Cybertrooper BN Masjid Tanah mengenai penarikan diri oleh penyandang kerusi N02 tersebut. Namun twitter peribadi milik Datuk Abdul Karim Sulaiman bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Mohd Najib diatas pencalonan beliau sekali lagi pada PRU ke-13.


Kini Calon N02 Tanjung Bidara telah diberikan mandat kepada Tn. Hj. Md. Rawi B. Mahmud yang merupakan bekas guru di Sekolah Masjid Tanah dan juga AJK UMNO Bahagian Masjid Tanah. 


p/s - Tahniah kepada calon baharu N02 Tanjung Bidara, semoga dapat kemenangan dengan majoriti yang tinggi pada PRU kali ini. 




Monday 15 April 2013

PANAS!! Pas Guna Calon Tewas 2008, Calon Luar Keutamaan Pas! @mohd_ali_rustam @nikabdulaziz @abdulhadiawang @anwaribrahim

TS Melaka (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com


Melaka, 15 April - Pas yang sebelum ini tidak pernah menang di mana-mana kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen di Melaka hari ini telah menggunakan semula calon yang tewas pada PRU ke-12. 

Pas juga terpaksa menggunakan calon cina bagi membantu parti tersebut menang di satu kerusi DUN pada PRU kali ini. Richard Wong yang akan bertanding di N10 DUN Asahan seperti yang diumumkan oleh Mat Sabu malam tadi pada satu ceramahnya di di Kampung Tedong Merlimau. 

Akibat ketandusan calon pada PRU kali ini, Pas terpaksa menggunakan calon cina walaupun Richard boleh bertanding atas tiker PKR ataupun DAP. 


Pada PRU ke-13 kali ini Pas Melaka akan bertanding di 1 kerusi Parlimen dan 13 kerusi DUN. 1 Kerusi Parlimen Pas bertanding di kawasan kubu kuat Barisan Nasional (BN) iaitu di P134 Masjid Tanah yang sebelum ini disandang oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusof. 

Mohd Nasaie Ismail calon Pas P134 Masjid Tanah kali ini merupakan orang luar dan bukannya anak jati Masjid Tanah. Sebelum ini Pas meletakkan calon anak jati Tanjung Bidara Abdul Ghani Abdul Rahman yang tewas selama 4 penggal dan kini Nasaie merupakan anak jati Felda Jengka 16 anak jati Pahang diletakkan oleh Pas yang akan ditolak oleh pengundi Masjid Tanah yang mahukan anak tempatan. 

Calon Pas Masjid Tanah pada kali ini juga telah disabotaj pada awal-awal lagi oleh penyokong PKR Masjid Tanah yang tidak bersetuju dengan calon luar Pas. 


Antara calon yang tewas telah disenaraikan semula oleh Pas ialah, Timbalan Pesuruhjaya 1, Kamaruddin Sidek di Serkam, Julasapiyah Kassim (Kuala Linggi), Imran Abdul Rahman (Tanjung Bidara), Yuhaizad Abdullah (Merlimau)

Pas mengharapkan sembilan muka baru bertanding iaitu Pesuruhjaya Pas negeri, Adly Zahari di Durian Tunggal, Harun Mohamed (Telok Mas), Asri Shaikh Abdul Aziz (Lendu), Ab. Halim Ab. Jalil (Taboh Naning), Mohd. Noor Omar (Pantai Kundor), Dr. Md. Khalid Kassim (Bukit Baru), Md. Khairi Abd. Aziz (Ayer Molek) dan Kintan Man (Sungai Rambai).

p/s - Rakyat Melaka tolak PAS 100%!

Sunday 14 April 2013

PANAS!! Video Seks Mustafa, Anwarinas Sabotaj PAS! @anwaribrahim @nikabdulaziz @abdulhadiawang

TS Kuala Lumpur (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Lumpur, 14 April - Penyebaran video seks Mustafa Ali Setiausaha Agung Pas dikaitkan dengan puak Anwarinas yang ingin menamatkan karier Mustafa Ali dalam dunia politik. 

Menurut Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, puak ini telah lama menyimpan rahsia peribadi Mustafa dan menanti masa yang sesuai (kini) untuk menjatuhkannya setelah kitra-kira satu tahun menyimpan video tersebut. 

Kenyataan penuh Khairul Anuar Ramli menerusi SMS, 

1. Nampaknya sekarang sudah terbongkar rahsia hitam peribadi Mustafa yang telah disimpan oleh puak Anwarinas hampir setahun lamanya. Baharulah kita faham bagaimana selama ini puak Anwarinas boleh peras ugut Mustafa. Beliau sepatutnya buat laporan polis tentang perkara ini lebih awal lagi jikalau tidak bersalah. 
2. Sekarang nampak peluang beliau untuk menjadi calon bagi Parlimen Putrajaya terbang ikut tingkap. Waktu perbuatan puak Anwarinas ini memang tepat. Kita difahamkan bahawa dari awal lagi Mustafa bakal jadi calon bagi Parlimen Putrajaya tetapi nyata beliau kena checkmate oleh puak Anwarinas. 
3. Kita hendak tanya apakah tindakan yang bakal diambil oleh Mustafa. Beliau ada dua pilihan iaitu meletak jawatan sebagai Setiausaha Agung Pas ataupun salahkan UMNO. Jikalau Mustafa mahu salahkan UMNO, maka beliau kena terlebih dahulu buat laporan polis serta angkat sumpah di masjid.

Di Bukit Mertajam, 80 Ahli PKR dan Pas meninggalkan parti tersebut setelah kecewa dengan wakil rakyat pembangkang di DUN Permatang Pasir dan Penanti yang didakwa mengabaikan soal kebajikan penduduk.

"Hari ini 60 ahli PKR kawasan Kubang Hulu dan 20 ahli Pas cawangan Titi Timbul bertindak keluar dari parti itu dan menyatakan sokongan mereka kepada BN.

"Kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana sedar daripada kesilapan lalu dan kita percaya ini adalah satu daripada petunjuk kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa pengundi khususnya pemuda kawasan ini telah kembali menyokong BN dan menolak perjuangannya," katanya dalam sidang akhbar di Permatang Pasir di sini hari ini. - Ketua Pemuda UMNO Bahagian Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said

"Dahulu saya adalah penyokong tegar PKR, namun selepas melihat bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Mansor Othman langsung tidak membawa sebarang perubahan kepada penduduk, kami berasa kecewa dan beralih sokongan kepada BN," - bekas ahli PKR, Hadzri Ahmad

"Contohnya, penduduk Flat PPR 100 di sini, sudah lama mengadu minta Datuk Salleh Man sediakan sebuah surau tetapi kami diberitahu kerajaan negeri Pulau Pinang tidak memberikan peruntukan untuk berbuat demikian," - Bekas ahli Pas, Ahmad Shahrizal Hassan

p/s - Tolak PR PRU ke-13! Kuburkan Anwar Ibrahim dan sekutunya!




Monday 8 April 2013

PANAS!! 729 Lagi Ahli PKR Tinggalkan Parti di Perak dan Pahang, PKR Semakin Berkubur! @NajibRazak @anwaribrahim @AdnanYaakob

TS Bloggers (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuantan, 8 April - Bahang pilihanraya yang semakin hangat pada tahun 2013 memberi tamparan hebat buat Pakatan Rakyat apabila semakin ramai ahli parti meninggalkan parti setelah melihat pucuk pimpinan parti yang gagal menunaikan janji kepada rakyat. 

Hari ini seramai 300 ahli PKR cabang Indera Mahkota meninggalkan parti dalam sebuah majlis yang telah diadakan di Kelab Pembangunan India Kuantan. 

Ikrar taat setia kepada Barisan Nasional (BN) itu kemudiannya diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Di Pasir Salak dalam minggu ini serami 429 ahli dan pemimpin PKR telah bertindak meninggalkan parti tersebut. Borang keahlian UMNO telah diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman dalam satu majlis di sini malam tadi.

"Keputusan menyertai UMNO bukan dipengaruhi mana-mana pihak tetapi atas keyakinan terhadap BN yang saya lihat bersungguh-sungguh menjaga kebajikan rakyat di Pasir Salak,'' Mohd Tarmizi Abu Bakar yang menyertai PKR Ranting Parit 4A sejak tiga tahun lalu


"Kepimpinan PKR dilihat semakin menggelabah apabila ramai ahlinya menyokong BN dengan menjadi ahli UMNO. Ini memberi tekanan yang bukan sedikit kepada parti itu apabila momentum sokongan terhadap BN semakin meningkat,'' ujar Tarmizi lagi

Pada 8 Mac lalu, bekas Setiausaha PKR Ranting Felcra Seberang Perak 1, 2 dan 16, Mokhtar Ridzuan dan bekas Ketua Pemuda PKR Pasir Salak, Mohd. Hairul Hanip mengetuai 340 ahli mengisytiharkan meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO.

Parti pembangkang itu terus menerima kejutan apabila 62 ahlinya yang diketuai Setiausaha PKR cabang Pasir Salak, Ahmad Taufik Hassan membuat tindakan sama pada 3 April lalu.

p/s - PRU-13 masa untuk rehatkan Anwar Ibrahim dan kuburkan terus PKR daripada bumi Malaysia.


Sunday 7 April 2013

Manifesto BN Realistik, Menepati Janji Membawa Harapan! @NajibRazak

TS Bloggers (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Lumpur, 6 April -  'Menepati Janji Membawa Harapan' yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil,


* Menambah BR1M sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan 
* Mempertingkatkan Baucar Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150 
* Menyemak semula Dasar Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20 hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional 
* Menstruktur semula kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran sosial dan ekonomi bandar 
* Memulihkan semula rumah kos rendah dan flat di bandar-bandar 
* Membina 1,000,000 buah rumah mampu milik - digerakkan oleh sektor awam dan swasta - termasuk 500,000 buah rumah PP1MA 
* Memastikan harga rumah PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran 
* Meningkatkan jumlah tenaga kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun 
* Memasang lampu di jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan 
* Mengukuhkan Unit Rondaan Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan 
* Menambah jumlah wanita yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional 
* Menggalakkan kesamaan gender untuk memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina 
* Memansuhkan yuran setem untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000 
* Membangunkan sistem nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada semua rakyat 
* Menubuhkan Pusat Kanser dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon - Utara, Selatan, Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak 
* Mengembangkan perkhidmatan sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk golongan berumur dan kurang upaya 
* Terus memperluaskan sistem rel, MRT, LRT dan komuter 
* Membina terminal bas, rel, dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar 
* Membina 2,300km Lebuh Raya Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah 
* Menyambung Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Baharu dan Gambang-Segamat 
* Membina Lebuh Raya Pantai Barat baharu dari Banting-Taiping 
* Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat 
* Menarik pelaburan bernilai RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan dua juta daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi 
* Mencapai pendapatan per kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020 
* Memperbaiki penguasaan bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM di semua sekolah 
* Memperbaiki akses untuk pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama Sabah dan Sarawak 
* Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang bernasib baik 
* Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah mubaligh
p/s - Janji Ditepati! Undilah Barisan Nasional!

Saturday 6 April 2013

GEMPAR!! Surat Wan Azizah Kepada Tun M, Wan Azizah Kecewa Dengan Anwar! @tun_mahathir @anwaribrahim

TS Bloggers (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Lumpur, 6 April - "Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata,"


"Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit. - Tun Mahathir Mohamad 


Kini Wan Azizah langsung tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai video terbaharu Anwar dengan seorang lelaki yang telah didedahkan oleh papagomo. Wan Azizah sejak awal lagi telah mengetahui tabiat sebenar Anwar namun masih lagi cuba mempertahankan maruah suaminya walaupun suaminya melakukan perbuatan yang jijik dan haram dalam Islam. 

Surat setebal 18 surat yang diberikan oleh Wan Azizah kepada Tun Mahathir ketika Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri telah mendedahkan segala tabiat Anwar Ibrahim selama ini. Walaupun surat tersebut Tun tidak mendedahkan kepada khalayak umum namun hari ini, pelbagai media telah mendedahkan sendiri kelakuan Anwar. 

Pada 4 April 2013 lalu, Anwar telah mengumumkan bahawa Wan Azizah tidak akan bertanding pada PRU ke-13 walaupun Wan Azizah sendiri tidak mengumumkannya. Hari ini, anak Anwar Ibrahim Nurul Izzah menyangkal dakwaan Anwar yang mengumumkan Dr. Wan Azizah tidak akan bertanding seperti yang dimaklumkan Anwar semasa temubual secara langsung dengan Al-Jazeera pada Rabu lalu, menurut KeadilanDaily.com di www.keadilandaily.com semalam.

Melihat kepada keadaan ini, Anwar tidak mampu mengetuai keluarga inikan pula mengetuai sebuah kerajaan apabila keputusan yang dibuat tanpa perbincangan dan hanya menggunakan kuasa autokrasinya sebagai penasihat umum PR (Jawatan yang diwujudkan untuk naikkan nama sendiri) sedangkan Wan Azizah lebih berkuasa kerana menyandang jawatan Presiden PKR. 

p/s - Anwar Ibrahim semakin dikuburkan pada PRU ke-13 setelah pelbagai tabiatnya didedahkan oleh media massa. TIBAI!

Friday 5 April 2013

PANAS!! Solat Orang UMNO Tiada Pahala?? Nik Aziz Jadi Tuhan! @nikabdulaziz

TS Kelantan
tenterasabilbloggers@gmail.com


Kota Bharu, 5 April -  "UMNO tolak Islam, tolak Islam maknanya tolak Allah dan kalau sembahyang tidak dapat pahala, boleh pahala apa kalau tolak Islam.


"Kalau nak dapat pahala ikhlas ini bukan senang, hendak pahala ikhlas bagaimana kalau tolak Islam, Allah yang bawa turun Islam kepada Nabi Muhammad SAW, tiba-tiba UMNO tolak ambil kebangsaan," Fatwa Baharu Nik Aziz Nik Mat Menjelang PRU-13

Nik Aziz kini menjadi Tuhan apabila berani berkata solat orang UMNO tidak dapat pahala seolah-olah pahala dan dosa Nik Aziz boleh tentukan sendiri. Nik Aziz melangkaui ketentuan pahala amalan yang kekal mutlak milik Allah S.W.T

"Haram hukumnya jika seseorang menuduh sebuah pemerintahan Islam yang selama ini telah memartabatkan kedudukan agama di tempat yang tertinggi sebagai mungkar dan menolak dasar Islam.


"Hati Nik Abdul Aziz terlampau hitam dengan dendam terhadap UMNO. Sekejap parti itu murtad, sekejap mungkar dan terbaru orang UMNO tidak dapat pahala sembahyang," Tan Sri Harussani Zakaria

Ulama pondok yang dahulunya penyokong tegar PAS bertekad menolak Pas pada PRU ke-13 kali ini setelah kepimpinan Pas gagal mempertahankan kalimah Allah. 

Harun Yahya, ketua penerangan Minda Pondok berkata, tindakan Pas itu amat mengecewakan umat Islam, khususnya para ulama kerana parti itu dilihat menyokong fahaman pluralisme iaitu yang amat bercanggah dengan Islam.

Pas hanya menipu rakyat yang kononya ingin melaksanakan hudud, tetapi hari ini setelah diluluskan kerajaan Pas Kelantan sendiri namun tidak laksanakannya, ini menunjukkan Pas hanya sebuah Parti yang hanya inginkan kuasa namun perlaksanaan Islam tiada dalam pentadbiran Pas. 

Kini Pas menggadaikan Kalimah Allah kepada bukan Islam tanpa ada rasa bersalah terhadap Umat Islam di Malaysia dan fatwa terbaharu Nik Aziz ini dibuat kerana mereka melihat bahawa Pas tiada peluru bagi menghadapi PRU-13 yang kerana ramai penyokong tegar Pas keluar daripada parti dan menyertai UMNO.

p/s - Tolak PAS! Tolak Nik Aziz!






Tuesday 2 April 2013

PANAS!! Daim : BN Bakal Tumbang di Johor, Sabah & Sarawak? #BNBagus #PRU13 #GE13 #Transformasi #BN4Malaysia #Najib4PM #BetterNation

TS Kuala Lumpur (Al-Kahfi)

tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Lumpur, 4 Mac - BEKAS Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) akan menang dengan majoriti yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Katanya, walaupun BN mungkin kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Johor, Sabah dan Sarawak namun keputusan keseluruhan akan lebih baik berbanding tahun 2008 kerana BN juga dijangka akan memenangi balik banyak kerusi di Selangor, Kedan dan Kelantan.

Beliau berkata demikian dalam temuramah bersama akhbar China Press yang disiarkan hari ini.

Kata beliau, BN memiliki peluang yang cerah untuk menawan kembali Selangor dan Kedah tetapi masih tidak mampu untuk mendapatkan kembali Pulau Pinang dan Kelantan.

“Penduduk Kedah dilihat bersedia mahu membantu Mukhriz Tun Mahathir untuk menjadi Menteri Besar negeri itu,” katanya.

Selangor pula katanya berpeluang jatuh kembali ke tangan BN andai perikatan berkenaan dapat menyediakan calon menteri besar yang sesuai dan diterima ramai.

Perak pulak jelas beliau, wujud peluang sama rata atau 50-50 kepada BN dan Pakatan Rakyat bagi menguasainya.

Menurut Daim, permasalahan terbesar dengan pembangkang di negara ini ialah mereka tidak memenuhi janji-janji yang dibuat dalam manifesto tahun 2008.

Katanya, disebabkan itu pembangkang dilihat kurang kredibiliti dan tidak dipercayai rakyat.

Beliau juga menafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai terlepas peluang keemasan untuk membubarkan Parlimen seperti yang dijaja beberapa pemimpin DAP.

Katanya, pembubaran boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai dan bukan dalam tempoh tertentu sahaja.

Dalam temuramah berkenaan, beliau juga menasihati pengundi Cina agar berfikir secara mendalam dan berhati-hati sebelum mengundi.

“Apa yang anda dapat dengan cuba menghukum BN,” soalnya.

Beliau juga yakin pengundi kali ini akan mengundi berdasarkan tiga faktor utama iaitu menolak penyelewengan, ekonomi dan masa hadapan.

Mengulas mengenai insiden pencerobohan di Lahad Datu beliau berkata, ia merupakan sesuatu yang menyebelahi BN walaupun ia tidak dirancang oleh pihak itu.

Pandangan Daim mengenai keputusan pilihan raya umum adalah sesuatu yang ditunggu terutama apabila meramal dengan tepat keputusan PRU ke 12 (2008) yang menyaksikan BN kehilangan beberapa negeri yang dilihat kubu kuat kerajaan ketika itu. –Mynewshub