TS Perak (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com
Kuala Kangsar 20 April - Sikap ketamakkan Naib Ketua Wanita UMNO yang ditunjukkan Datuk Karmilia Ibrahim apabila melanggar peraturan disiplin UMNO apabila bertanding selaku calon Bebas di P067 Kuala Kangsar dan menyerahkan borang pencalonan hari ini.
Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh Naib Ketuanya yang sanggup melanggar peraturan disiplin UMNO yang akan menghadapi tindakan tegas.
P067 Kuala Kangsar pada PRU ke-12 telah dimenangi oleh calon Barisan Nasional Datuk Seri Rafidah Aziz dengan Majoriti 1458 undi menewaskan calon Pas Khairuddin Abd Malik.
P.67-KUALA KANGSAR | RAFIDAH AZIZ | 431104085438 | BN | 10,735 | MNG | |
KHAIRUDDIN BIN ABD MALIK | 600905086451 | PAS | 9,277 | |||
JUMLAH PEMILIH : | 28,325 | |||||
KERTAS UNDI DITOLAK : | 373 | |||||
KERTAS UNDI DIKELUARKAN : | 20,773 | |||||
KERTAS UNDI TIDAK DIKEMBALIKAN : | 388 | |||||
PERATUSAN PENGUNDIAN : | 73.34% | |||||
MAJORITI : | 1,458 |
Datuk Karmilia sebelum ini telah ditawarkan untuk bertanding di kerusi DUN Bukit Chandan seperti yang telah diperjelaskan oleh YAB Pengerusi BN namun ditolaknya dan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Kuala Kangsar.
Berikut ialah kenyataan penuh Shahrizat:
Saya selaku Ketua Wanita Barisan Nasional merangkap Ketua Wanita UMNO Malaysia, serta semua ahli Wanita UMNO dan BN, rasa teramat kesal dan kecewa di atas tindakan Datuk Kamilia bertanding di atas tiket bebas di Parlimen Kuala Kangsar setelah beliau tolak tawaran BN untuk bertanding kerusi DUN Bukit Chandan seperti yang diperjelaskan oleh YAB Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO pada 18 April 2013.Datuk Kamilia telah buat keputusan ini dengan sendiri sekali gus melanggar peraturan disiplin UMNO dan BN dan akan menghadapi tindakan tegas seperti yang diumumkan oleh Pengerusi BN dan Timbalan Pengerusi BN.
Selama empat tahun, saya telah tentukan dan kemaskinikan satu sistem jentera wanita pilihan raya umum yang sistematik dan mantap untuk Wanita UMNO dan Wanita BN, termasuklah untuk menghadapi apa jua situasi yang luar biasa.(contingencies)
Jentera Wanita ini yang dinamakan Jentera Jalinan Rakyat (JR) telah bertugas di semua peringkat, terutama di peringkat akar umbi dengan baik, penuh komitmen dan kesetiaan kepada perjuangan Parti, walaupun menghadapi pelbagai cabaran termasuk tidak dapat peluang untuk menjadi calon. Ini adalah kerana perjuangan mereka ikhlas, tidak pentingkan diri, dan sabar dalam perjuangan.
Jentera Jalinan Rakyat akan berjalan dengan penuh disiplin tidak kira sesiapapun yang membelot atau mengkhianati Parti kerana kepentingan diri sendiri.
Jentera Jalinan Rakyat di Kuala Kangsar berjalan dengan baik di bawah kepimpinan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian yang selepas ini akan memangku jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar.
Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kepimpinan dan semua ahli Wanita UMNO Bahagian Kuala Kangsar kerana di saat mereka diduga mereka menunjukkan semangat kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada UMNO dan Barisan Nasional, terutama di kala kita menghadapi PRU-13 ini.
p/s - dah bagi betis nak peha, akhirnya membelakangkan parti demi kepentingan diri.
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih