ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Friday 29 March 2013

PANAS!! Rakyat Penang Tolak LGE PRU-13! #UbahPenang #SavePenang #TolakPR #ManifestoBukanJanji #PRU13 #GE13

TS Penang
tenterasabilbloggers@gmail.com


Georgetown, 30 Mac - Setelah lima tahun DAP mentadbir Pulau Pinang, keadaan sosioekonomi di Pulau Pinang bertambah teruk, dengan kesesakan lalulintas yang semakin kronik, pembangunan hartanah mewah yang mengabaikan keperluan rakyat berpendapatan rendah, serta keadaan ekonomi yang mengalami defisit yang berkali ganda sejak 2009.

Kini rakyat percaya bahawa LGE berjaya kurangkan hutang negeri namun kebenarannya rakyat tidak mengetahui bahawa yang sebenarnya hutang negeri diselesaikan  dengan bantuan Kerajaan Persekutuan dan kini Pulau Pinang alami defisit selama 4 tahun berturut-turut di bawah DAP & Lim Guan Eng 

Projek terowong mega RM6.3 bilion Lim Guan Eng terima kritikan hebat dari CAP sedangkan hutang Penang tidak mampu diselesaikan sendiri oleh kerajaan negeri yang di tadbir oleh DAP. 

VIDEO RAKYAT TOLAK LGE DI PENANG - PENDUDUK MARAH SAMA LIM GUAN ENG

Selanjutnya Klik,





p/s - Rakyat kembali kepada BN di Penang! Tolak LGE dan DAP!

Wednesday 27 March 2013

PANAS!! Timb. Menteri KDN Bergoyang, P134 Masjid Tanah Bakal Tumbang?


TS Melaka
tenterasabilbloggers@gmail.com

Masjid Tanah, 27 Mac - Ketika Pilihanraya ke-13 semakin hampir, semakin hangat isu-isu yang dimainkan di seluruh negara, namun tidak ketinggalan di satu kawasan yang tidak dianggap panas namun menjadi perhatian kerana parlimen tersebut merupakan parlimen Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusof. 

Pada PRU ke-12 yang lalu Datuk Wira Abu Seman Yusof telah menang dengan majoriti 12,285 berbanding pada PRU ke-11 dengan majoriti 18,399. Pada PRU ke-12 telah menunjukkan kehilangan undi yang besar kepada Barisan Nasional Masjid Tanah yang berjumlah 6114 undi yang telah memilih pembangkang. 

Jumlah pengundi di P134 Masjid Tanah sebanyak 40,606  dan peratusan mengikut komposisi kaum adalah seperti berikut, 

Melayu - 81.83%
Cina - 14.21%
India - 3.81%
Lain-lain - 0.14% 

(Mengikut maklumat PRU ke-12)

PAS di P134 Masjid Tanah telah mula mengorak langkah memperkenalkan calon baharu Mohd Nasaie Ismail setelah beberapa penggal mencuba menerusi Abdul Ghani Abdul Rahman tidak membuahkan hasil. Calon PAS kini lebih muda bagi menunjukkan bahawa calon PAS lebih berkaliber daripada calon BN yang telah 16 tahun menjadi YB di Parlimen Masjid Tanah. 

Calon PAS Masjid Tanah ini juga sewaktu menjadi Mahasiswa UM pernah terlibat dengan kempen PAS di Ijok sebelum AUKU dipinda oleh kabinet. 

Memperlihatkan kesungguhan PAS untuk menawan Masjid Tanah semakin terserlah apabila banner-banner calon PAS dinaikkan di sekitar parlimen Masjid Tanah termasuklah gambar-gambar Adun yang bertanding di setiap DUN di Masjid Tanah.

Melihat kepada keadaan calon PAS kini tidaklah begitu membimbangkan BN Masjid Tanah namun kekuatan parti mestilah dimantapkan dan calon P134 Masjid Tanah mestilah dari muka baharu dan lebih muda bagi memperlihatkan transformasi BN dalam PRU kali ini lebih berbeza dan lebih segar dalam menghadapi calon PAS. 

BN memang telah dijangka akan mempertahankan kerusi P134 Masjid Tanah kerana orang Melaka menolak sepenuhnya PAS, namun majoriti undi diambil kira bagi memperlihatkan kekuatan calon yang ditonjolkan oleh BN. Jika PRU ke-12 BN telah kehilangan undi sebanyak 6114 undi, mampukah PRU ke-13 kali ini BN Masjid Tanah kembalikan majoriti 18,399 seperti PRU-11 atau lebih menurun seperti PRU ke-12 dengan calon yang sama. 

p/s - Masjid Tanah memerlukan calon lebih muda bagi meneruskan agenda transformasi rakyat yang diilhamkan oleh PM. 

Thursday 21 March 2013

PANAS!! Pengganas Sulu Mengaku Di Upah Ceroboh Sabah!!

TS Sabah (Al-Kahfi)
tenterasabilbliggers@gmail.com

Lahad Datu, 20 Mac - Dua daripada lapan lelaki pengikut kumpulan pengganas Kiram yang menceroboh negeri ini, berhadapan dengan hukuman mati apabila mereka didakwa di sini hari ini atas pertuduhan melancarkan perang ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-duanya, Basad Manuel dan Atik Hussin didakwa mengikut Seksyen 121 yang dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang membawa hukuman mati.

Enam lagi iaitu Holland, Lin Saleh, Timhar, Habil, Kadir Buyong dan Lating didakwa mengikut Seksyen 130K(A) kanun tersebut yang membawa hukuman penjara seumur hidup.

Kelapan-lapan mereka yang berumur antara 17 hingga 66 tahun itu ialah antara 108 individu dari selatan Filipina yang ditahan di bawah SOSMA dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna sejak 12 Februari lalu.

Pertuduhan asal dalam bahasa Melayu kemudian diterjemah ke dalam dua bahasa iaitu Bajau dan Suluk. Tiada pengakuan direkod di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Amelati Parnell, yang bersidang sebagai Majistret.

Mereka didakwa di Mahkamah Majistret yang bersidang khas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu.

Mahkamah turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Tawau. Walau bagaimanapun sehingga petang ini tiada tarikh ditetapkan untuk sebutan semula kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan, Datuk Nordin Hassan dan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Dusuki Mokhtar, kedua-duanya dari Pejabat Peguam Negara Putrajaya.

IPD Lahad Datu, khususnya bangunan yang menempatkan lokap tahanan yang dihuni lapan tertuduh itu dikawal ketat oleh polis lengkap bersenjata dan memakai baju kalis peluru sejak awal pagi.

Kira-kira pukul 9.30 pagi, empat trak polis memasuki pekarangan IPD tanpa membawa tahanan dan pada ketika ini, para wartawan yang turut berlegar di luar bangunan itu, diarah ke bangunan pentadbiran yang bertentangan.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tiba di IPD itu kira-kira pukul 11.30 pagi dan dibawa masuk ke bangunan yang menempatkan pejabat pentadbiran.

Kira-kira pukul 1.30 petang, kelapan-lapan tertuduh yang memakai baju dan seluar lokap berwarna ungu, berkaki ayam dan kepala mereka ditutup dengan kain hitam, dilihat dibawa keluar dari IPD Lahad Datu dengan kawalan ketat pasukan keselamatan.

Insiden pencerobohan pengganas Kiram sejak 12 Februari lalu, sehingga kini mengorbankan 10 anggota keselamatan terdiri daripada lapan anggota polis dan dua tentera.

Pada 5 Mac, pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif memerangi kumpulan bersenjata itu yang berkubu di Kampung Tanduo di sini dan sehingga hari ini, operasi menggeledah dan pembersihan secara menyeluruh di kawasan Tanjung Batu masih diteruskan bagi memburu saki-baki kumpulan militan itu.

Sehingga kini, 62 pengganas Kiram ditembak mati manakala 108 ditahan di bawah SOSMA kerana disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas dan 256 individu lain ditahan kerana memasuki zon merah dan pelbagai kesalahan lain.

Sumber - Utusan Malaysia

Friday 15 March 2013

PANAS!! Penceroboh Rancangan Serang Malaysia PRU Ke13!

TS Sabah (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com


Lahad Datu, 15 Mac - "Namun kita bersyukur kehadiran mereka telah dapat dikesan lebih awal dan usaha menghapuskan mereka telah dilakukan.

"Jika kita tidak dapat mengesannya, mungkin keadaan akan menjadi lebih buruk dan jumlah mereka yang datang semakin bertambah," 


Kemasukan pengganas secara berperingkat ini telah mengaburi pihak keselamatan Malaysia. Tindakan ini boleh menyebabkan keadaan negara berada dalam keadaan huru-hara dan tidak menentu sehinggga tercetusnya darurat. 

"Kalau berlaku demikian, orang ramai akan berasa takut untuk keluar mengundi dan boleh menyebabkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Sabah terpaksa ditangguhkan. Ini kerana syarat untuk mengadakan pilihan raya ialah semasa orang ramai berasa aman dan tidak dalam ketakutan," - Zaini Othman Penganalisis Politik dan Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS)

"Dalam keadaan huru-hara, keseluruhan negara akan rugi dan tiada gunanya kuasa yang ada pada mana-mana pihak," - katanya lagi

Hari ini pihak keselamatan Malaysia telah menemui 15 lagi mayat pengganas yang telah dibunuh dan telah dikuburkan berhampiran kubur besar yang dijumpai lepas. 

Pesuruhjaya Polis Sabah berkata, kesemua mayat berkenaan ditemui dalam 3 kubur yang berhampiran dengan kubur besar. 

"Keseluruhannya, setakat ini jumlah musuh yang ditembak mati ialah 61 orang manakala mayat yang dikeluarkan 27 orang, tangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) 97 orang dan lain-lain tangkapan seramai 233 orang," -  Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib

p/s - Dalang mesti ditangkap segera supaya negara terus berada dalam keadaan aman. KEMBALIKAN ISA!


Wednesday 13 March 2013

Kemalangan Maut di Hadapan SMK Dato' Dol Said Alor Gajah Melaka! @MuhyiddinYassin @mohd_ali_rustam @weekasiongmp @DrPuadZarkashi

TS Melaka (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Alor Gajah, 13 Mac - Satu kemalangan maut yang berlaku betul-betul di hadapan SMK Dato Dol Said Alor Gajah yang  melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori 8 tan telah mengakibatkan kematian kepada seorang penunggang motosikal.

Kejadian yang berlaku lebih kurang pukul 5.45 petang hari ini mengakibatkan Mohd Firdaus Amiruddin, 28 tahun menunggang motosikal jenis EX5 berwarna merah JEH 1164 yang tinggal di Taman Kelemak Perdana meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan tangan. Allahyarham Mohd Firdaus telah digilis oleh lori tersebut yang datang daripada arah belakang telah merempuh Allahyarham. 

Menurut seorang rakan mangsa yang berada ditempat kejadian, allahyarham mengambil cuti hari ini yang bekerja di shift malam kerana ingin menemani anaknya di Hospital Melaka. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 2 orang anaknya yang masih kecil.

Allahyarham merupakan seorang pekerja kilang Sunpower di Rumbia. Pada masa kejadian berlaku, allahyarham dalam perjalanan ke Hospital Melaka untuk melawat anaknya yang sakit. Allahyarham bersama-sama pakaian untuk isterinya yang sedang menjaga anaknya dan juga makanan yang dibelinya bertaburan diatas jalan raya. 

Kemalangan yang berlaku di hadapan SMK Dato' Dol Said ini menimbulkan kerisauan kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak pada waktu pagi kerana tiada jejantas yang disediakan bagi memudahkan pelajar sekolah melintas untuk masuk ke kawasan sekolah. 

Walaupun lampu isyarat disediakan untuk pejalan kaki dan zebra crossing disediakan, namun melihat kepada faktor jalan yang lurus dan laluan utama membuatkan pengguna jalan raya tidak menghiraukan lampu isyarat tersebut yang membahayakan guru dan pelajar SMK Dato' Dol Said yang ingin melintas jalan. 

p/s - Mohon perhatian Menteri Pelajaran dan Ketua Menteri Melaka dalam soal keselamatan pelajar sekolah terutama di Melaka. 

Foto kejadian yang sempat dirakamkan lensa tentera sabil :


















Tuesday 12 March 2013

TERKINI!! Seorang Anggota Tentera Terkorban, 3 Pengganas di Tembak Mati!

TS Sabah (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com



Lahad Datu, 12 Mac - "Seorang anggota tentera gugur" - Panglima Angkatan Tentera Jenaral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin

Pertempuran berlaku antara anggota tentera dan pengganas di Sungai Nyamuk, Tanjung Batu pada pada pukul 10.45 pagi setelah diserang hendap oleh pengganas dan melarikan pada pukul 7.45 pagi sebelum pasukan tentera berjaya menjejaki dan berlaku pertempuran.

Setakat ini 9 orang anggota keselamatan terkorban dan 57 pengganas telah ditembak mati semenjak pencerobohan berlaku di Sabah. Menurut Panglima Angkatan Tentera itu lagi, Kampung Tanduo kini bersih sepenuhnya daripada ancaman pengganas dan operasi kini tertumpu di kawasan Sungai Nyamuk Kampung Batu. 


1124833 Kpl Khairul Anuar

p/s - Takziah kepada anggota tentera yang terkorban. 

Sunday 10 March 2013

PANAS!! Pasukan Keselamatan Hanya Bersandiwara? @NajibRazak

TS Melaka (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

MITC, 9 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menempelak pemimpin pembangkang yang menuduh insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai satu sandiwara sedangkan pasukan keselamatan negara berkorban nyawa bagi mempertahankan negara.

Beliau berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengarahkan anggota keselamatan melakukan sandiwara sebaliknya mengarahkan mereka mempertahan dan menjaga kedaulatan negara.

“Cuba fikir boleh tidak kita mencari pelakon yang sanggup mati dalam lakonan mereka? Ada tidak yang nak jadi sukarela (berlakon) yang bawa dia mati?

“Saya percaya tidak ada seorang pun yang sanggup bersandiwara sebegitu,” katanya ketika berucap merasmikan Menara Persekutuan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di Melaka.

Kira-kira 20,000 penduduk di sekitar Melaka menghadiri majlis perasmian menara setinggi 21 tingkat yang dibina dengan kos RM208 juta bagi menempatkan jabatan dan agensi kerajaan persekutuan di negeri itu sejak Ogos 2010.

Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Najib berkata isu keselamatan tidak sepatutnya dipolitikkan kerana keamanan dan kedaulatan negara terlalu mahal nilainya.

Beliau berkata rakyat negara ini perlu mencontohi negara maju seperti Amerika Syarikat yang walaupun mempunyai perbezaan politik namun tidak mengeksploitasi soal keselamatan.

“Rakyat mereka memberi sokongan kepada ‘man in uniform’, mereka tidak memperlekehkan anggota keselamatan,” katanya.

Kata Najib, kedaulatan dan keamanan negara amat penting bagi membolehkan pelbagai agenda transformasi dilaksanakan kerajaan dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Perdana Menteri berkata masa depan negara akan menjadi lebih baik jika rakyat dapat memberi sokongan sepenuhnya terhadap agenda transformasi yang telah dirangka dan dilaksanakan kerajaan dengan penuh teliti dan rapi.

Najib berkata kerajaan tidak akan melaksanakan dasar atau menjanjikan sesuatu yang tidak mungkin dapat ditunaikan seperti dilakukan pembangkang yang kononnya mahu memberi pendidikan tinggi percuma, pemansuhan tol dan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional.

“Seperti kata orang putih, ‘there is no such thing as free lunch’…maknanya kalau kita nak bagi percuma mesti ada pihak lain yang membayar untuk sesuatu perkhidmatan itu kalau kita nak bagi secara percuma kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata memang terdapat beberapa negara di dunia seperti Scandinavia dapat memberi pendidikan tinggi percuma kepada rakyatnya, namun mereka terpaksa menaikkan kadar cukai sehingga mencecah 75 peratus.

“Kenapa tidak ada mana-mana negara yang dapat memberi pendidikan percuma melainkan mereka menaikkan kadar cukai, baru dia boleh bagi pendidikan percuma.

“Bila dia sudah bagi pendidikan percuma dia tidak boleh memberi akses seluas-luasnya (kepada rakyat) kerana kemampuan terbatas kepada banyak mana cukai boleh dipungut daripada rakyat,” katanya.

Hal ini, kata Najib, berbeza di Malaysia apabila kerajaan berjaya membuka akses pendidikan tinggi seluas-luasnya kepada rakyat tanpa perlu menaikkan kadar cukai.

Foto yang sempat dirakamkan sekitar majlis,










p/s - Rakyat Melaka tolak PR pada PRU ke-13!

TERKINI!! Pengganas di Upah Kini Terkepung!

TS Sabah (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Lahad Datu, 10 Mac - Pengganas Sulu kini semakin terdesak akibat dikepung oleh pasukan keselamatan Malaysia di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu. 

"Mereka tidak mungkin akan dapat melepasi kepungan, cuma mereka akan keluar dari Kampung Tanjung Batu dan kembali ke Kampung Tanduo. - Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin 

"Pada masa ini keutamaan adalah bagi menggeledah dan membersihkan Kampung Tanduo dan apabila selesai kita akan menggempur Kampung Tanjung Batu," - Katanya lagi

Edwin Lacierda jurucakap Presiden Filipina berkata, pengikut Jamalul Kiram III ini telah diupah untuk menceroboh Sabah dengan ganjaran S$600 dolar (RM1,800) seorang selain dijanjikan tanah dan juga jawatan. 

Filipina telah meminta Kuala Lumpur untuk mengakses penuh rakyat Filipina yang terjejas akibat pencerobohan tersebut. Presiden Benigno Aquino III juga akan memaklumkan  kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai kewujudan beberapa ketua kumpulan dan mangsa yang tertipu akibat pencerobohan tersebut. 

p/s - Sedikit masa lagi pencerobohan akan selesai di Lahad Datu. 

Friday 8 March 2013

Lagi 29 Anggota Pas Sertai UMNO Di Jerlun! @MukhrizMahathir

TS Kedah (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Jerlun, 8 Mac - 29 anggota dan penyokong Pas dari Kubang Menerung Dalam hari ini bertindak meninggalkan Pas dan menyertai UMNO setelah kecewa dengan pendirian kepimpinan Pas mengenai isu kalimah Allah. 

29 anggota Pas dan penyokong Pas itu telah diwakili oleh Ahmad Adam  telah menyerahkan borang keahlian kepada ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir pada satu majlis ceramah perdana selamatkan kedah Undi Pas = Undi Dap di Kampung Sera malam tadi.

Mereka merasa kecewa dana kesal kerana pimpinan Pas menyokong gesaan Dap untuk bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam bible versi Bahasa Melayu.

"Mereka masuk UMNO kerana mereka merasakan bahawa UMNO lah yang memperjuangkan Islam dan bukannya parti pembangkang yang tidak mempunyai pendirian" - Datuk Mukhriz Mahathir ahli Parlimen Jerlun merangkap timbalan perhubungan UMNO negeri Kedah. 

"Di Kawasan Parlimen Jerlun sahaja seramai 100 orang anggota Pas dan penyokong Pas telah bertindak keluar parti dan menyertai UMNO sekaligus dapat membantu UMNO menghadapi PRU-13" - Katanya lagi

"Kita lihat sekarang ini ada pemimpin Pas yang sibuk dok gaduh nak dapatkan kuasa nak perintah Kedah. Kalau ada pemimpin UMNO yang jumpa dengan saya, pemimpin Pas kata saya ni pembelot." Jelasnya lagi.

Datuk Mukhriz juga melahirkan rasa kedal terhadap parti Pas yang kononya selama ini memperjuangkan Islam dan mahu menjadikan negera ini sebagai negara Islam namun tidak lagi berpegang kepada pendirian itu.

Abdul Rashid, 64 berkata bahawa beliau bertindak keluar Pas kerana parti itu sering mengikut telunjuk Dap sehingga sanggup menggadaikan kalimah Allah yang hanya untuk orang Islam.

p/s - semakin ramai meninggalkan Pas kerana mereka sedar bahawa Pas tidak mampu mempertahankan Islam selain UMNO.





TERKINI!! 32 Lagi Pengganas DiBunuh Di Kampung Tanjung Batu!

TS Sabah (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Lahad Datu, 8 Mac - 23 pengganas telah berjaya dibunuh dalam pertempuran oleh pasukan keselamatan Malaysia di kawasan "ground zero" di Tanjung Batu.

Pertempuran yang berlaku 11.30 pagi semalam telah membunuh seorang lagi pengganas yang dipercayai berpangkat genenal kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

"Kawasan Kampung Tanduo dan kampung Tanjung Batu masih lagi berada dalam kepungan pasukan keselamatan Malaysia" - KPN

"Dalam operasi pada pukul 11.30 pagi semalam seramai 31 pengganas telah berjaya ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia dan seorang lagi musuh tumpas pada pukul 6.45 pagi" - katanya lagi

Pasukan keselamatan telah memperluaskan kawasan operasi bagi menjejaki saki baki kumpulan pengganas yang masih lagi dipercayai berada di sekitar kawasan Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.

Sejak jumaat lepas pasukan keselamatan Malaysia telah menumpaskan 53 pengganas yang melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Tanduo, Kampung Simunul dan Kampung Tanjung Batu. Usaha penggeledahan masih lagi dijalankan dengan lebih berhati-hati supaya tiada pihak keselamatan Malaysia yang cedera atau terbunuh.

p/s - Pasukan Keselamatan Malaysia antara yang terbaik di dunia!

Thursday 7 March 2013

TERKINI!! 52 Pengganas DiSahkan Terbunuh - KPN

TS Sabah (Al-Kahfi)
tenterasabil.blogspot.com


Lahad Datu, 7 Mac - 52 pengganas Sulu telah berjaya dibunuh oleh pasukan keselamatan Malaysia setakat hari ini. 32 pengganas berpangkat general turut berjaya ditembak lapor Ketua Polis Negara (KPN).

Menurut KPN lagi, jumlah tersebut tidak termasuk musuh yang dilaporkan cedera dan ada sebahagiannya telah dikebumikan.

Sementara intu masyarakat Suluk di Sabah mengutuk tindakan kumpulan pengganas yang menceroboh Sabah dan berkubu di Kampung Tanduo.

Mereka membantah pencerobohan tersebut sambil melafazkan ikrar taat setia kepada kerajaan persekutuan Malaysia dan negeri Sabah. Etnik Suluk di Sabah juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia yang menjaga kebajikan mereka sehingga taraf hidup mereka semakin meningkat kini.

Etnik Suluk sabah ini juga mengucapkan takziah kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban sewaktu mempertahankan Sabah.

p/s - Tahniah pasukan keselamatan Malaysia, tabik spring!

Manifesto BN Menyeluruh, BN Sedia Gempur Kelantan PRU-13! @NajibRazak @Mustapa_Mohamed

TS Kelantan (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kota Bharu, 7 Mac - Barisan Nasional (BN) bersiap sedia untuk menggempur Kelantan dengan manifesto yang menyeluruh untuk rakyat Kelantan dengan menekankan aspek fizikal dan spiritual selain aspek perpaduan rakyat. 

Antara 7 Projek BN sekirannya Kelantan berjaya dirampas pada PRU ke 13 ialah, 

1. Pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai secara berperingkat
2. Pembinaan masjid berharga kira-kira RM50 juta
3. Stadium baharu, perumahan rakyat sebanyak 3,000 unit
4. Kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM)
5. Sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu 
6. Menyelesaikan masalah air
7. Kemudahan asas luar bandar

"Kebanyakan rakyat Kelantan masih tinggal di luar bandar, sudah pasti manifesto ini juga akan mencakupi tentang pembangunan luar bandar." - Ahli Parlimen Jeli merangkap Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed

"Selain itu, soal perpaduan juga amat penting, kita tidak mahu rakyat Kelantan berpecah-belah, kita mahu adakan program dakwah, tarbiah untuk pastikan kita sedar dan insaf perlunya kita bersatu, menjadikan kita umat yang kuat," - Katanya lagi

7 aspek ini besar ini berimpak tinggi yang dijanjikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri mohd Najib Tun Abdul Razak bagi membangunkan kelantan dari pelbagai aspek termasuk perpaduan antara kaum. 

p/s - Kelantan kembali ke pangkuan BN setelah sekian lama dibawah PAS, BN sedia gempur!

PANAS!! Bendera PKR DiBakar Ahli PAS!! @tianchua

TS Pulau Pinang (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kepala Batas, 7 Mac - Kenyataan biadap Tian Chua telah membawa kepada kemarahan rakyat Malaysia dan juga ahli Pas sendiri. Kemarahan ini telah mendorong kepada pembakaran bendera PKR akibat kenyataan Tian Chua yang menyifatkan kejadian di Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO.

Wakil kumpulan tersebut Nabi Abdul Sathar 61 berkata, laporan polis yang dibuat bagi membolehkan pihak polis mengambil tindakan segera kerana kenyataan Tian Chua menimbulkan suasana tegang dalam kalangan penduduk negara ini. 

Seramai 6 orang ahli Pas telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara (SPU). 

Kenyataan Tian Chua yang begitu biadap telah menguris hati keluarga wira-wira negara yang terkorban akibat serangan penganas yang menganas di Lahad Datu. Anwar Ibrahim telah dikaitkan dengan serangan penganas di Lahad Datu dan kini Tian Chua cuba mengaitkan UMNO bagi menutup kesalahan Anwar seperti yang dikaitkan oleh berita antarabangsa dan Manila. 

p/s - Tian Chua dan Anwar adalah pengkhianat negara yang WAJIB dihapuskan segera!

Wednesday 6 March 2013

PANAS!! Kiram Spring Untuk Rakyat Filipina?

TS Filipina (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Manila, 5 Mac - "Ini merupakan kebangkitan Sultan Jamalul Kiram III. Kami melakukan ini atas nama rakyat Filipina," - Jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani

Abraham juga mendakwa bahawa Sandakan juga menjadi zon pertempuran malam tadi ketika konflik di Filipina menemui jalan buntu. 

Abraham menafikan tentera sulu diketuai oleh Raja Muda Azzumudie Kiram sebaliknya tentera sulu dibantu oleh rakyat Filipina yang berada di Sabah. 

Pertempuran yang merebak dengan cepat ini adalah tidak dirancang kerana dibantu oleh rakyat Filipina sendiri sehingga mengorbankan anggota keselamatan Malaysia. 

Sementara itu Setiausaha Luar Filipina Rosario memberi jaminan untuk membawa kumpulan pengganas ini ke muka pengadilan dan mengenakan tindakan yang keras. 

"Rosario telah memberikan jaminan bahawa kerajaan di negaranya akan mengenakan tindakan undang-undang yang keras terhadap pengganas dari Sulu ini.

"Bahkan, Rosario telah memanjangkan takziah kepada ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban dan juga rakyat Malaysia," - Anifah Aman Menteri Luar Malaysia

p/s - Kiram melihat kemajuan Sabah sehingga ingin menakluk Sabah semula dengan cara pertumpahan darah.


Monday 4 March 2013

TERKINI!! Senarai Nama Anggota Polis Terkorban di Sabah!

TS Sabah (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Semporna, 4 Mac - Berikut adalah senarai nama polis yang terbunuh di Semporna Sabah pada 2 Mac 2013. Kematian berpunca daripada insiden tembak menembak antara pihak berkuasa dan penceroboh Sulu. Dilaporkan, enam anggota terbunuh di Semporna dan enam penceroboh juga mati dalam pertempuran tersebut.

FOTO: Saudara mara, rakan-rakan dan jiran Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar mengadakan kenduri tahlil arwah yang terbunuh dalam serangan penceroboh di Semporna, Sabah di kediamannya, di Subang Jaya


Senarai Nama Polis Terbunuh Di Semporna

Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas E1, Bukit Aman)
ASP Michael, (KCKD Semporna)
Sarjan Aziz, (PGA Btn 14 Semporna)
Koperal Azrul, (PGA Btn 14 Semporna)
Sarjan Baharin, (Cawangan Khas E1, IPK Sabah)
Koperal Salam, (Cawangan Khas, IPD Tawau)

Sumber - Informasi.my

p/s - Al-Fatihah kepada pahlawan negara, takziah kepada keluarga mangsa.

GEMPAR!! Anwar Ibrahim & Jeffrey Kitingan Dalang Pencerobohan di Sabah! @anwaribrahim @JeffreyKitingan

TS Sabah (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Lahad Datu, 3 Mac - Pemimpin utama pembangkang Sabah yang dikenal pasti dalang pencerobohan ini ialah Jefrey Kitingan dan Anwar Ibrahim yang telah berjumpa dengan Nur Misuari Pemimpin utama Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) dan Sultan Sulu Palsu Jamalul Karim untuk menceroboh Sabah bagi menuntut negeri Sabah.

Portal berita Filipina mendedahkan bahawa pemimpin utama pembangkang Sabah yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan dengan pihak penceroboh dan telah menawarkan jaminan tuntutan terhadap negeri Sabah.

Perisikan Filipina juga melaporkan secara terbuka nama Anwar Ibrahim sebagai salah seorang dalang kejadian tersebut sehingga pertumpahan darah berlaku.

Inquirer News melaporkan bahawa pertemuan pemimpin utama pembangkang Sabah itu telah berlaku pada November 2012 yang telah menyebabkan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo bagi menuntut Sabah semula. 

The Manila Times menerusi koresponden mereka, Al Jacinto juga mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

Rauters yang memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina mendakwa bahawa pencerobohan ini berlaku atas jemputan pembangkang di Malaysia. 

150 orang penceroboh ini telah diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumudie yang mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan daripada pemimpin pembangkang Malaysia tetapi segera dinafikan Anwar dan mendakwa kenyataan itu dibuat UMNO.

Berita terkini juga melaporkan bahawa seorang Pegawai Polis Dari Bukit Aman Supritendan Ibrahim Lebar, 45 juga telah terkorban akibat serang hendap oleh puak penceroboh di Kampung Simunul Semporna Sabah. Angka anggota keselamatan yang telah terkorban kini meningkat kepada 6 orang yang telah disahkan oleh Ketua Polis Negara. Semua wira negara telah dibawa ke hospital Semporna.

p/s - Anwar Ibrahim & Jeffrey Kitingan pengkhianat negara yang WAJIB dihapuskan segera!




Sunday 3 March 2013

PANAS!! PKR Batu Hampar Melaka Lumpuh! @anwaribrahim

TS Melaka (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com


Bukit Katil, 3 Mac - "Kita tidak boleh tunggu lagi kerana perjuangan PKR hari ini jauh menyimpang daripada agenda sebenar. Kami lihat perjuangan PKR atas kepentingan peribadi dan mengejar kuasa." -  Bekas Ketua Cawangan PKR Batu Hampar Tuah Shah Abdul Rahman


143 ahli PKR ini yang diketuai oleh Ketua Cawangan PKR Batu Hampar Tuah Shah Abdul Rahman bertindak keluar parti dan membubarkan cawangan Batu Hampar yang berada dalam parlimen Bukit Kati. 

Walaubagaimanapun 143 ahli ini tidak menyerahkan borang keahlian UMNO sebaliknya menubuhkan Persatuan Usahawan Anak Melayu (PUAM) yang bergerak dibawah bukan kerajaan. 

Di Kota Bharu ahli Pas terus mendesak Pas keluar daripada pakatan pembangkang kerana dilihat sudah terpesong jauh daripada matlamat asal menegakkan agama Islam. 

Kumpulan diketuai Zakaria Salleh, 58, yang juga bekas Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) itu turut berpendapat, 'kerosakan' yang berlaku dalam Pas tidak akan dapat dibaiki lagi sekiranya terus bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

p/s - Pencerobohan di lahad datu berkait rapat dengan Anwar Ibrahim, Anwar sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa!