tenterasabilbloggers@gmail.com
Alor Gajah, 13 Mac - Satu kemalangan maut yang berlaku betul-betul di hadapan SMK Dato Dol Said Alor Gajah yang melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori 8 tan telah mengakibatkan kematian kepada seorang penunggang motosikal.
Kejadian yang berlaku lebih kurang pukul 5.45 petang hari ini mengakibatkan Mohd Firdaus Amiruddin, 28 tahun menunggang motosikal jenis EX5 berwarna merah JEH 1164 yang tinggal di Taman Kelemak Perdana meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan tangan. Allahyarham Mohd Firdaus telah digilis oleh lori tersebut yang datang daripada arah belakang telah merempuh Allahyarham.
Menurut seorang rakan mangsa yang berada ditempat kejadian, allahyarham mengambil cuti hari ini yang bekerja di shift malam kerana ingin menemani anaknya di Hospital Melaka. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 2 orang anaknya yang masih kecil.
Allahyarham merupakan seorang pekerja kilang Sunpower di Rumbia. Pada masa kejadian berlaku, allahyarham dalam perjalanan ke Hospital Melaka untuk melawat anaknya yang sakit. Allahyarham bersama-sama pakaian untuk isterinya yang sedang menjaga anaknya dan juga makanan yang dibelinya bertaburan diatas jalan raya.
Kemalangan yang berlaku di hadapan SMK Dato' Dol Said ini menimbulkan kerisauan kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak pada waktu pagi kerana tiada jejantas yang disediakan bagi memudahkan pelajar sekolah melintas untuk masuk ke kawasan sekolah.
Walaupun lampu isyarat disediakan untuk pejalan kaki dan zebra crossing disediakan, namun melihat kepada faktor jalan yang lurus dan laluan utama membuatkan pengguna jalan raya tidak menghiraukan lampu isyarat tersebut yang membahayakan guru dan pelajar SMK Dato' Dol Said yang ingin melintas jalan.
p/s - Mohon perhatian Menteri Pelajaran dan Ketua Menteri Melaka dalam soal keselamatan pelajar sekolah terutama di Melaka.
Foto kejadian yang sempat dirakamkan lensa tentera sabil :
Sepatutnya pihak yang berkenaan perlu mengadakan bonggol yang merentangi kedua-dua arah. saya rasa ini dapat menyedarkan pemandu jalan raya, untuk lebih prihatin terhadap keselamatan.
ReplyDelete