ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Friday 8 March 2013

Lagi 29 Anggota Pas Sertai UMNO Di Jerlun! @MukhrizMahathir

TS Kedah (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Jerlun, 8 Mac - 29 anggota dan penyokong Pas dari Kubang Menerung Dalam hari ini bertindak meninggalkan Pas dan menyertai UMNO setelah kecewa dengan pendirian kepimpinan Pas mengenai isu kalimah Allah. 

29 anggota Pas dan penyokong Pas itu telah diwakili oleh Ahmad Adam  telah menyerahkan borang keahlian kepada ahli Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Mahathir pada satu majlis ceramah perdana selamatkan kedah Undi Pas = Undi Dap di Kampung Sera malam tadi.

Mereka merasa kecewa dana kesal kerana pimpinan Pas menyokong gesaan Dap untuk bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam bible versi Bahasa Melayu.

"Mereka masuk UMNO kerana mereka merasakan bahawa UMNO lah yang memperjuangkan Islam dan bukannya parti pembangkang yang tidak mempunyai pendirian" - Datuk Mukhriz Mahathir ahli Parlimen Jerlun merangkap timbalan perhubungan UMNO negeri Kedah. 

"Di Kawasan Parlimen Jerlun sahaja seramai 100 orang anggota Pas dan penyokong Pas telah bertindak keluar parti dan menyertai UMNO sekaligus dapat membantu UMNO menghadapi PRU-13" - Katanya lagi

"Kita lihat sekarang ini ada pemimpin Pas yang sibuk dok gaduh nak dapatkan kuasa nak perintah Kedah. Kalau ada pemimpin UMNO yang jumpa dengan saya, pemimpin Pas kata saya ni pembelot." Jelasnya lagi.

Datuk Mukhriz juga melahirkan rasa kedal terhadap parti Pas yang kononya selama ini memperjuangkan Islam dan mahu menjadikan negera ini sebagai negara Islam namun tidak lagi berpegang kepada pendirian itu.

Abdul Rashid, 64 berkata bahawa beliau bertindak keluar Pas kerana parti itu sering mengikut telunjuk Dap sehingga sanggup menggadaikan kalimah Allah yang hanya untuk orang Islam.

p/s - semakin ramai meninggalkan Pas kerana mereka sedar bahawa Pas tidak mampu mempertahankan Islam selain UMNO.





No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih