ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Friday 8 March 2013

TERKINI!! 32 Lagi Pengganas DiBunuh Di Kampung Tanjung Batu!

TS Sabah (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Lahad Datu, 8 Mac - 23 pengganas telah berjaya dibunuh dalam pertempuran oleh pasukan keselamatan Malaysia di kawasan "ground zero" di Tanjung Batu.

Pertempuran yang berlaku 11.30 pagi semalam telah membunuh seorang lagi pengganas yang dipercayai berpangkat genenal kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

"Kawasan Kampung Tanduo dan kampung Tanjung Batu masih lagi berada dalam kepungan pasukan keselamatan Malaysia" - KPN

"Dalam operasi pada pukul 11.30 pagi semalam seramai 31 pengganas telah berjaya ditumpaskan oleh pasukan keselamatan Malaysia dan seorang lagi musuh tumpas pada pukul 6.45 pagi" - katanya lagi

Pasukan keselamatan telah memperluaskan kawasan operasi bagi menjejaki saki baki kumpulan pengganas yang masih lagi dipercayai berada di sekitar kawasan Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu.

Sejak jumaat lepas pasukan keselamatan Malaysia telah menumpaskan 53 pengganas yang melibatkan tiga buah kampung iaitu Kampung Tanduo, Kampung Simunul dan Kampung Tanjung Batu. Usaha penggeledahan masih lagi dijalankan dengan lebih berhati-hati supaya tiada pihak keselamatan Malaysia yang cedera atau terbunuh.

p/s - Pasukan Keselamatan Malaysia antara yang terbaik di dunia!

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih