ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Wednesday 27 March 2013

PANAS!! Timb. Menteri KDN Bergoyang, P134 Masjid Tanah Bakal Tumbang?


TS Melaka
tenterasabilbloggers@gmail.com

Masjid Tanah, 27 Mac - Ketika Pilihanraya ke-13 semakin hampir, semakin hangat isu-isu yang dimainkan di seluruh negara, namun tidak ketinggalan di satu kawasan yang tidak dianggap panas namun menjadi perhatian kerana parlimen tersebut merupakan parlimen Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusof. 

Pada PRU ke-12 yang lalu Datuk Wira Abu Seman Yusof telah menang dengan majoriti 12,285 berbanding pada PRU ke-11 dengan majoriti 18,399. Pada PRU ke-12 telah menunjukkan kehilangan undi yang besar kepada Barisan Nasional Masjid Tanah yang berjumlah 6114 undi yang telah memilih pembangkang. 

Jumlah pengundi di P134 Masjid Tanah sebanyak 40,606  dan peratusan mengikut komposisi kaum adalah seperti berikut, 

Melayu - 81.83%
Cina - 14.21%
India - 3.81%
Lain-lain - 0.14% 

(Mengikut maklumat PRU ke-12)

PAS di P134 Masjid Tanah telah mula mengorak langkah memperkenalkan calon baharu Mohd Nasaie Ismail setelah beberapa penggal mencuba menerusi Abdul Ghani Abdul Rahman tidak membuahkan hasil. Calon PAS kini lebih muda bagi menunjukkan bahawa calon PAS lebih berkaliber daripada calon BN yang telah 16 tahun menjadi YB di Parlimen Masjid Tanah. 

Calon PAS Masjid Tanah ini juga sewaktu menjadi Mahasiswa UM pernah terlibat dengan kempen PAS di Ijok sebelum AUKU dipinda oleh kabinet. 

Memperlihatkan kesungguhan PAS untuk menawan Masjid Tanah semakin terserlah apabila banner-banner calon PAS dinaikkan di sekitar parlimen Masjid Tanah termasuklah gambar-gambar Adun yang bertanding di setiap DUN di Masjid Tanah.

Melihat kepada keadaan calon PAS kini tidaklah begitu membimbangkan BN Masjid Tanah namun kekuatan parti mestilah dimantapkan dan calon P134 Masjid Tanah mestilah dari muka baharu dan lebih muda bagi memperlihatkan transformasi BN dalam PRU kali ini lebih berbeza dan lebih segar dalam menghadapi calon PAS. 

BN memang telah dijangka akan mempertahankan kerusi P134 Masjid Tanah kerana orang Melaka menolak sepenuhnya PAS, namun majoriti undi diambil kira bagi memperlihatkan kekuatan calon yang ditonjolkan oleh BN. Jika PRU ke-12 BN telah kehilangan undi sebanyak 6114 undi, mampukah PRU ke-13 kali ini BN Masjid Tanah kembalikan majoriti 18,399 seperti PRU-11 atau lebih menurun seperti PRU ke-12 dengan calon yang sama. 

p/s - Masjid Tanah memerlukan calon lebih muda bagi meneruskan agenda transformasi rakyat yang diilhamkan oleh PM. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih