ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Wednesday 8 December 2021

#MAHKAMAH : NAJIB KEKAL BERSALAH 12 TAHUN PENJARA @NajibRazak

 



PUTRAJAYA 8 DIS - Panel hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera hari ni memutuskan bahawa Najib Abdul Razak kekal hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.

7 pertuduhan yang membabitkan Najib Razak 3 pertuduhan pecah amanah jenayah, 3 pertuduhan pengubahan wang haram dan 1 pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana SRC Internasional. 

Dalam penghakiman yang dibacakan, mahkamah antara lain menyatakan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali adalah selamat dan tidak perlu diubah.

Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. selepas menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

P/S - Kebenaran tetap kebenaran, bukan fitnah seperti penyokong tegar laung-laungkan untuk menyedapkan hati masing-masing. Ada sapeX nak temankan Najib nanti?

Tuesday 30 November 2021

#SUKAN : ANUGERAH KE-7 #MESSI BALLON D'OR @TeamMessi



Bintang PSG, Lionel Messi meraikan kejayaan memenangi Anugerah Ballon d'Or pada majlis yang diadakan di Theatre du Chatelet, Paris. - Foto AFP.


Friday 26 November 2021

#POLITIK : GEMPAR!! PENGERUSI PN MELAKA MELOMPAT KE UMNO?? @PPBMofficial @PNRasmiMY

 


MELAKA 26 NOV - Mohd Rafiq Nizamohidden akhirnya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN Melaka merangkap Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka akibat kekalahan PRU-15 Melaka pada 20 November yang lalu.

Tuesday 23 November 2021

#MelakaMemilih : KEMENANGAN BESAR BN DISEBALIK PENURUNAN KETARA UNDI @tenterasabil




Melaka 23 NOV - Barisan Nasional (BN) telah mencatatkan kemenangan besar pada PRU Melaka pada 20 November yang lepas setelah memenangi 21 Kerusi berbanding 28 kerusi yang dipertandingkan kali ini. Disebalik kemenangan kali ini sebenarnya terdapat banyak penurunan undi yang telah dikaitkan dengan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).

Friday 19 November 2021

#PRN MELAKA : TAHNIAH #MASERMIEYATI CALON #KETUAMENTERI MELAKA! @EMYSAMSUDIN

 MELAKA : PERIKATAN NASIONAL telah mengumumkan calon Ketua Menteri Melaka bagi PRN Negeri Melaka kali ini. Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah mengumumkan Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj, Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya memperoleh mandat daripada rakyat Melaka pada 20 November ini. 

#PENDIDIKAN : ANUGERAH TOKOH BAHASA DITARIK BALIK KERANA #PLAGIAT

MELAKA : Anugerah Tokoh Bahasa Melayu telah ditarik semula kerana plagiat karya dari Indonesia Setia Naka Andrian yang disiarkan dalam buku kumpulan hasilnya berjudul Orang-Orang Kalang yang telah diterbitkan pada tahun 2017. 


Thursday 18 November 2021

#PRNMELAKA : SCOREBOARD KEPUTUSAN PRN MELAKA 2021

STATISTIK :

217 PUSAT UNDI
1109 SALURAN UNDI 
12290 PETUGAS SPR

TERKINI :

Statistik keluar mengundi biasa bagi PRU DUN Melaka Ke-15 pada jam 5.30 petang.

Peratus keseluruhan: 61%

Sumber: SPR

SENARAI CALON PRN MELAKA