PUTRAJAYA 8 DIS - Panel hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara bersama-sama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera hari ni memutuskan bahawa Najib Abdul Razak kekal hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta.
7 pertuduhan yang membabitkan Najib Razak 3 pertuduhan pecah amanah jenayah, 3 pertuduhan pengubahan wang haram dan 1 pertuduhan menyalahgunakan kuasa melibatkan dana SRC Internasional.
Mahkamah Rayuan di sini sebentar tadi sebulat suara mengekalkan sabitan salah atas tujuh pertuduhan membabitkan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd. selepas menolak rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
P/S - Kebenaran tetap kebenaran, bukan fitnah seperti penyokong tegar laung-laungkan untuk menyedapkan hati masing-masing. Ada sapeX nak temankan Najib nanti?
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih