ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Tuesday 30 November 2021

#SUKAN : ANUGERAH KE-7 #MESSI BALLON D'OR @TeamMessi



Bintang PSG, Lionel Messi meraikan kejayaan memenangi Anugerah Ballon d'Or pada majlis yang diadakan di Theatre du Chatelet, Paris. - Foto AFP.



PARIS, 30 NOV - Lionel Messi mencatatkan anugerah ke-7 di Ballon d'Or yang diadakan di Theatre du Chatelet, Paris hari ini. menurut Messi mengakui kemenangan Copa America bersama Argentina menjadi salah satu faktor kejayaan kali ini. 

Messi 34, telah berjaya mengatasi calon lain seperti Robert Lewandowski dan Karim Benzema dalam acara gilang-gemilang ini. Walaupun permulaan permulaan  karier di Paris Saint-Germain (PSG) tidak memberangsangkan, juri daripada wartawan seluruh dunia telah memilih Messi yang menjadi kapten Argentina ketika memenangi gelaran utama mereka sejak tahun 1993. 

"Saya tidak tahu berapa lama lagi saya akan beraksi tetapi saya harap ia masih panjang kerana saya amat menikmatinya tahun ini. Apa yang saya capai bersama Argentina adalah impian menjadi kenyataan.

"Saya rasa saya memenangi trofi ini di atas apa yang kami lakukan di Copa America. Jadi saya kongsikan kemenangan ini bersama rakan sepasukan," kata Messi yang turut memenangi anugerah berkenaan pada tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2015.

"Dua tahun lalu saya fikir saya sudah memasuki tahun-tahun terakhir saya, tetapi kini saya kembali di sini. Orang mula bertanya bila saya akan bersara tetapi saya sekarang di Paris dan saya amat gembira.

Berikut senarai pemenang Ballon d'Or 2021 yang berlangsung di sini, sebentar tadi.

10 Terbaik Ballon d'Or Lelaki -

1. Lionel Messi (ARG/Barcelona)
2. Robert Lewandowski (POL/Bayern Munich)
3. Jorginho (ITA/Chelsea)
4. Karim Benzema (FRA/Real Madrid)
5. N'Golo Kante (FRA/Chelsea)
6. Cristiano Ronaldo (POR/Juventus - Manchester United)
7. Mohamed Salah (EGY/Liverpool)
8. Kevin De Bruyne (BEL/Manchester City)
9. Kylian Mbappe (FRA/Paris SG)
10. Gianluigi Donnarumma (ITA/AC Milan - Paris SG)

10 Terbaik Ballon d'Or Wanita -

1. Alexia Putellas (ESP/Barcelona)
2. Jennifer Hermoso (ESP/Barcelona)
3. Sam Kerr (AUS/Chelsea)
4. Vivianne Miedema (NED/Arsenal)
5. Lieke Martens(NED/Barcelona)
6. Christine Sinclair (CAN/Portland Storms)
7. Pernille Harder (DAN/Chelsea)
8. Ashley Lawrence (CAN/Paris SG)
9. Jessie Fleming (CAN/Chelsea)
10. Fran Kirby (ENG/Chelsea)

Tiga Terbaik Trofi Kopa (Pemain Muda) -

1. Pedri (ESP/Barcelona)
2. Jude Bellingham (ENG/Borussia Dortmund)
3. Jamal Musiala (GER/Bayern Munich)


Tiga Terbaik Trofi Yashin (Penjaga Gol) -

1. Gianluigi Donnarumma (ITA/AC Milan - Paris SG)
2. Edouard Mendy (SEN/Chelsea)
3. Jan Oblak (SLO/Atletico Madrid)

- AFP

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih