ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Friday 26 November 2021

#POLITIK : GEMPAR!! PENGERUSI PN MELAKA MELOMPAT KE UMNO?? @PPBMofficial @PNRasmiMY

 


MELAKA 26 NOV - Mohd Rafiq Nizamohidden akhirnya meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN Melaka merangkap Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka akibat kekalahan PRU-15 Melaka pada 20 November yang lalu.



Pada 20 November yang lalu Rafiq telah tewas di N23 Telok Mas kepada calon Barisan Nasional (BN) Abdul Razak Abdul Rahman. Abdul Razak telah menang di Telok Mas dengan majoriti 2,076 Undi yang sebelum ini telah tewas kepada Noor Affendi Ahmad daripada Pakatan Harapan (PH) pada PRU ke-14 dengan majoriti 1,288 Undi. 

Mengimbas kembali PRU ke-14 Negeri Melaka Abdul Razak telah mendapat 6,406 undi berbanding PRU-15 negeri Melaka dengan 6,052 undi. Melihat daripada keadaan ini BN telah kehilangan 354 undi. bagi PH pula pada PRU ke-14 telah memperoleh 7.694 undi berbanding pada PRU-15 hanya 3,891 Undi dan telah kehilangan 3,803 undi. Rafiq daripada PN telah mendapat 3,976 Undi yang menunjukkan Rafiq telah berjaya memenangi undi daripada PH dan BN. 

Walaupun demikian, Rafiq telah rasa bertanggungjawab terhadap PN kerana tidak berjaya memperoleh lenh banyak kerusi yang dipertandingkan di Melaka malah beliau sendiri tewas di N23 Telok Mas. Pn hanya berjaya memenangi 2 kerusi di N11 Sg. Udang dan N23 Bemban. Namun apabila dianalisis walaupun kalah Pn telah berjaya mengambil undi BN dan PN pada PRU-15 Negeri Melaka.


PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI PENGERUSI PN MELAKA & KETUA BADAN PIMPINAN BERSATU MELAKA

Assalamualaikum. Saya ingin memaklumkan peletakan jawatan saya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Melaka dan Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka berkuatkuasa serta merta. Surat rasmi peletakan jawatan saya akan diserahkan kepada YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU/Pengerusi PN Esok.
 
Saya ingin memohon jutaan kemaafan atas segala kekhilafan sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Pengerusi PN Melaka & Ketua Badan Pimpinan BERSATU Melaka.
 
Peletakan jawatan ini bagi memberi peluang kepada kepimpinan baru untuk mengetuai BERSATU Melaka dan PN Melaka supaya mempunyai masa yang mencukupi bagi membuat segala persiapan bagi menghadapi PRU-15.
 
Peletakan jawatan ini juga bagi membolehkan segala fokus dapat saya berikan untuk memperkukuhkan kedudukan & sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional Parlimen Tangga Batu & BERSATU Bahagian Tangga Batu serta memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab saya sebagai Naib Presiden BERSATU menjelang PRU-15.

Saya berharap & berdoa agar rakyat Melaka & Rakyat Malaysia dapat terus memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional pimpinan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan moga-moga Perikatan Nasional akan mencapai kejayaan yang cemerlang pada PRU-15 yang bakal tiba nanti. - Sumber Facebook Mohd Rafiq Naizamohideen

DATUK WIRA MOHD RAFIQ NAIZAMOHIDEEN
Naib Presiden BERSATU

p/s : Terima kasih Rafiq atas sumbangan dan tanggungjawab kepada parti yang telah dijalankan selama ini. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih