Melaka 23 NOV - Barisan Nasional (BN) telah mencatatkan kemenangan besar pada PRU Melaka pada 20 November yang lepas setelah memenangi 21 Kerusi berbanding 28 kerusi yang dipertandingkan kali ini. Disebalik kemenangan kali ini sebenarnya terdapat banyak penurunan undi yang telah dikaitkan dengan Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).
ANALISIS
Undi BN meningkat di beberapa buah DUN :
UNDI PRU 14 - UNDI PRU 15 = ? - MAJORITI MENANG PRU 15
N01 Kuala Linggi + 578 Undi
N03 Ayer Limau + 219 Undi
N04 Lendu + 2634 Undi
N05 Taboh Naning + 1648 Undi
N07 Gadek + 504 Undi
N08 Machap Jaya + 456 Undi
N10 Asahan + 2710 Undi
N27 Merlimau + 3118 Undi
N14 Kelebang + 965 Undi
N18 Ayer Molek + 2193 Undi
N21 Duyong + 137 Undi
N23 Telok Mas + 1722 Undi
N28 Merlimau + 150 Undi
13 DUN UNDI BN MENINGKAT SECARA KESELURUHAN SEBANYAK
17,034 UNDI
Undi BN menurun walaupun menang :
UNDI PRU 14 - UNDI PRU 15 = ? - MAJORITI MENANG PRU 15.
N02 Tg Bidara - 942 Undi
N06 Rembia - 125 Undi
N09 Durian Tunggal - 228 Undi
N11 Sg Udang - 3284 Undi
N12 Pantai Kundor - 986 Undi
N13 Paya Rumput - 384 Undi
N15 Pengkalan Batu - 1501 Undi
N16 Ayer Keroh - 3085 Undi
N17 Bukit Katil - 1262 Undi
N19 Kesidang - 6591 Undi
N20 Kota Laksamana - 9500 Undi
N22 Banda Hilir - 6366 Undi
N24 Bemban - 1442 Undi
N25 Rim - 63 Undi
N26 Serkam - 1284 Undi
15 DUN UNDI BN MENURUN SECARA KESELURUHAN SEBANYAK
37,043 UNDI
Analisa yang telah dibuat ini memperlihatkan undi pada PRU 14 dan PRU 15 Negeri Melaka yang menunjukkan penurunan yang ketara berbanding peningkatan undi BN. Walaupun secara hakikatnya kemenangan BN di 21 Buah DUN yang dikatakan kemenangan besar dengan 2/3 majoriti mudah, namun dari segi perbandingan undi BN telah kehilangan 20,009 undi secara keseluruhan.
PN dikira sebagai gabungan baru telah mencatatkan kemenangan 2 buah kerusi Dun di N11 Sg Udang dan N23 Bemban yang masing-masing berjaya mendapatkan undi BN dan PH.
Namun demikian faktor-faktor penurunan ini boleh dikaitkan dengan,
1. Peratus keluar mengundi rendah
PRU 14 - 494,662 jumlah pengundi yang mengambil bahagian
PRU 15 - 326,068 jumlah pengundi yang mengambil bahagian
168, 594 tidak mengambil bahagian pada PRU Melaka kali ini.
2. Pecahan undi PN dan PH
p/s : Terima kenyataan walaupun menang atau kalah. jangan cacimaki tak kira parti mana pun akibat tak puas hati.
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih