ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Friday 19 November 2021

#PRN MELAKA : TAHNIAH #MASERMIEYATI CALON #KETUAMENTERI MELAKA! @EMYSAMSUDIN

 MELAKA : PERIKATAN NASIONAL telah mengumumkan calon Ketua Menteri Melaka bagi PRN Negeri Melaka kali ini. Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam telah mengumumkan Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj, Samsudin sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya memperoleh mandat daripada rakyat Melaka pada 20 November ini. 


Datuk Wira Mas Ermieyati Binti Hj, Samsudin akan menentang Datuk Ab. Rauf calon daripada BN di N02 Tanjung Bidara yang dikatakan sebagai kawasan panas dan pertembungan besar PRN kali ini.

"Ini adalah pertama kali dalam sejarah negara seorang wanita berkelayakan, profesional, muda mempunyai banyak pengalaman ditawarkan calon Ketua Menteri.

"Terbukti bahawa PN sentiasa memberikan ruang kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina untuk memegang jawatan penting seperti ini," kata Muhyiddin dalam sidang media di sini, pada Khamis.

Menurut Muhyiddin, pemilihan Mas Ermieyati dibuat pucuk pimpinan selepas mengambil kira pelbagai sudut pengalaman Ahli Parlimen Masjid Tanah itu.

"Di Melaka segalanya bermula, yakni terbukti bahawa Melaka yang melakar sejarah, negeri pertama terpilih menjadi Ketua Menteri dengan harapan 28 calon DUN PN boleh capai kejayaan besar.
"Saya sudah lama turun ke gelanggang di bawah, pengundi Melaka kenali dia (Mas Ermieyati) cukup luas pengetahuan politik.


"Dia (pengundi) tak sebut lelaki atau wanita, tapi mahukan pemimpin ada pengalaman selain kelayakan atau track record, semua ini ada pada Datuk Mas Ermieyati," jelasnya lagi.

Mengulas lanjut berhubung pecutan terakhir PN dalam PRN Melaka pada Sabtu ini, Muhyiddin menyerahkan kepada kebijaksanaan rakyat negeri itu untuk memilih calon yang benar benar layak seperti ditawarkan PN. - Sumber Astro Awani

p/s : PH sudah, BN pun sudah, kali ni rakyat Melaka beri mandat kepada PN untuk  mentadbir Melaka! 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih