tenterasabilbloggers@gmail.com
Tanjong Malim, 26 Feb - Hari ini Universiti Pendidikan Sultan Idris mula menyerahkan baucar buku 1 Malaysia (BB1M) kepada mahasiswa mahasiswi UPSI yang bertempat di Dewan Kolej Ungku Omar kampus baharu bermula pukul 2.30 petang sebentar tadi.
Kelihatan berpusu-pusu mahasiwa UPSI yang hadir untuk mendapatkan baucar buku tersebut yang diberikan oleh kerajaan BN bagi meringankan beban mahasiswa bagi membeli buku untuk meningkatkat kecemerlangan akademik supaya mendapat kelas pertama diakhir semester bagi mendapat pendidikan percuma untuk bayaran PTPTN.
Inisiatif BB1M ini dapat memberi memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar. Inisiatif ini juga dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.
Mahasiswa Pendidik (MP) yang merupakan pembangkang utama di UPSI selain Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) juga dilihat hadir untuk mengambil baucar buku walaupun Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa haiwan kepada penerima bantuan daripada kerajaan pusat.
Keadaan ini memperlihatkan bahawa BB1M dan juga BR1M ini benar-benar dapat membantu rakyat walaupun dilabelkan sebagai haiwan namun bantuan demi bantuan ini tetap juga diambil oleh mahasiswa yang menyokong pembangkang tanpa rasa segan silu.
Terdapat juga koordinator MP yang baharu Abdul Hakim dan juga rakan-rakan MP turut hadir untuk mengambil bantuan tersebut dengan mengenakan baju Mahasiswa Pendidik.
Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. namun tangan yang memberi digigitnya dan dikatakan zalim dan pemerintah menyiksa rakyat. Hasilnya pada hari ini transformasi yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berjaya membantu meringan beban rakyat.
Gambar yang sempat dirakamkan sekitar penyerahan BB1M,
Gambar yang sempat dirakamkan sekitar penyerahan BB1M,
(Team Mahasiswa Pendidik)
p/s - "Haiwan" (kepada yang terasa) ambil BB1M tanpa rasa segan silu, ingatlah jasa BN kepada kita, tanpa BN kita tidak akan maju, aman dan sentosa seperti hari ini.
elok sgtlah dia bg BR1M, BB1M ,BL1M , duit2 pun duit hasil pungutan cukai kerajaan..bukannya duit sumbangan Najib Razak.. Duit Najib razak untuk beli barang EMAS Datin Rosmah jer... ok
ReplyDeletekecek biar pandai beruk!
ReplyDeletemanusia xdok agama
ReplyDeletenate apo..... BN mung!!!!
ReplyDelete