tenterasabilbloggers@gmail.com
Alor Setar, 2 Feb - 70 peratus manifesto Barisan Nasional (BN) negeri Kedah telah siap dalam menghadapi PRU ke-13 kali ini. Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata, manifesto yang lengkap akan siap selepas manifesto diperingkat pusat siap sepenuhnya.
"Kebanyakan anak muda tertarik dengan janji pakatan pada PRU lepas dan memberikan undi kepada pembangkan namun pembangkang tidak melunaskan janji tersebut" - Datuk Mukhriz Mahathir
Manifesto khusus Kedah kini akan menyediakan litar lumba kepada anak muda jika BN kembali memerintah Negeri Kedah. Golongan muda kecewa dengan pakatan kerana litar lumba yang dijanjikan tidak dibina seperti yang dijanjikan dan mesej tersebut telah sampai kepada Perdana Menteri sekaligus Perdana Menteri menjanjikan litar lumba kepada anak muda jika BN kembali berkuasa di Kedah.
Kerajaan prihatin Datuk Seri Najib kembali dapat kepercayaan rakyat kerana berjaya membantu rakyat dari pelbagai peringkat umur dan memuaskan hati rakyat.
p/s - Kedah akan kembali kepada BN jika tiada unsur sabotaj kepada calon UMNO.
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih