tenterasabilbloggers@gmail.com
Kuala Lumpur, 21 Feb - "Semua jawatan dia mahu, tetapi tidak boleh buat kerja, sebab itu sekarang banyak masalah di Selangor," - R.Vellasamy bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang
"Sebelum ini, saya telah hantar 11 memorandum minta bantuan bagi kebajikan masyarakat India di Sungai Pelek, Sepang tetapi sehingga kini masih tiada maklum balas," - Katanya lagi
"Pada tahun 2008, semasa itu mereka (pakatan pembangkang) tiada tempat untuk mesyuarat, kita bagi tempat di kuil, mereka janji akan bagi sumbangan dan tanah dengan geran untuk kuil, tetapi sampai sekarang tak ditunaikan," - Jelas R.Vellasamy
R.Vellasamy yang selalu membangkitkan masalah rakyat namun tidak diendahkan oleh Teresa Kok dan hanya menganggap R.Vellasamy sebagai mabuk kerana ingin membantu rakyat.
R.Vellasamy merupakan bekas ketua cawangan DAP Pantai Sepang yang dipecat pada Mei 2012 mendakwa banyak masalah kaum India di Selangor tidak dapat diselesaikan oleh Teresa Kok dan sering mengamalkan sikap pilih bulu dalam menangai masalah masyarakat.
Teresa Kok merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara merangkap exco kanan kerajaan Selangor sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan kerajaan negeri.
Tahun lepas Teresa Kok ada membuat pertemuan dengan masyarakat cina di Sungai Pelek bagi menyelesaikan masalah rumah ibadat dan sekolah namun Teresa Kok tidak mengadakan pertemuan dengan masyarakat India di Sungai Pelek bagi menyelesaikan masalah masyarakat India.
p/s - DAP memang untuk cina sahaja bukan untuk Demokratik Action People, maklumlah pecahan daripada PAP singapura.
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih