ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Saturday 16 February 2013

Lagi 80 Orang Pengikut PAS Tegar Marang Keluar Parti! @abdulhadiawang

TS Terengganu
tenterasabilbloggers@gmail.com

Marang, 16 Feb - "Anak muda mahukan perubahan dan pembangunan, tetapi Pas tidak dapat melakukannya, sebaliknya hanya menyemarak pergeseran dalam masyarakat," - Ahmad Aminuddin Ramly antara golongan muda yang meninggalkan PAS

"PAS dilihat tidak konsisten dalam perjuangan termasuk isu Kalimah Allah selain pemimpin PAS yang gagal melaksanakan tanggungjawab" - Ramli Abdullah wakil penyokong tegar PAS yang keluar parti

Transformasi yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) telah membawa pelbagai manfaat kepada rakyat kata Ramli Abdullah yang merupakan wakil pengikut tegar PAS yang keluar daripada parti. Beliau telah 35 tahun bersama PAS dan kini meninggalkan parti itu. 

80 orang pengikut tegar PAS ini daripada kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan dan mereka terdiri daripada penyokong tegar dan golongan muda. 

Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, Datuk Yahya Khatib Mohamad mengalu-alukan pendirian mereka dan yakin kehadiran mereka dapat menguatkan lagi BN.

p/s - Semakin ramai penyokong tegar PAS meninggalkan parti, apa nak jadi dengan parti PAS?






No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih