tenterasabilbloggers@gmail.com
Kuala Lumpur, 22 Feb - "Pemimpin tertinggi PAS itu mengatakan bahawa haram bagi Anwar untuk meminta jawatan Perdana Menteri" - Kata pemimpin tertinggi PAS tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan.
"Kemudian seorang pemimpin tertinggi PKR menjawab bahawa Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkatnya dan ini telah dipersetujui oleh PAS dan DAP semenjak PRU 1999." Kata sumber itu lagi.
Senario keadaan pakatan pembangkang ini dilihat PAS semakin menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekirannya pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU ke-13.
Menurut satu sumber dalaman PAS mengesahkan bahawa PAS ada menawarkan kepada pemimpin UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen Gua Musang sebagai Perdana Menteri sekirannya pembangkang menguasai kerusi parlimen kali ini.
Menurut sumber lain dalaman PAS berkata, satu pertemuan antara pemimpin tertinggi PAS dan Ahli Parlimen Gua Musang telah diadakan bagi menjemput bekas menteri kewangan itu menjadi Perdana Menteri.
Majlis Syura PAS juga telah membuat satu persidangan tertutup melibatkan ahli majlis tersebut dan hasilnya Anwar ditolak menjadi Perdana Menteri dan tugas Perdana Menteri akan digalas oleh calon dari luar parti pembangkang.
p/s - PAS, PKR dan DAP semakin tidak sebulu, tidur sebantal mimpi lain-lain.
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih