ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Friday, 1 February 2013

BN Menang Besar Kursus Kahwin Percuma! @NajibRazak

TS Kedah 
tenterasabilbloggers@gmail.com

Alor Setar, 1 Feb - "Banyak lagi hendak dibuat... tunggu manifesto yang akan kita lancarkan khusus untuk Kedah. Kita akan tunjuk kepada rakyat. Masa dah tiba... lima tahun (Pas memerintah) dah cukup, masa perubahan sudah sampai," - Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

"Kita akan masukkan dalam manifesto juga untuk tanggung RM100 bagi setiap kursus dengan syarat untuk perkahwinan pertama dan sekali sahaja. Saya akan luluskan peruntukan nanti," - 
Jelas Perdana Menteri lagi

Keprihatinan Perdana Menteri ini menggambarkan bahawa kerajaan hari ini tidak pernah melupakan belia dan anak muda bagi membolehkan anak muda mengorak langkah lebih jauh dalam membina dan menempuhi alam kekeluargaan.

"Mana dia litar? Saya nak janji pada saudara-saudari, kita akan masukkan dalam manifesto BN di Kedah buat litar lumba. Janji kita janji ditepati bukan seperti janji pembangkang,"

Perdana Menteri juga berjanji untuk membina litar lumba di Kedah bagi mengelakkan anak-anak muda berlumba dijalanan dan dengan adanya litar ini anak muda dapat membuat aktiviti yang lebih berfaedah dan dapat menyumbang dalam sektor kesukanan dalam bidang permotoran.

Kerajaan yang menerajui kerajaan pusat hari ini adalah sebuah kerajaan yang sentiasa mendengar keluhan rakyat dan mendekati rakyat dalam pelbagai isu setempat bagi meringankan beban rakyat. 

p/s - Lepas ni mesti ada minta duit hantaran pada kerajaan.


No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih