ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Wednesday 30 January 2013

PANAS!! Putera Yang DiPertuan Besar NS Dipujuk Sertai DAP!

TS Negeri Sembilan
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Lumpur, 29 Jan - Bekas Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan bahawa Pengerusi DAP Negeri Sembilan Loke Siew Fook pernah meminta beliau memujuk Tunku Zain Al-Abidin untuk menjadi calon parti itu dan bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri.

DAP dalam keadaan terdesak untuk mendapatkan undi Melayu sehingga sanggup menggunakan Putera Raja demi kepentingan politik dan kuasa. 

"Namun begitu nasi sudah menjadi bubur. Oleh kerana perkara tersebut telah dibawa kepada pengetahuan umum, saya boleh mengesahkan bahawa butiran perbincangan dengan DAP beberapa bulan sebelum ini adalah hampir tepat," kata Tunku Zain Al-"Abidin.

"Ingin saya nyatakan di sini bahawa saya juga pernah dijemput untuk bertemu dan berbincang secara tidak rasmi dengan wakil-wakil parti politik yang lain," kata beliau.

"Namun, pada pandangan saya tiada satupun parti politik pada hari ini yang mampu menyamai kejituan dan kesaksamaan visi Ayahanda Kemerdekaan yang boleh mempengaruhi saya untuk menyertai mana-mana parti," Jelas beliau lagi

Tunku Zain Al-"Abidin, anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, turut melahirkan rasa kecewanya apabila butiran tawaran itu menjadi pengetahuan umum walaupun ia seharusnya kekal sebagai perbincangan peribadi.

Antara Putera Raja yang pernah menyertai politik ialah, 

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dari Kedah yang menjadi Anggota Parlimen Kuala Muda 1955-1970 dan Perdana Menteri dari 1957 hingga 1970 (UMNO dan Semangat 46), Tunku Panglima Besar Tunku Abdullah dari Negeri Sembilan (Anggota Parlimen Rawang 1964-1974, UMNO); Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim dari Terengganu (ADUN Ajil 1990-1995, Semangat 46 dan Pas), Tengku Datuk Seri Azlan Sultan Abu Bakar dari Pahang (Anggota Parlimen Jerantut 1999 hingga kini dan Timbalan Menteri Pengangkutan 1999-2008, Semangat 46 dan UMNO) dan Datuk Seri Diraja Syed Razlan Jamalullail dari Perlis (Anggota Parlimen Arau 2004-2008 dan ADUN Pauh 2008 hingga kini, UMNO).

p/s - DEmi kuasa DAP sanggup gunakan Putera Raja demi undi pada PRU-13. 

Tuesday 29 January 2013

Calon PAS Tidak Bersih, Senarai Calon Tidak Dihantar Pada SPRM?

TS Terengganu
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kemaman, 29 Jan - PAS masih lagi tidak bersedia menyerahkan senarai nama calon kepada SPRM untuk saringan bagi menghadapi PRU ke-13. Sikap PAS ini menunjukkan bahawa mereka tidak berani menentukan sama ada calon mereka bersih daripada rasuah dan penyelewengan. 

UMNO Terengganu telah menyerahkan nama calon BN kepada SPRM untuk saringan namun PAS masih lagi tidak menyerahkannya. 

"Sudah menjadi sikap PAS dan Pakatan Pembangkang yang suka menentang prosedur termasuk berkaitan saringan SPRM. BN akui dengan saringan yang dibuat oleh SPRM kerana mahu semua calon kita bersih daripada sebarang rasuah dan penyelewengan." - Datuk Seri Ahmad Said

"PAS gemar menuduh BN terbabit rasuah, penyelewengan dan sebagainya , cepat-cepat melaporkan pada SPRM untuk disiasat tetapi apabila membabitkan pemimpin mereka sendiri mereka tidak melaporkan pada SPRM" - Jelasnya lagi

p/s - Berani kerana benar seperti Ustaz Nasha, ye tak PAS?

BN Kedah Bercakaran Tidak Tumpu #PRU-13!

TS Kedah
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kulim, 29 Jan - Pengerusi BN Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata para anggota parti perlu menghentikan sikap bercakaran dan berbalah sesama sendiri bagi menghadapi PRU-ke 13 kali ini. 

Para anggota parti khususnya pemimpin bahagian, cawangan dan pusat daerah mengundi (PDM) tidak mempunyai masa lagi untuk mengadu domba tetapi sewajarnya menumpukan kemenangan parti dalam merampas kembali negeri Kedah daripada PAS. 

"Kini angin kemenangan BN kembali bertiup kencang ke arah BN dan kini yakin dapat menawan kembali DUN dan Parlimen di Negeri Kedah kerana kebanyakkan kerusi DUN dan Parlimen adalah milik BN sebelum ini." - Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

"Segala persengketaan dan perselisihan faham yang remeh-temeh mestilah dilenyapkan bagi menjayakan PRU ke-13"- Jelas Ahmad Bashah lagi. 

p/s - bercakaran kerana merebut kuasa yang membawa kepada kejatuhan parti sendiri.

Monday 28 January 2013

PANAS!! Ustaz Nasha Gugur Dari Majlis Syura, Nama Tidak Tersenarai Calon UMNO? #PRU-13

TS Kelantan
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kota Bharu, 28 Jan -"Sehingga di saat ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.

"Saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi parti," katanya menerusi satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

"Berorganisasi hanyalah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan dan saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam," katanya.


Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ahli Parlimen Bachok tidak disenaraikan pada PRU ke-13 kali ini kata Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat. 

Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan dan pengguguran Nasha dalam majlis syura bukanlah satu tindakan pelik dan Nik Aziz menyifatkan tindakan itu sebagai penceraian suami isteri. 

Pengguguran Ustaz Nasha juga berkaitan hubungan rapat beliau semasa menunaikan haji bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga menyertai lawatan PM ke Gaza yang membawa misi perpaduan ummah dan kemanusiaan. 

p/s - Perjuangan demi Islam oleh Ustaz Nasha membawa kepada pengguguran Majlis Syura dan calon PAS. 

Saturday 26 January 2013

Semua Graduan ISMP Akan Posting Tanpa Temuduga? @WeeKaSiongMP

TS Wilayah
tenterasabilbloggers@gmail.com



KUALA LUMPUR 26 Jan - Tandatanya ribuan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seluruh negara mengenai penempatan mereka akhirnya terjawab apabila Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong sebentar tadi mengumumkan bahawa mereka bakal dipanggil untuk sesi temuduga selepas Tahun Baru Cina..

Mesyuarat antara Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membincangkan penetapkan tarikh dan mencari langkah terbaik kaedah mempercepatkan proses temuduga.

Menurut Datuk Wee dalam akaun twitter @WeeKaSiongMP, "pihak SPP akan mengumumkan berkenaan perkara ini sekiranya keputusan telah dibuat".

Graduan ISMP yang telah mengangguh selama 1 tahun perlu membuat persiapan bagi sesi temuduga ini agar hasrat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melahirkan guru yang berkualiti tercapai.- PutrajayaOnline

p/s - Durian runtuh buat graduan ISMP jika tiada temuduga untuk posting.

Friday 25 January 2013

Ghani Othman Dicabar Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang, Ahmad Maslan Diberi Amaran! #PRU-13

TS Johor 
tenterasabilbloggers@gmail.com


Pasir Gudang 25 Jan - “Tindakan ahli parti sehingga sanggup menutup bilik gerakan dalam saat-saat PRU13 semakin hampir, itu sebenarnya rakyat sudah bosan menunggu janji yang sudah terlalu lama dinanti." - Rohazam Shah Ahmad Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang 

Menteri Besar Datuk Ghani Othman yang selama ini berteka-teki dalam menyelesaikan masalah setinggan yang dibangkitkan setelah 4 tahun diperjuangan oleh Pemuda UMNO Pasir Gudang namun tiada tanda isu tersebut akan diselesaikan. 

“MB sudah janji nak selesai...sudah turun padang bertemu penduduk setinggan, tapi masih bermain teka-teki. Sampai bila? Sedangkan rakyat hari ini sudah pandai menilai janji yang ditaburkan pemimpin,” Jelas Rohazam Shah


“Kita tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga kerana jentera BN di Pasir Gudang sudah lama bersiap-sedia dengan pelbagai program mendekati rakyat, termasuk Pemuda bersama orang muda.


“Jika perkara ini tak selesai, jawapannya akan dapat kita tengok pada PRU13. Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN di Pasir Gudang pada PRU13, MB kena bertanggungjawab,” - katanya lagi

Ahmad Maslan semalam mengeluarkan kenyataan bahawa ahli UMNO yang terlibat boikot parti akan diambil tindakan tatatertib, namun hari ini Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang menyelar tindakan Ahmad Maslan supaya tidak hanya menunjukkan kuasa tetapi turun melihat dan mendengar rintihan rakyat.

“Jangan cabar kami dengan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Kalau beliau pemimpin yang berjiwa rakyat, turun ke kawasan kami dan lihat sendiri rintihan penduduk setinggan di Pasir Gudang yang setia menagih janji sejak 13 tahun lepas.

“Bantu kami selesaikan kemelut ini, bukannya cuba menunjuk kuasa yang diamanahkan,” katanya.

Keadaan ini dilihat akan menggugat jumlah undi 100,000pengundi di Pasir gudang akibat kekecewaan penduduk sedangkan Jentera BN bersusah payah menyakinkan 54 peratus pengundi Melayu disitu.

p/s - Kuasa Rakyat, jaga-jaga Negeri Johor. 

4 Pemimpin Besar Gagal Ujian Tapisan SPRM!

TS Selangor
tenterasabilbloggers@gmail.com

Shah Alam 25 Jan - Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara 4 nama-nama besar yang gagal mengenai ujian tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

4 nama besar ini melibatkan beberapa parti politik yang terpaksa digugurkan daripada menjadi calon PRU ke-13. Pemimpin yang terlibat ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti. 

Perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM. 

SPRM telah menasihatkan parti yang terlibat tidak meletakkan nama yang terlibat sebagai calon kerana akan memberikan implikasi kepada parti yang terbabit. 

p/s - eloklah pemimpin yang bermasalah tidak menjadi calok, merosakkan kreadibiliti parti. 

Thursday 24 January 2013

Tutup Bilik Gerakan UMNO, PR Bakal Tawan Johor?

TS Johor
tenterasabilbloggers@gmail.com


Kuala Lumpur 24 Jan -"Tidak menjadi masalah kalau ada cubaan memboikot. Kita ada 35 hingga 40 bilik mengundi (di satu kawasan)," - Datuk Ahmad Maslan

Kejadian berunsur sabotaj ini melibatkan masalah segelintir individu yang cuba memboikot parti dan calon-calon yang bakal bertanding pada PRU ke-13 kali ini yang kononnya memboikot kempen pilihan raya umum kerana kecewa dengan kerajaan negeri.

Tindakan tatatertib akan diambil kepada ahli UMNO yang cuba sabotaj parti dan menjadi dalang dalam kejadian ini. 

Datuk Ahmad Maslan memberitahu bahawa semua bilik gerakan pusat daerah mengundi akan dibuka selewat-lewatnya 1 Februari ini. 

Penutupan beberapa bilik gerakan UMNO di Johor ini hanyalah kes terpencil dan tidak mempunyai masalah besar kepada UMNO Johor. 

p/s - PR boleh berangan-angan mat jenin setelah membaca berita ini. Kepada pemimpin UMNO elakkanlah sabotaj parti jika ingin menang 2/3 PRU-13. 

PAS Keluar PR Atas Desakan Penyokong, Lagi Bendera DAP Dipijak!

TS Kelantan
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kota Bharu 24 Jan - "Atas nama Islam, Pas perlu keluar daripada Pakatan Rakyat. Jangan bersekongkol lagi dengan DAP yang jelas memusuhi Islam." - Mohd Rosli Ghazali Ketua Kumpulan Penduduk

Lebih 50 orang penyokong PAS dan penduduk tidak berpuas hati dengan Lim Guan Eng mengadakan demonstrasi membantah cadangan untuk kalimah Allah digunakan dalam bible bahasa Melayu. 

Mohd Rosli Ghazali 52 mendesak PAS supaya keluar daripada pakatan sekirannya lebih sayangkan Islam. 

"Kami ingin bertanya kepada Lim Guan Eng, tujuan apakah kamu mahu menggunakan kalimah Allah ini? Tahukah kamu kerana isu ini boleh menyebabkan keadaan menjadi huru hara dan tidak tenteram," katanya.

Mohd Rosli juga meminta supaya semua pihak menghormati dan menerima keputusan Majlis Syura Ulama PAS supaya tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam. 

p/s - berani ke PAS nak keluar pakatan dengan jumlah kerusi sedikit?

Majlis Syura Selamatkan PAS, Undi PR Terus Berkurang!

TS Selangor
tenterasabilbloggers@gmail.com

Shah Alam 24 Jan - Majlis Syura memulihkan imej PAS dengan keputusan tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam bible Bahasa Melayu. Keputusan Majlis Syura ini dapat menyelamatkan undi PAS daripada terus hilang pada PRU ke-13. 

Menurut Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh semua agama perlu menghormati Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi. 

“Itu adalah perundangan Islam. Pas anggap isu ini telah selesai dan tidak seharusnya mana-mana umat Islam mempertikaikan perkara ini.

“Keputusan tersebut adalah muktamad dan Pas mewakili umat Islam di Malaysia,” - Katanya

Nik Aziz berkata, perkara ini tidk perlu ditimbulkan semula atau dipertikaikan mana-mana pihak atau pemimpin PR kerana kalimah Allah eksklusif gai orang Islam. 

“Terjemahan itu tidak menggantikan ALLAH yang maha Esa, tidak beranak dan diperanakkan,” - Nik Aziz

Anwar Ibrahim tetap dengan pendirian yang diputuskan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat yang dibuat pada 8 Januari yang lalu. 

p/s - Majlis Syura selamatkan PAS dan imej parti. 

Wednesday 23 January 2013

PANAS!! Taib Mahmud Digulingkan, Awang Tengah Bakal Ketua Menteri Sarawak?

TS Sarawak
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuching 23 Jan - Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini menafikan sekeras-kerasnya mengenai laporan beliau dalang disebalik konspirasi untuk menggulingkan presiden parti Tan Sri abdul Taib Mahmud.

"Saya tegaskan bahawa saya sentiasa bersama dn komited kepada ketua menteri dalam semua situasi. saya antara yang mahu ketua menteri terus mengetuai parti dan kerajaan negeri" - Kata Datuk Amar Awang Tengah

Awang Tengah menyifatkan bahawa laporan ini adalah kerja "orang luar" yang ingin melihat Barisan Nasional Sarawak pecah dalam lemah menjelang PRU ke13 kali ini. 

Dakwaan Sarawak Report menerima dosir rancangan menyingkirkan Taib daripada sumber rapat pada konvensyen Mei ini adalah tidak masuk akal kerana portal tersebut selama ini menghentam Ketua Menteri dan Kerajaan Sarawak. 

p/s - Mungkin muka baru perlu diberikan peluang tadbir Sarawak. 

Anwar Tuding Jari Pada Hadi, #KalimahAllah Tetap Keputusan 8 Jan!

TS Selangor 
tenterasabilbloggers@gmail.com

Petaling Jaya 23 Jan - "Boleh, kenapa tak boleh bincang. Tapi setakat ini tidak timbul. Setakat ini, ini pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan oleh Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang lalu (8 Januari)," - Kata Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim kini berdolak-dalik dalam isu Kalimah Allah dan mula seperti menyalahkan Abdul Hadi Awang dan masih menerima pakai kenyataan yang telah dibentangkan oleh Hadi Awang pada sidang media 8 januari yang lalu. 

Abdul Hadi Awang kini berpendirian mempertahankan keputusan Majlis Syura yang dibuat pada 13 Januari  lalu untuk tidak membenarkan bukan Islam menggunakan Kalimah Allah. 


"Saya juga dapat merasakan sebahagian daripada kebimbangan itu sahih, maknanya ada benar.


"Dalam kes-kes seperti itu kita harus tegas. Kalau ada antaranya pengedaran Bible ini kepada budak-budak sekolah, harus ada tindakan. Yang saya tidak setuju, ia digunakan untuk politik seperti mengatakan liberal, plural dalam soal ALLAH ini," - Jelas Anwar lagi


p/s - Anwar membuat kenyataan yang selamat bagi mengelakkan dirinya menyokong DAP atau PAS. 

PANAS!! Ustaz Nasharuddin Bakal Calon UMNO #PRU13!

TS Gaza
tenterasabilbloggers@gmail.com


PM Palestin Ismail Haniyeh & PM Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak bersama Bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, Menteri Luar Dato' Seri Anifah Aman & Menteri di JPM Jamil Khir Baharom berdoa bersama di depan bangkai kereta almarhum Ahmed Al-Jaabari yg terbunuh dibom Israel, dalam lawatan PM Malaysia ke Gaza. - Kredit to SSTDM

Bandaraya Gaza 24 Jan - Perdana Menteri Malaysia pertama menjejakkan kaki di bumi Palestin bagi menzahirkan tanda sokongan padu Malaysia kepada Negara Palestin. 

"Saya berharap lebih ramai lagi pemimpin Islam dari seluruh dunia akan mengambil langkah sama. Perjuangan ini bukan sahaja bagi penduduk palestin tetapi bagi Ummah." - Datuk Seri Mohd Najib 

Datuk Seri Najib juga sempat melawat tapak projek sekolah yang dibiayai oleh Malaysia sendiri. 

p/s - Nik Aziz bila lagi nak melawat Gaza? Tahniah Datuk Seri Najib. 

Gempar!! Najib Letak Jawatan Jika Gagal Majoriti 2/3? @NajibRazak

TS Selangor 
tenterasabilbloggers@gmail.com


Shah Alam 24 Jan - "Dalam pilihan raya lalu di Semenanjung BN hanya dapat 47 peratus undi, Pakatan Rakyat 49 peratus. Di seluruh Malaysia, BN hanya dapat 50.2 peratus. (Tun) Abdullah Ahmad Badawi ketika memasuki pilihan raya, popularitinya 70 peratus lebih. Najib sekarang ini popular sekitar 58 peratus.

"Maknanya mustahil Najib akan dapat lebih daripada Pak Lah. Maksudnya pilihan raya akan datang status quo.

"Kecuali ada perkara luar biasa yang kita tak nampak berlaku seperti pengundi hantu yang kami pengkaji ini pun tak boleh nak kira,"
- Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel)

"Tradisi yang berlaku dalam Umno, kalau Perdana Menteri gagal dapat dua pertiga kena letak jawatan, itu yang berlaku pada Tunku, pada Tun Abdullah dan perkara sama juga akan berlaku kepada Najib jika gagal mendapat dua pertiga.

"Sejak merdeka, Umno tidak pernah mendapat undi popular dua pertiga. Tidak pernah. Apa yang Umno dapat? Umno hanya dapat majoriti kerusi dua pertiga. Itu dua perkara yang berbeza,"
jelas Mohammad Redzuan.

Presiden MUBARAK Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, BN perlu cukup teliti dalam meletakkan barisan calon di kerusi-kerusi kritikal dan mengatur strategi secara berkesan supaya kekecewaan 2008 dapat ditebus kembali dengan kemenangan pada PRU13, yang dilabel sebagai 'ibu segala pilihan raya'.

“Jadi calon-calon yang dipilih kali ini bukan sahaja calon mesti menang, dari segi totalnya mereka mesti bersih sebersih-bersihnya. Putih seputih-putihnya.

“Sebab itu calon mesti tepat. Mesti yang tidak membawa beban yang boleh membebankan parti, membebankan parti, membebankan Barisan Nasional, membebankan pucuk pimpinan.

"Mereka mesti telus, bersih, betul-betul suci daripada sebarang masalah untuk hendak bertanding kali ini. (Jika tidak) seluruh parti akan merasa kesannya,”


p/s - Tsunami politik 2008 akan berakhir jika tiada ahli sabotaj parti. 

Tuesday 22 January 2013

PAS Keluar PR, Ahli PAS Pijak Bendera DAP!

TS Pulau Pinang
tenterasabilbloggers@gmail.com

Penang 22 Jan - Karpal Singh mengundang kemarahan penyokong PAS apabila mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama PAS berhubung isu kalimah Allah. Hari ini sekumpulan penyokong PAS memijak bendera DAP dihadapan pejabat pengerusi DAP, Karpal Singh di Jalan Green Hall Georgetown Pulau Pinang. 

"Kalau Hang (Karpal) Nak Lawan Ulama Kami Langkah Mayat Kami Dulu, “Orang Melayu Jangan Undi Karpal, “PAS Wajib Keluar PR, “Kami Pertahankan Majlis Syura Ulama dan “Karpal Azmin Tidak Hormat Dasar PAS" - Sambil memijak bendera DAP

Perhimpunan lebih sejam ini telah disertai oleh penyokong PAS kawasan Tanjong dan Bagan Ajam yang telah diketuai oleh Zaidi Abu Bakar Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong. 

"Pada mulanya ada pemimpin PAS buat kenyataan tersasar tetapi setelah ada keputusan dari Majlis Syura Ulama, semuanya telah capai kata sepakat jadi Karpal jangan masuk campur dan keruhkan keadaan,"  -Kata Zaidi

"Mereka ini terlalu berhati-hati keluar pendapat demi menjaga hati pakatan rakyat berbanding jaga kalimah Allah. Dah tiba masanya PAS tinggalkan pakatan jangan jadi pengecut," - Bekas Ketua Pemuda PAS negeri Mohamed Hafiz Mohamed Nordin

Kebanyakan anggota PAS kecewa dengan kepimpinan PAS negeri yang berdiam diri dengan kenyataan Karpal tersebut. Bekas Ketua Pemuda PAS negeri Mohamed Hafiz Mohamed Nordin menyifatkan Pesuruhjaya PAS negeri Datuk Salleh Man dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri Datuk Abdul Malik Abul Kassim bersekongkol dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng.

p/s - PAS semakin dalam keadaan kritikal untuk mengkaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang. 

PANAS!! Rahim Tambychik Kembali Menjadi Ketua Menteri Melaka?

TS Melaka
tenterasabilbloggers@gmail.com

Melaka 22 Jan - Tan Sri Rahim Tambychik yang digembar-gemburkan bakal menjadi Ketua Menteri Melaka semula setelah Datuk Seri Ali Rustam akan ke pusat pada Pilihan Raya Umum ke-13 menjelaskan bahawa satu peraturan dan undang-undang melarang penggunaan nama Islam oleh parti politik bagi menjaga kesucian Islam. 

"Parti yang menggunakan nama Islam boleh merosakkan dan memburukkan imej serta reputasi agama itu sendiri." - Kata Tan Sri Rahim Tambychik

"Merujuk penggunaan nama Islam pada Parti Islam Semalaysia (Pas), beliau berkata, parti itu menggunakan nama Islam semata-mata untuk kepentingan politik mereka." - Jelas beliau lagi

Tan Sri Rahim Tambychik merupakan antara hulubalang Tun Dr. Mahathir yang telah dipancung lebih awal oleh Anwar Ibrahim yang meminta beliau meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada ketika itu diatas fitnah Rahim Tambychik merogol seorang pelajar berusia 15 tahun. 

p/s - atas nama Islam PAS boleh meminta undi demi agama yang kononnya diperjuangkan oleh mereka. 

Monday 21 January 2013

PAS Akan Bersendirian Pada PRU-13!

TS Terengganu
tenterasabilbloggers@gmail.com


Kuala Terengganu 21 Jan - Presiden PAS Abdul Hadi Awang secara tegas akan mempertahankan pendirian Majlis Syura Ulama yang telah menetapkan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. 

Hadi Awang tidak akan tunduk pada permintaan DAP untuk mengkaji semula keputusan Majlis Syura yang telah ditetapkan. 

Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar Setiausaha Politik Hadi Awang dihubungi berkata, Hadi Awang akan mempertahankan pendirian Majlis Syura walaupun jelas dengan pendirian pakatan pembangkang.

Semalam Datuk Harun Taib telah menempelak Timbalan Presiden PKR, dan meminta DAP jangan sesekali mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama. 

Harun Taib juga menjelaskan bahawa, kerjasama yang dijalinkan PAS hanyalah dalam soal politik dan soal agama PAS akan membuat keputusan sendiri. 

"Kalau Pengerusi DAP, Karpal Singh mahu merayu atau mendesak juga Pas mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti, itu dia punya pasallah," - Kata Harun Taib

Karpal Sing terus mendesak Majlis Syura menetapkan pendirian yang sama dengan pakatan demi kerjasama yang dijalinkan selama ini. 

"Perkara ini penting supaya Majlis Syura Ulama Pas menetapkan pendirian yang sama dengan pakatan dan kita berharap Abdul Hadi dapat menentukan perkara ini," - Karpal Sing

PAS terus mempertahakan Majlis Syura apabila mereka sedar bahawa selama ini PAS hanya diperkudakan dan semakin hilang kepercayaan penyokong tegarnya sendiri apabila semakin hari semakin ramai penyokong PAS keluar parti dan memberikan keyakinan kepada Barisan Nasional. 

p/s - PAS akan bersendirian pada PRU-13 kali ini apabila banyak bercanggah dalam isu agama. 

Saturday 19 January 2013

Bible Mula Diedarkan Di Sekolah!

TS Kelantan
tenterasabilbloggers@gmail.com

Tumpat 19 Jan - Perbuatan tidak bertanggungjawab menyebarkan bible berbahasa Inggeris di sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang. 

"Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyerahkan perkara ini kepada Polis DiRaja Malaysia untuk menyiasat perkara tersebut"- Kata Dr Mohd Puad Zarkashi Timbalan Menteri Pelajaran. 

"Tindakan ini menyalahi undang-undang negara dan membangkitkan kemarahan Masyarakat " - Jelas Puaz Zarkashi lagi 

Timbalan Menteri Pelajaran mengulas laporan akhbar yang memetik Pengerusi Persatuan Mukabuku Pulau Pinang Salleh Ismail bahawa terdapat 2 lelaki mengedar bible kepada pelajar beragama Islam dihadapan sebuah sekolah di Jelutong dua hari lepas. 

p/s - Sentimen agama mula dimainkan apabila hampir PRU-13. 

DAP Tidak Dibenarkan Bertanding Dalam PRU-13?

TS Negeri Sembilan
tenterasabilbloggers@gmail.com

Seremban 19 Jan - Demokratik Action People (DAP) hari ini menerima tamparan daripada ahli sendiri apabila dua lagi laporan kepada Pendaftar Pertubuhan dibuat oleh Setiausaha DAP Cawangan Ladang Regent, Tampin, K. Chelvam.

K. Chelvam berkata, pihaknya mendesak supaya DAP mengadakan semula pemilihan bagi mengembalikan kreadibiliti parti sejajar dengan nama DAP, Demokratik Action People. 

"Saya sudah lama dalam DAP dan telah ke Pulau Pinang tetapi tidak dapat mengundi. Saya tidak puas hati dengan apa yang berlaku. dahulu memang saya percaya pada DAP."

Pada 15 Januari yang lalu David Dass Aseerpatham Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi dan Setiausaha cawangan Mahendran Krishnan telah membuat laporan di pejabat ROS Putrajaya mengenai pemilihan CEC yang telah dimanipulasi. 

p/s - Demokratik sangat DAP ni, ahli sendiri buat laporan. 

Friday 18 January 2013

PANAS!! Video Seks Speaker DUN Perak!

TS Perak
tenterasabilbloggers@gmail.com


Ipoh 18 Jan - Ketua Polis Perak Datuk Mohd. Shukri Dahlan mengesahkan bahawa cakera padat yang mengandungi adegan skandal video seks ADUN Perak, Datuk R. Ganesan bersama seorang wanita kini telah tiba di tangan Jabatan Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur. 

Menurut Ketua Polis Perak, cakera padat tersebut dihantar di Jabatan Forensik PDRM bagi diteliti dan perlu dirujuk kepada beberapa buah negara yang mempunyai kepakaran digital bagi meneliti kesasihannya kerana cakera pada tersebut hanya berbentuk video sahaja tanpa ada sebarang visual. 

“"Cuma ada suara, yang lain tiada. Itu yang saya diberitahu. Saya tidak mengatakan ia merupakan cakera kosong."

“Kes-kes melibatkan siber ini bukan senang kerana siasatan akan mengambil sedikit masa, mungkin dalam tiga ke empat bulan,"
- Jelas Ketua Polis Perak

p/s - Visual takde? ishh video Anwar siap ada visual lagi dengan chinadoll.

Ali Rustam Lepaskan Jawatan Ketua Menteri, Tan Sri Rahim Tambychik Terajui Melaka? @mohd_ali_rustam

TS Melaka
tenterasabilbloggers@gmail.com

Melaka - Datuk Seri Mohd Ali Rustam akhirnya melepaskan kerusi Ketua Menteri Melaka yang disandangnya sejak tahun 1999. Hari ini Ali Rustam mengesahkan bahawa akan bertanding di kerusi parlimen pada PRU ke-13.

Menurut Ali Rustam, beliau telah memberitahu kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib terhadap perkara tersebut.

"Apa pun keputusan saya ingin bertanding bagi kerusi parlimen belum diputuskan sehingga kini" - katanya sewaktu ditemui di SK Dato Palembang ketika menyampaikan bantuan persekolahan RM100 ringgit.

Jika Ali Rustam ke parlimen, Melaka akan mendapat Ketua Menteri yang baharu untuk memacu Melaka ke arah yang lebih maju dan idea-idea yang baharu. 

Calon-calon bakal Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron, Datuk Hj. Md Yunus Hussin atau pun keputusan tergempar untuk Tan Sri Rahim Tambychik menerajui Melaka semula. 

p/s - Melaka bakal diterajui Ketua Menteri baharu, Tahniah Tan Sri Rahim Tambychik. 



KANTOI!! Mahathir Beri Kerakyatan Pada Pendatang Filipina!

TS Selangor 
tenterasabilbloggers@gmail.com

Shah Alam 18 Jan - "Mereka yang berhak jadi rakyat dan penuhi syarat, kita bagi. Saya akui saya bagi di zaman saya, saya bagi. orang ini sebelum kita merdeka mereka ulang alik dari selatan Filipina ke Sabah kerana mereka tidak terima garisan sempadan penjajah" - Kata Tun Mahathir

"Mereka bukan baru 2 hari tinggal di Malaysia tetapi sudah 20 tahun 30 tahun dan mereka bercakap dalam bahasa Melayu, begitu juga yang menyeberangi dari Sumatera ke Semenanjung Malaysia" - Jelas Tun lagi.

Azmin Ali mendakwa perkembangan terbaharu siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) dalam isu pendatang di Sabah mendapati Tun Mahathir sebagai seorang pengkhianat negara.

"Kita memang menerima sesiapa yang berada di sini menjadi rakyat negara ini, kenapa perlu tolak mereka? mereka bekerja, kalau buat jenayah, undang-undang pun akan dikenakan terhadap mereka juga" - Katanya lagi

Kewarganegaraan Malaysia boleh diberi di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan iaitu warga asing yang telah bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 12 tahun.

Nampaknya Azmin Ali perlu mengucapkan terima kasih kepada Tun kerana memberikan kerakyatan kepadanya dan kita mempersoalkan kembali kerakyatannya sendiri. Nombor kad pengenalan Azmin Ali "71" negeri mana guna 71 ni?




p/s - Azmin Ali yang kantoi bukan warganegara Malaysia yang daftar secara kuatkuasa undang-undang.

Kaum Bukan Cina Akan Merempat Jika DAP Berkuasa?

TS Selangor 
tenterasabilbloggers@gmail.com

Shah Alam 18 Jan - Keputusan pemilihan Jawatankuasa Pusat DAP pada disember lalu telah memperlihatkan bahawa kaum lain akan dipinggirkan dan tidak akan diberi pertimbangan jika DAP diberi peluang memerintah negara pada PRU ke -13. 

"DAP dikatan parti berbilang kaum, ambil kira kepentingan kaum Melayu, cina dan India dan akan bertimbang rasa dan tidak terlalu bersifat perkauman" 

"Namun hakikatnya apabila mereka berkuasa kemungkinan kaum lain akan dipinggirkan apabila memperlihatkan pada pemilihan CEC yang langsung tiada tersenarai kaum Melayu yang menang dalam pemilihan DAP pada disember lepas." - Kata Tun Mahathir Bekas Perdana Menteri Malaysia

p/s - DAP ni syaitan dikenali ke?

Thursday 17 January 2013

DAP Keluar Pakatan? #KalimahAllah

TS Kuala Lumpur
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Lumpur 17 Jan - Keputusan dan pendirian Majlis Syura Ulama PAS membuatkan Lim Guan Eng dan DAP membisu tanpa membuat sebarang kenyataan menghormati keputusan berkenaan ataupun tidak. 

Tuntutan Lim Guan Eng untuk menggunakan kalimah Allah bagi bukan Islam dalam bible bahasa Melayu telah ditolak Majlis Syura Ulama PAS walaupun pada asalnya Hadi Awang membenarkan kalimah Allah tersebut digunakan oleh bukan Islam pada satu sidang media yang dihadiri oleh Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Lim Kit Siang. 

Jika DAP keluar pakatan dan bekerjasama dengan PKR, PAS kehilangan tempat bergantung kerana PAS hanya menyumbang sedikit sahaja kemenangan kerusi dalam pakatan bagi mentadbir kerajaan pusat. 

PAS hanya menjadi kambing hitam jika terus didalam pakatan kerana sering membuatkan keputusan yang tidak mempunyai kesepakatan antara parti tersebut lebih-lebih lagi dalam isu kalimah Allah yang membuatkan Hadi Awang, Nik Aziz dan Mat Sabu membuat pusingan U bagi menjaga undi mereka. 

Dr Hassan Ali Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) telah menggariskan tiga syarat bagi bagi mengatakan isu kalimah Allah ini selesai secara keseluruhannya,

1) Setiap yang terlibat terutama mereka yang mengusulkan kalimah Allah diizin pakai dalam Bible versi bahasa Melayu perlu melihat dan memahami peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan enakmen-enakmen negeri yang telah dikeluarkan berhubung dengan isu itu. 
Semua pihak mesti bersedia mematuhi peruntukan-peruntukan sedia ada di samping menghormati sensitiviti umat Islam yang menjadi penduduk majoriti di negara ini kerana isu tersebut berkait langsung dengan permasalahan akidah. 
2)Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai pihak yang menimbulkan semula isu itu dalam ucapan sempena sambutan Krismas baru-baru ini perlu menarik balik dan memohon maaf secara terbuka atas gesaan beliau supaya Kerajaan Persekutuan memberi izin kepada penganut Kristian menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu. 
Ternyata gesaan itu telah menyinggung perasaan dan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini. 
3) Semua pihak menghormati keputusan Majlis Syura Ulama Pas dan fatwa yang dikeluarkan sebelum ini di peringkat Persekutuan dan peringkat negeri mengenai penggunaan kalimah Allah.
p/s - DAP berjaya monopoli PAS, PAS langsung tidak berjaya monopoli DAP kerana Anwar Ibrahim lebih percayakan DAP.

Wednesday 16 January 2013

Hadi Awang Sakit, Media Jadi Mangsa? #KalimahAllah

TS Terengganu
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Terengganu 16 Jan - Presiden PAS, Abdul Hadi Awang terpaksa akur dengan keputusan Majlis Syura PAS untuk tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan digunakan dalam Bible. 

Abdul Hadi Awang gagal dihubungi bagi menjelaskan mengenai keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura dan kenyataan yang dibuat sebelum ini bersama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. 

Pegawai Khas Hadi Awang yang dihubungi menjelaskan bahawa isu ini telah disifatkan selesai dan pendirian Hadi sama dengan keputusan yang telah diputuskan oleh Majlis Syura dan kini Hadi Awang tidak dapat dihubungi kerana kurang sihat.

Hadi Awang juga telah membuat penjelasan secara bertulis mengenai kalimah Allah ini sehari selepas keputusan majlis syura, kata setiausaha politik Hadi Awang, Dr. Ahmad Samsuri.

PAS terpaksa meneutralkan semula isu-isu yang membolehkan mereka kehilangan undi pada PRU ke-13 nanti walaupun dilihat terpaksa membuat pusingan U dalam isu yang melibatkan akidah. Ini menunjukkan bahawa PAS tidak mempunyai satu pendirian tetap dan tidak membuat sesuatu keputusan berlandaskan Al-Quran dan Hadith.

Sikap menuding jari pada media dan UMNO ini merupan satu cara menutup kesilapan diri walaupun memperlihatkan bahawa UMNO dan media langsung tiada kaitan dalam kalimah Allah yang digadaikan oleh PAS sendiri. 

p/s - PAS bukan parti Islam sebenar, hanya selindung disebalik nama Islam. 

PANAS!! MB Terengganu Saman Harakah dan Adun PAS?


Putrajaya 16 Jan - Datuk Seri Ahmad Said boleh menyaman ADUN Baru Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dari PAS berkenaan rrtikel berunsur fitnah yang dilaporkan oleh harakah berkaitan pembelian pakaian seragam sekolah dan alat tulis di negeri Terengganu.

Mahkamah rayuan menerima hujah peguam Ahmad Said, Abu Bakar Jais dan beliau boleh menfailkan saman  fitnah dalam kapasiti rasminya sebagi  Menteri Besar. 

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai oleh Datuk Mohd. Hishamudin Mohd. Yunus yang bersidang bersama Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohamad Ariff Mohd. Yusof.

"Bagi menghadapai PRU ke-13, Terengganu telah membuat persiapan rapi daripada tahun lepas sehingga pembangkang tidak dapat menggugat benteng kuat BN bagi memastikan kemenangan di Terengganu." -Kata Datuk Seri Ahmad Said

"Dengan kekuatan yang ada pada semua pemimpin dan sokongan padu yang diberikan ahli parti membuatkan pembangkang tidak dapat mempengaruhi pengundi terutama parlimen Besut dan negeri Terengganu." - Jelasnya ketika melawat bilik gerakan UMNO parlimen Besut.

p/s - PAS mana ada kerja lain lagi, fitnah tu makanan ruji. 



GEMPAR!! Sosilawati Masih Hidup??

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my


Shah Alam 16 Jan - Masih hidup?

Persoalan mengenai perkara itu timbul apabila salah seorang tertuduh dalam perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya mendakwa melihat wanita terbabit, sembilan hari selepas mangsa didakwa dibunuh.

R. Kathavarayan 33, menyatakan kelibat Sosilawati itu dilihat di sebuah restoran di Tanjung Sepat dekat sini pada 7 September 2010 ketika hendak menaiki kenderaan seperti jip dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

Bekas pekerja Ladang Gadong itu berkata demikian sewaktu pemeriksaan utama oleh peguamnya, Hasshahari Johari Mawi pada perbicaraan kes bunuh Sosilawati, 47; pegawai bank, Noorhisham Mohamad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu Sosilawati, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

Tuesday 15 January 2013

Nik Aziz & Mat Sabu Buat U-Turn Isu #KalimahAllah!


Kota Bharu 15 Jan - Selepas Majlis Syura Ulama PAS bersepakat membuat keputusan untuk tidak membenarkan bukan Islam menggunakan Kalimah Allah, Nik Aziz terpaksa membuat pusingan U bagi menyelamatkan undi PAS pada PRU ke-13 akan datang.

Sebelum ini Mat Sabu menyokong penggunaan kalimah Allah ini digunakan kepada bukan Islam tetapi hari ini timbalan presiden PAS Mat Sabu membuat pendirian pusingan U apabila menyokong kenyataan yang telah dikeluarkan oleh majlis syura ulama PAS.

"Pendirian saya sama seperti pendirian majlis syura" - kata Mat Sabu

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Nik Aziz telah menegaskan tindakn menterjemah perkataan God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna. 

Masyarakat Islam terutama mufti dan cendekiawan Islam, menentang pendirian asal Nik Aziz yang juga Mursyisul Am Pas dan juga Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mat Sabu yang menyokong orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah itu.

p/s - Hadi Awang buat pusingan 360 pula ke lepas ni? 


Majlis Syura Buat Keputusan, Hadi Tuduh UMNO Salah? #KalimahAllah

Sumber - antarapos

SHAH ALAM : Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini terus mengecam Umno kerana didakwa mempolitikkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim yang semakin membelenggui partinya mejelang pilihan raya umum ke-13.

Semalam Majlis Syura Ulama PAS menetapkan bahawa kalimah suci itu tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu atau mana-mana penerbitan agama bukan Islam.

Ketetapan itu menyusul tindakan Hadi memberi perakuan kepada Pakatan Rakyat bahawa penggunaan kalimah Allah oleh bukan Melayu dibenarkan asalkan ia tidak diguna sebagai penghinaan kepada Islam dan penganut Muslim.

Dalam kenyataan media kepada Harakahdaily hari ini, Hadi sekali lagi menuduh Umno sebagai menggunakan media arus perdana untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab melindungi kesucian kalimah Allah.

“Mengapa Umno menangani isu besar ini secara membaling batu sembunyi tangan, dengan mengheret pihak yang tidak patut berbincang dalam urusan Yang Maha Besar iaitu kalimah Allah ? Mengapa tidak selesaikan oleh pihak berkuasa di bawah Umno yang memerintah?

“Patutkah perkara ini dijadikan bahan kempen pilihan raya sehingga menjadi berkecamuk dikalangan rakyat kerana dijadikan perbincangan melibatkan kalangan yang tidak faham?,” tambah beliau.

Polimik penggunaan kalimah Allah dibangkitkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Dalam perutusan Hari Krismas, pemimpin tertinggi DAP itu mendesak BN supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible di Semenanjung sebagaimana yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak.

Desakan Guan Eng itu yang bertujuan mendapatkan undi penganut Kristian di Sabah, Sarawak dan Semenanjung, ditolak oleh ulama-ulama kanan PAS seperti Harun Taib, Harun Din dan Taib Azimuddin.

Namun pada mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat minggu lalu, Hadi memberi gambaran bahawa partinya tidak ada bantahan dengan penganut bukan Islam menggunakan kalimah itu selagi ia tidak mencemar Islam.

Bagaimanapun demi menjaga hati Guan Eng, Hadi tidak menangani secara langsung pendirian PAS mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu, sekaligus memaksa Majlis Syura untuk campurtangan.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan bahawa penerbitan Kristian The Herald berhak menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Kerajaan Barisan Nasional sedang merayu keputusan itu dan beberapa kali menggesa semua pihak untuk tidak mempolitikkan isu itu.

Namun perutusan Hari Krismas Guan Eng mencetuskan semula kontrovesi itu yang menjadi bertambah hangat susulan keputusan Pakatan Rakyat menjadikan pendirian Hadi itu sebagai ketetapan rasmi bersabit penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim.

p/s - Majlis Syura tu UMNO punya ke, Hadi tertekan dah tu Majlis Syura tak sokong Hadi,. 

DAP Bakal Berdepan Tindakan Dibatalkan ROS? @dapmalaysia

Putrajaya 15 Jan - DAP bakal berdepan dengan tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) apabila dua orang ahli seumur hidup DAP membuat dakwaan bahawa keputusan CEC telah dimanipulasi.

Laporan media melaporkan bahawa Lim Guan Eng menolak untuk mengadakan semula pemilihan parti yang telah membuatkan ramai pemimpin dan anggota cawangan kecewa dengan keputusan CEC yang telah dimanipulasi.

David Dass Aseerpatham Naib Pengerusi DAP cawangan Ladang Paroi dan Setiausaha cawangan  Mahendran Krishnan telah membuat laporan di pejabat ROS pada tengahari semalam. 

"Saya amat berharap ROS akan menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya bagi membantu anggota parti menyelesaikan pertikaian dan menghalang manipulasi dalam keputusan pemilihan DAP baru-baru ini dibawah Akta Pertubuhan." Kata David Dass Aseerpatham

"Ramai pemimpin cawangan menuntut Jawatakuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP mengadakan pemilihan semula tetapi permintaan mereka langsung tidak dihiraukan", Jelasnya lagi

"Ini merupakan satu kes jelas manipulasi pemilihan, dan ia juga bertentangan dengan proses demokrasi dan slogan parti mengenai kecekapan, akauntabiliti dan ketelusan (CAT)," Tambahnya lagi.

David Dass merupakan anggota DAP selama tujuh tahun dan Mahendran, selama 18 tahun. Mereka merupakan perwakilan pada konvensyen DAP dan telah mengundi dalam pemilihan 20 anggota CEC.

p/s - Ini semua salah UMNO ke? Tuntut pilihan raya adil dan bersih tapi dalam parti sendiri dah tak adil dan tak bersih..pooodaaaahhh..

Monday 14 January 2013

Akhirnya Nik Aziz Tewas Dalam Majlis Syura! #KalimahAllah

KUALA LUMPUR: Majlis Syura Ulama PAS memutuskan kalimah Allah tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana ia tidak menepati kehendak sebenar kalimah ini.

“Tindakan menterjemahkan kalimah ‘God’ atau ‘Lord’ dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibenarkan kerana ia salah dari segi makna dan tidak menepati kehedak sebenar,” kata Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalannya, Datuk Dr Haron Din dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan semalam (Ahad).

Beliau menegaskan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan bagi penganut bukan Islam boleh membawa kepada kekeliruan yang nyata justeru tindakan tersebut perlulah ditegah.

“Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan diri-Nya.

“Kalimah itu tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa di dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah tersebut.

“Demikian juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah Allah,” menurut kenyataan itu lagi.

Berita Sepenuhnya Klik - OB21net

p/s - Tahniah Dr. Haron Din!

PANAS!! PAS Bakal Ditinggalkan 2 Orang Pemimpin Dewan Ulama!

Sumber - MyKMU

Dua orang ulama Pas terkenal Datuk Harun Din dan Datuk Harun Taib dijangka mengumumkan tindakan mereka keluar daripada parti tersebut dalam sedikit masa lagi.

Harun Din dan Harun Taib merupakan dua pemimpin Dewan Ulama Pas yang secara terbuka membantah sokongan Pas terhadap permintaan Lim Guan Eng agar Bible berbahasa Melayu yang diedarkan di Semenanjung Malaysia dibenarkan menggantikan perkataan Tuhan kepada Allah.

Harun Din dilaporkan telah bercakap kepada beberapa orang rakan rapat beliau bahawa beliau secara serius mempertimbangkan untuk keluar daripada Pas dan menumpukan sepenuhnya kepada kerja-kerja dakwah beliau.

Sementara Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib telah dinasihatkan oleh rakan-rakan rapat beliau agar kekal dalam Pas buat masa ini walaupun tidak sependapat dengan Presiden parti dan Mursyidul Am Pas. Mereka berharap Harun Taib harus kekal dalam Pas bagi mengimbangi sokongan ahli Pas yang masih mempercayai perjuangan menegakkan Islam parti tersebut.

Bagaimanapun cakap-cakap politik dalam Pas dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam yang rapat dengan kedua-dua ulama Pas ini menunjukkan bahawa hanya jalan keluar memang telah dimuktamadkan, hanya masa atau bila yang menjadi perbincangan.

Ada sumber yang rapat dengan Harun Din berani menyatakan bahawa Jumaat ini atau Jumaat depan bakal menjadi tarikh penting kepada bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia ini. Harun Din kelihatan sangat sedih dan tidak lagi berbicara seperti biasa dengan rakan-rakan dalam Pas sejak Hadi Awang membuat kenyataan menyokong permintaan Lim Guan Eng.

Untuk meninggal sebuah parti yang beliau dokongi sejak 1974 bukanlah merupakan sesuatu yang pernah beliau fikirkan sebelum ini. Beliau sendiri tentu tidak menyangka bahawa sebelum akhir hayat beliau, beliau terpaksa melihat maruah Islam dipijak-pijak oleh parti beliau sendiri.

Harun Din dilaporkan telah beberapa kali bercakap dengan bekas Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasharudin mengenai isu ini. Ketika ustaz Nasharuddin tidak dapat meninggalkan Pas kerana baiah semasa pilihan raya lalu, Harun Din tidak terikat dengan baiah tersebut kerana beliau bukan wakil rakyat Pas. Malahan Harun Din dikatakan tidak pernah mengadakan baiah seperti itu.

Kemungkinan Pas akan kehilangan dua Harun ini dalam masa terdekat sangat sangat realistik berdasarkan tingkah laku kedua-dua mereka ketika memberi kenyataan akhbar dan juga ketika bersembang dengan rakan-rakan seperjuangan.

p/s - Tahniah Dr. Haron Din dan Harun Taib akhirnya mempunyai semangat untuk terus mempertahankan Islam. 


#PRU-13 BN Tidak Mampu Tawan Penang? @NajibRazak

Tasek Gelugor 14 Jan - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memberi keyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) akan kembali menawan negeri-negeri dibawah pentadbiran pakatan rakyat termasuk Penang pada PRU-13 kali ini. 

"Dulu kita kalah pada PRU ke 12 kerana tsunami politik dan kini telah dihentikan oleh Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin  BN  dengan pelbagai produk dan agenda 1 Malaysia." - Kata Datuk Ahmad Maslan

"Pelbagai isu yang melanda negeri dibawh pakatan rakyat juga memberikan nilai tambah untuk rakyat kembali memilih BN" - Jelasnya lagi

Di Kangar, Datuk Seri Ahmad Radzi yakin bahawa majoriti undi BN akan meningkat kepada 3,000 undi berbanding 2, 531 untuk DUN Kuala Perlis pada PRU ke 13. 

Bn telah memenuhi janjinya di kawasan Kuala Perlis sehinggakan pembangkang tidak mempunyai isu dan terpaksa menggunakan isu remeh termasuk isu pengambilan tanah untuk pembangunan bagi menarik simpati rakyat. 

p/s - DAP boleh bersiap untuk hadapi gelombang rakyat, boleh jadi MB di Kelantan nanti jika PAS menang di sana. 

Sunday 13 January 2013

VIDEO PANAS!! Himpunan 3 Kiblat Untuk 3 Pemimpin? #KL112



Kuala Lumpur 13 Jan - Setelah kalimah Allah digadaikan untuk digunakan dalam bible Bahasa Melayu dan digunakan oleh bukan Islam, kini Himpunan lepas telah mendedahkan lagi 3 kiblat untuk solat dalam Stadium Merdeka dibuat oleh para peserta himpunan kali ini. 

Penganjur tidak menetapkan arah kiblat sehinggakan membiarkan peserta solat di 3 arah kiblat berbeza. Inikah himpunan yang dikatakan keramat untuk menerajui kerajaan pusat pada PRU-13 hinggakan arah kiblat pun tidak boleh ditentukan untuk mencapai kata sepakat.


(45,000 sahaja bukannya 1 Juta atau 100K)

Mungkin kiblat-kiblat ini ingin menunjukkan 3 buah parti utama dalam PR iaitu DAP, PAS dan PKR. Perjuangan untuk mempertahankan agama tiada dalam agenda perjuangan PR, hanya ada perjuangan untuk menjadikan sebuah negara republik tanpa ada lagi kuasa Raja-Raja Melayu untuk menyekat sebarang tindakan mereka. Gambar sebenar pun sanggup di edit demi membohongi rakyat, inikah kerajaan yang akan memimpin rakyat pada PRU-13? 


p/s - 3 Kiblat 3 parti PR. Tidur 1 bantal mimpi lain-lain.

Penganjur #KL112 Ditangkap Langgar 3 Syarat Himpunan? @PDRMsia


Kuala Lumpur 13 Jan- Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah mengesan 3 syarat yang telah dilanggar daripada 27 syarat oleh pihak penganjur yang telah dipersetujui bersama sebelum ini. 

PDRM menjalankan siasatan lanjut mengenai 3 syarat yang telah dilanggar iaitu larangan membawa kanak-kanak berusia 15 tahun ke bawah, membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang. 

"PDRM akan menjalankan siasatan lanjut mengenai pelanggaran syarat ini mengikut seksyen 15 (1) Akta perhimpunan aman 2012" - kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad. 

Ketua Polis Dang Wangi berkata, tiada sebarang tangkapan dibuat dan tiada insiden tidak diingini berlaku tetapi hanya berlaku insiden tolak menolak di pintu utama Stadium Merdeka dan dua orang warga emas pengsan dalam stadium telah dikejarkan di Hospital.

Hanya 200 orang sahaja anggota PDRM yang ditugaskan hari ini untuk mengawal himpunan dan telah melaksanakan tugas dengan cemerlang seperti yang diamanatkan Ketua Polis Negara. 

Menurut Zainuddin, anggaran peserta yang menghadiri himpunan sekitar 45,000 sahaja dan mengenai penemuan bahan letupan di KLCC mendapati tiada bahan letupan tersebut seperti yang dilaporkan.

p/s - Langgar syarat eloklah didakwa penganjur tersebut, janji PKR betul la. 

Saturday 12 January 2013

Polis Bertindak Ganas Belasah Peserta #KL112? @PDRMsia


Kuala Lumpur 12 Jan - Akhirnya selesai #KL112 hari ini dengan tiada sebarang tindakan ganas peserta. Noktah himpunan selesai dalam keadaan aman dan tiada sebarang provokasi daripada peserta. 

Himpunan kali ini menunjukkan bahawa pihak PDRM tidak bertindak kejam, zalim mahupun ganas seperti yang dicanangkan oleh himpunan sebelum ini yang dikenali sebagai himpunan bersih 3.0. Pihak PDRM selama ini telah menjaga keselamatan setiap kali terdapat himpunan namun peserta sendiri yang mencemari suasana dengan skuad tempur untuk membuatkan tindakan daripada PDRM.

PDRM wajar di ucapkan tahniah oleh seluruh rakyat Malaysia kerana berjaya mengawal himpunan dan lalu lintas dengan baik. Himpunan kali ini sekaligus membersihkan imej PDRM yang selama ini dihina dicaci, dimaki kerana kononnya mereka bertindak ganas. 

p/s - Tahniah PDRM, himpunan gagal kali ini. 

TERKINI! #KL112 Kanak-Kanak Di Dera!





Denda bagi kesalahan di bawah Seksyen 2(f), Akta Perhimpunan Awam (APA) 2012, denda tdk melebihi RM20 ribu. 

Kesalahan di bawah Seksyen 2(f), APA 2012 adalah merekrut / membawa kanak-kanak untuk berhimpun. 

Bukan ke masa Mat Sabu datang Bukit Aman untuk meminta permit perhimpunan dia sendiri bersetuju dengan akta perhimpunan aman ini. Sekarang apa sudah jadi? 

Sumber - cucu tok selampit

p/s - kesian anak-anak kecil ini, ibu bapanya terlalu bodoh dalam mendidik anak-anak.


TERKINI! #KL112 1 Juta atau 30K? @anwaribrahim



Himpunan #KL112 gagal mencapai matlamat 1 juta hari ini. Tahniah Anwar Ibrahim kerana rakyat dah mula muak dengan sebarang penipuan!

p/s - Rakyat tolak Anwar Ibrahim dan PR.


TERKINI! #KL112 Ancaman BOM Di KLCC!


Maklumat daripada seorang rakan Blogger, Unit Pencegahan Bom (UPB) mendapat panggilan Bom Palsu (Hoax) di KLCC jam 0810 dan pada jam 0920 UPB telah ambil tindakan dengan meletupkannya. 

Manakala panggilan bom hoax di Bar Council diterima jam 0830. siasatan UPB mengesahkan objek di syaki bahan letupan tersebut di letakkan di dlm bag dan dipercayai mercun. 


p/s - Main Bom pulak di orang ni. 

TERKINI! #KL112 Sambutan Hambar, KL Tenang!



Keadaan di Pasar Seni salah satu daripada 8 tempat berkumpul peserta #KL112. Kebanyakkan kelihatan remaja bawah 18 tahun sertai himpunan kali ini. 

p/s - Alhamdulillah aman damai lagi. 


PAS Hilang Keyakinan Penyokong! @abdulhadiawang @nikabdulaziz

Kota Bharu 12 Jan - PAS hilang keyakinan 200 penyokong tegarnya di Kampung Pauh Dua Kubang Kerian hari ini apabila mengisytiharkan keluar daripada parti yang yang telah jauh terpesong daripada matlamat asal.

Shafiei Peli 46, yang mengetuai kumpulan tersebut menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP) yang merupakan salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN) kepada Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff Naib Presiden PPP. 

"Selama ini kami ingat PAS boleh menegakkan Islam dan membantu bangsa Melayu namun parti yang kami sokong telah memperdayakan kami" Kata Shafiei Peli

"Akhirnya kami membuat keputusan hanya kerajaan BN sahaja yang boleh membantu Melayu dan Islam." Katanya lagi.

Shafiei telah 10 tahun menyertai PAS dan merupakan anggota Jawawatankuasa PAS cawangan kampung berkenaan bertekad akan membantu BN untuk merampas Kelantan daripada PAS. 

"PAS telah menipu para penyokongnya menerusi slogan parti Islam." Jelasnya lagi

Nik Sapiea yang merupakan pengerusi PPP Kelantan merangkap Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Kelantan menyifatkan bahawa tindakan keluar parti oleh penyokong tegar PAS ini mencerminkan kegagalam PAS dalam mendaulatkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu di Kelantan. 

Beliau menjangkakan bahawa akan lebih ramai lagi penyokong PAS akan keluar parti dan akan menyertai parti komponen BN khususnya di negeri Kelantan. 

p/s - Berapa ramai dah penyokong PAS dan keluar parti ni? Alhamdulillah akhirnya mereka sedar mereka ditipu. 

Raja Kelentong Kantoi Tipu Rakyat! #KL112 @anwaribrahim

Kuala Lumpur 12 Jan - Inikah sifat bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 yang digembar-gemburkan yang mampu memimpin rakyat Malaysia membawa kepada negara yang lebih aman dan sentosa dengan menipu rakyat Malaysia sendiri. 

Anwar ingin sedapkan hatinya sendiri bahawa 1 Juta rakyat sedang menuju ke Ibu Kota untuk Himpunan yang kononya kebangkita rakyat pada hari ini. Highway yang penuh sesak dengan kenderaan dan penuh sesak juga untuk jalan pulang, Highway mana yang Anwar ambil yang begitu sesak begini dan sepertinya bukan di Malaysia. 

Anwar juga amat-amat prihatin terhadap skuad tempur mereka yang akan ditangkap polis hari ini sehinggakan mengajar bagaimana untuk mengetahui hak sekirannya ditangkap polis di Himpunan nanti.

Jika tidak membuat rusuhan dan kononnya himpunan aman tidak mungkin polis akan bertindak menangkap mereka yang tidak bersalah, ini menunjukkan agenda untuk membuat kacau terpalit dan ingin menyakinkan peserta supaya tidak mempunyai rasa takut untuk melakukan apa sahaja walaupun ditangkap polis. 


Jika ditangkap polis dan dibawa ke mahkamah mereka mempunyai ruang dan peluang untuk berkumpul dihadapan mahkamah untuk memprotes dan ingin meminta simpati rakyat. Inilah stategi yang ingin digunakan bagi mencetuskan lagi fenomena bagi menafikan keadilan dalam membicarakan pesalah dan mereka boleh menyerang badan kehakiman negara. 

p/s - Berapa ramai kena tangkap esok? mesti dah pilih siapa yang patut ditangkap.