ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Thursday, 10 January 2013

PANAS!! Muslihat PR Gunakan Stadium Merdeka Di Bongkar! #KL112


Kuala Lumpur 10 Jan - 1 Juta Himpunan Kebangkitan Rakyat telah diluluskan di Stadium Merdeka yang berkapasiti 20,000 orang dan jika dicampur ditengah padang belum tentu angka 1 juta boleh dimuatkan untuk Stadium Merdeka ini. 

Inilah cara PAS yang ingin memperbodohkan rakyat Malaysia dengan himpunan 1 Juta yang mempunyai agenda untuk membuat huru-hara di Kuala Lumpur seperti Bersih sebelum ini. 

Bagi mengukuhkan lagi keyakinan rakyat mengenai himpunan ini akan berlangsung dengan aman dan tenteram Mat Sabu dalam sidang media semalam berkata akan memaklumkan kepada Ketua Polis Negara dan akan berjumpa dengan OCPD Dang Wangi untuk mendapatkan kerjasama pihak Polis. 

"Kita juga berhasrat menjadikan perhimpunan ini satu perhimpunan bersejarah dan aman, tenteram sebelum pilihan raya di mana Pakatan Rakyat akan mengambil alih negara melalui proses demokrasi.

"Himpunan satu juta rakyat ini menjadi signal kepada SPR, media, kerajaan dan lain-lain bahawa rakyat mahu pilihan raya yang aman dan tenteram," katanya.

Pakatan akan mengambil alih negara melalui proses demokrasi namun terpaksa membuat Himpunan yang akan membuat keadaan menjadi huru-hara dijalanan dan bukannya melalui proses mengundi pada pilihan raya. 

Selama ini pilihan raya telah berjalan dengan aman dan tenteram namun penyokong PAS yang telah membuat provokasi terlampau dan menyekat pengundi-pengundi untuk keluar mengundi dan menunjukkan samseng ketika pilihan raya berlangsung seperti yang telah berlaku di Kelantan. 

Agenda lain himpunan ini mendapatkan Stadium Merdeka kerana tempat keramat ini merupakan tempat laungan kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman dan mereka mungkin akan menaikkan bendera Sang Saka Malaya sebagai bendera Republik Malaysia untuk simbolik mereka akan menerajui kerajaan pusat pada PRU-13 nanti.

Mat Sabu sungguh licik untuk himpunan kali ini apabila menggunakan kerjasama Polis bagi mengelakkan mereka dikatakan mencetuskan huru-hara kerana alasan mereka telah berkerjasama penuh dengan pihak Polis. 

Himpunan kali ini tidak akan dapat dijalankan dengan aman kerana keadaan yang tidak dapat memuatkan Stadium Merdeka dan peserta Himpunan akan bertebaran disekitar stadium yang akan membuatkan kacau bilau kepada ketenteraman awam. 

p/s - Licik PR kali ini gunakan Polis untuk mengelak daripada dipersalahkan jika terjadi rusuhan. 

2 comments:

  1. patot follower x ramai. memfitnah menipu. bilangan tempat duduk didalam stadium merdeka adalah 30K bkn ny 20K. bendera sang saka malaya, dr mana anda dpt maklumat. jk ingin berkata mengenai fakta, sertakan sekali dgn bukti. jk tiada bukti, ia hnylah ckp2 kosong dr anda sndr.

    ReplyDelete

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih