Kuala Lumpur 2 Jan - Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa di sisi Allah, adalah seperti (penciptaan) Adam. Allah menciptakan Adam dari tanah, kemudian Allah berfirman kepadanya: "Jadilah" (seorang manusia), maka jadilah dia. (Ali Imran 3:59)Dan (ingatlah kisah) Maryam yang telah memelihara kehormatannya, lalu Kami tiupkan ke dalam (tubuh) nya roh dari Kami dan Kami jadikan dia dan anaknya tanda (kekuasaan Allah) yang besar bagi semesta alam (Surah Al Anbiyaa' ayat 21)
PAS telah menghina Nabi Isa A.S dengan himpunan oren di hadapan Wisma Felda bersama geng Mazlan Aliman dan ANAK selepas solat Jumaat lepas yang dianggarkan 1000 orang hadir untuk membuat protes terhadap Tan Sri Isa Samad.
Gimik yang dilakukan oleh PAS dan himpunan oren ini telah menghina Nabi Isa A.S walaupun cuba menunjukkan bahawa protes ini terhadap Tan Sri Isa Samad. Walaupun nama Nabi Isa dan Tan Sri Isa Samad sama, namun perbuatan dalam bentuk patung yang disalib diarak dan dibakar ini menunjukkan kepada peristiwa Nabi Isa A.S yang cuba disalib oleh orang kafir tidak berjaya kerana Nabi Isa diangkat ke langit oleh Allah.
Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah An-Nisaa':158)
Perbuatan PAS dan himpunan oren menunjukkan protes kali ini tidak boleh dimaafkan kerana telah menghina Nabi Allah Isa A.S. Nabi Isa A.S merupakan salah seorang Nabi yang tergolong dalam golongan Ulul Azmi yang memiliki kedudukan tinggi dan istimewa.
p/s - Gimik yang menghina dan mempersendakan Nabi Allah Isa ini tidak patut dilakukan kerana telah mempersendakan kejadian Allah S.W.T
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih