ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Saturday 12 January 2013

PAS Hilang Keyakinan Penyokong! @abdulhadiawang @nikabdulaziz

Kota Bharu 12 Jan - PAS hilang keyakinan 200 penyokong tegarnya di Kampung Pauh Dua Kubang Kerian hari ini apabila mengisytiharkan keluar daripada parti yang yang telah jauh terpesong daripada matlamat asal.

Shafiei Peli 46, yang mengetuai kumpulan tersebut menyerahkan borang keanggotaan untuk menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP) yang merupakan salah satu parti komponen Barisan Nasional (BN) kepada Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff Naib Presiden PPP. 

"Selama ini kami ingat PAS boleh menegakkan Islam dan membantu bangsa Melayu namun parti yang kami sokong telah memperdayakan kami" Kata Shafiei Peli

"Akhirnya kami membuat keputusan hanya kerajaan BN sahaja yang boleh membantu Melayu dan Islam." Katanya lagi.

Shafiei telah 10 tahun menyertai PAS dan merupakan anggota Jawawatankuasa PAS cawangan kampung berkenaan bertekad akan membantu BN untuk merampas Kelantan daripada PAS. 

"PAS telah menipu para penyokongnya menerusi slogan parti Islam." Jelasnya lagi

Nik Sapiea yang merupakan pengerusi PPP Kelantan merangkap Timbalan Pengarah Pilihan Raya Negeri Kelantan menyifatkan bahawa tindakan keluar parti oleh penyokong tegar PAS ini mencerminkan kegagalam PAS dalam mendaulatkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu di Kelantan. 

Beliau menjangkakan bahawa akan lebih ramai lagi penyokong PAS akan keluar parti dan akan menyertai parti komponen BN khususnya di negeri Kelantan. 

p/s - Berapa ramai dah penyokong PAS dan keluar parti ni? Alhamdulillah akhirnya mereka sedar mereka ditipu. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih