Kota Bharu 11 Jan - Rata-rata rakyat Kelantan sedar dan membantah keras mengenai penggunaan Kalimah Allah diberikan kepada bukan Islam untuk digunakan dalam Bible versi Melayu.
Agama Islam merupakan agama rasmi persekutuan dan dan merupakan hak eksklusif umat Islam. Rakyat Kelantan mahukan kerajaan persekutuan mengambil tindakan tegas dan tidak berkompromi dengan orang yang menyalahgunakan kalimah Allah bagi kepentingan politik.
Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Shukri hari ini dilaporkan berkata kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh agama lain seperti yang telah termaktub dalam enakmen kawalan pengembangan agama asing terhadap orang Islam yang diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan sejak tahun 1981.
Ia juga diterima pakai oleh Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) (pindaan 1994)
Penyelia Pelajaran Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu Shahran Ahmad berkata "Kerajaan pusat tidak harus tunduk kepada tekanan kepada pihak tertentu kerana kerajaan harus melihat dari sudut jangka masa panjang jika kalimah Allah dipergunakan oleh agama lain terutama masa depan umat Islam sendiri.
“Orang Melayu kena sedar DAP nak tunjuk kekuatan dia dan kelemahan Melayu. Belum lagi kuasai Putrajaya, sudah tunjuk kekuatan DAP dan kelemahan Pas. Orang Pas tak faham lagi?
“Orang Melayu kena sedar DAP nak tunjuk kekuatan dia dan kelemahan Melayu. Belum lagi kuasai Putrajaya, sudah tunjuk kekuatan DAP dan kelemahan Pas. Orang Pas tak faham lagi?
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih