ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Monday 28 January 2013

PANAS!! Ustaz Nasha Gugur Dari Majlis Syura, Nama Tidak Tersenarai Calon UMNO? #PRU-13

TS Kelantan
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kota Bharu, 28 Jan -"Sehingga di saat ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.

"Saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi parti," katanya menerusi satu mesej khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.

"Berorganisasi hanyalah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan dan saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana-mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam," katanya.


Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ahli Parlimen Bachok tidak disenaraikan pada PRU ke-13 kali ini kata Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat. 

Seingat saya nama dia tidak disenaraikan dalam pencalonan kawasan dan pengguguran Nasha dalam majlis syura bukanlah satu tindakan pelik dan Nik Aziz menyifatkan tindakan itu sebagai penceraian suami isteri. 

Pengguguran Ustaz Nasha juga berkaitan hubungan rapat beliau semasa menunaikan haji bersama Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga menyertai lawatan PM ke Gaza yang membawa misi perpaduan ummah dan kemanusiaan. 

p/s - Perjuangan demi Islam oleh Ustaz Nasha membawa kepada pengguguran Majlis Syura dan calon PAS. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih