ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Wednesday, 9 January 2013

Lebih 40 NGO Tolak PR Selangor! @Khalid_Ibrahim

Shah Alam 9 Jan - Jaringan Melayu Malaysia, Jaringan Cina Malaysia, Kelab Perpaduan Insan Selangor, 4Justice, TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim), Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG), Jalur Tiga (JATI) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor dan lebih 40 buah NGO menyertai "Sekretariat Jom Tolak Pakatan Rakyat."

Sekretariat ini mendakwa bahawa rakyat Selangor serik dengan gelagat dan sandiwara pentadbiran kerajaan Selangor pimpinan PKR, DAP dan PAS. 

Hamidzun Khairuddin yang juga yang juga pengerusi PAS menjelaskan bahawa lebih 40 buah NGO ini mewakili rakyat Selangor menolak rejim pakatan pembangkang kerana dakwa beliau lagi selepas 5 tahun pakatan berkuasa, Selangor terus mengalami pelbagai krisis, polemik, penyelewengan dan pelbagai masalah yang tidak pernah selesai. 

Sekretariat ini yang mempunyai jumlah ahli sebanyak 150,000 akan melahirkan gelombang menolak pakatan pembangkang PKR, DAP dan PAS. 

Gerakan sekretariat ini juga akan akan menyedarkan orang ramai mengenai 20 dalil mengapa pakatan pembangkang mesti ditolak pada PRU-13 ini yang gagal menunaikan 31 janji manifesto pada PRU-12 tahun 2008. 

Masalah air Selangor, isu pengambilalihan hutang Talam, kegagalan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor menyediakan rumah murah, isu penutupan asrama Yayasan Selangor dan percambahan rumah urut dan hotel murah.

Permulaan Sekretariat Jom Tolak Pakatan akan mengadakan ceramah di Meru pada malam esok - tambah Hamidzun lagi. 

Pada satu lagi sidang media, Sekretariat Orang Muda Selangor (SERANG) dan BN melancarkan program mendekati anak muda Selangor atau lebih dikenali sebagai Kembara Anak Muda Sayangi Selangor bagi membincangkan pelbagai isu dan rungutan anak-anak muda di Selangor termasuk kekurangan peluang pekerjaan dan perniagaan, program pembangunan belia dan rumah mampu milik dinegeri itu. 

Program pertama dijadualkan di Morib pada 11 Januari ini mulai 9 malam. Para Penceramah terdiri daripada Wakil NGO SERANG, Patriot Selangor, Majlis Belia Selangor, Graduan Muda Selangor, Sayap Pemuda dan Puteri BN Selangor. 

para penceramah muda ini berpeluang menyuarakan rungutan anak-anak muda yang dipinggirkan oleh kerajaan negeri pakatan rakyat di Selangor. 

p/s - Khalid Ibrahim nak turun sekali tak? mana tau boleh jawab soalan-soalan anak muda. 



No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih