ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Wednesday 16 January 2013

Hadi Awang Sakit, Media Jadi Mangsa? #KalimahAllah

TS Terengganu
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Terengganu 16 Jan - Presiden PAS, Abdul Hadi Awang terpaksa akur dengan keputusan Majlis Syura PAS untuk tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam dan digunakan dalam Bible. 

Abdul Hadi Awang gagal dihubungi bagi menjelaskan mengenai keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Syura dan kenyataan yang dibuat sebelum ini bersama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang. 

Pegawai Khas Hadi Awang yang dihubungi menjelaskan bahawa isu ini telah disifatkan selesai dan pendirian Hadi sama dengan keputusan yang telah diputuskan oleh Majlis Syura dan kini Hadi Awang tidak dapat dihubungi kerana kurang sihat.

Hadi Awang juga telah membuat penjelasan secara bertulis mengenai kalimah Allah ini sehari selepas keputusan majlis syura, kata setiausaha politik Hadi Awang, Dr. Ahmad Samsuri.

PAS terpaksa meneutralkan semula isu-isu yang membolehkan mereka kehilangan undi pada PRU ke-13 nanti walaupun dilihat terpaksa membuat pusingan U dalam isu yang melibatkan akidah. Ini menunjukkan bahawa PAS tidak mempunyai satu pendirian tetap dan tidak membuat sesuatu keputusan berlandaskan Al-Quran dan Hadith.

Sikap menuding jari pada media dan UMNO ini merupan satu cara menutup kesilapan diri walaupun memperlihatkan bahawa UMNO dan media langsung tiada kaitan dalam kalimah Allah yang digadaikan oleh PAS sendiri. 

p/s - PAS bukan parti Islam sebenar, hanya selindung disebalik nama Islam. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih