ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Thursday 10 January 2013

Ketua Polis KL Bantah Himpunan #KL112 Di Stadium Merdeka? @PDRMsia

Kuala Lumpur 10 Jan - Ketua Polis Kuala Lumpur Dato' Mohmad Bin Salleh telah membuat kenyataan media mengenai himpunan kebangkitan rakyat pada pukul 5.30 petang tadi. 

Adam Adli dan Safwan Anang akan turun sebagai skuad tempur pada himpunan ini. Mengapa perlu ada skuad tempur jika himpunan hendak dijalankan secara aman. Agenda inilah antara agenda utama penganjur bagi membuatkan keadaan menjadi huru-hara

Dato' Mohmad Bin Salleh juga meminta pihak penganjur menyemak semula hasrat mereka untuk menggunakan Stadium Merdeka atas faktor keselamatan kerana syarat perbadanan stadium yang utama ialah perhimpunan tersebut disertai tidak lebih daripada 30,000 orang kerana kapasiti stadium yang hanya boleh menampung jumlah tersebut.

Menurut Ketua Polis KL sasaran penganjur 1 juta orang secara logiknya diadakan di Stadium Bukit Jalil kerana dapat menampung kapasiti lebih besar dan kemudahan pengangkutan awam yang lengkap termasuk LRT serta memenuhi aspek keselamatan yang lain.

Penganjur memilih Stadium Merdeka kerana mempunyai agenda tersendiri walaupun sedar bahawa Stadium Merdeka hanya boleh memuatkan 30,000 orang. Muslihat memilih Stadium Merdeka [KLIK]

4) NAMUN, MELIHAT KEPADA ASPEK KESELAMATAN DAN KETENTERAMAN AWAM, SAYA MENCADANGKAN AGAR PIHAK PENGANJUR MENYEMAK SEMULA HASRAT MEREKA UNTUK MENGGUNAKAN STADIUM MERDEKA. INI KERANA PERBADANAN STADIUM MERDEKA TELAH MELETAKKAN SYARAT UTAMA AGAR PERHIMPUNAN TERSEBUT DISERTAI TIDAK LEBIH DARIPADA 30,000 ORANG PESERTA BERDASARKAN KAPASITI STADIUM YANG HANYA BOLEH MENAMPUNG JUMLAH TERSEBUT.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS KUALA LUMPUR BERHUBUNG HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT

p/s - Kata mesti di kota, Adam Ali dan Safwan Anang akan turun untuk menjadi skuad tempur. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih