ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Saturday, 12 January 2013

Raja Kelentong Kantoi Tipu Rakyat! #KL112 @anwaribrahim

Kuala Lumpur 12 Jan - Inikah sifat bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-7 yang digembar-gemburkan yang mampu memimpin rakyat Malaysia membawa kepada negara yang lebih aman dan sentosa dengan menipu rakyat Malaysia sendiri. 

Anwar ingin sedapkan hatinya sendiri bahawa 1 Juta rakyat sedang menuju ke Ibu Kota untuk Himpunan yang kononya kebangkita rakyat pada hari ini. Highway yang penuh sesak dengan kenderaan dan penuh sesak juga untuk jalan pulang, Highway mana yang Anwar ambil yang begitu sesak begini dan sepertinya bukan di Malaysia. 

Anwar juga amat-amat prihatin terhadap skuad tempur mereka yang akan ditangkap polis hari ini sehinggakan mengajar bagaimana untuk mengetahui hak sekirannya ditangkap polis di Himpunan nanti.

Jika tidak membuat rusuhan dan kononnya himpunan aman tidak mungkin polis akan bertindak menangkap mereka yang tidak bersalah, ini menunjukkan agenda untuk membuat kacau terpalit dan ingin menyakinkan peserta supaya tidak mempunyai rasa takut untuk melakukan apa sahaja walaupun ditangkap polis. 


Jika ditangkap polis dan dibawa ke mahkamah mereka mempunyai ruang dan peluang untuk berkumpul dihadapan mahkamah untuk memprotes dan ingin meminta simpati rakyat. Inilah stategi yang ingin digunakan bagi mencetuskan lagi fenomena bagi menafikan keadilan dalam membicarakan pesalah dan mereka boleh menyerang badan kehakiman negara. 

p/s - Berapa ramai kena tangkap esok? mesti dah pilih siapa yang patut ditangkap. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih