ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Wednesday, 23 January 2013

Gempar!! Najib Letak Jawatan Jika Gagal Majoriti 2/3? @NajibRazak

TS Selangor 
tenterasabilbloggers@gmail.com


Shah Alam 24 Jan - "Dalam pilihan raya lalu di Semenanjung BN hanya dapat 47 peratus undi, Pakatan Rakyat 49 peratus. Di seluruh Malaysia, BN hanya dapat 50.2 peratus. (Tun) Abdullah Ahmad Badawi ketika memasuki pilihan raya, popularitinya 70 peratus lebih. Najib sekarang ini popular sekitar 58 peratus.

"Maknanya mustahil Najib akan dapat lebih daripada Pak Lah. Maksudnya pilihan raya akan datang status quo.

"Kecuali ada perkara luar biasa yang kita tak nampak berlaku seperti pengundi hantu yang kami pengkaji ini pun tak boleh nak kira,"
- Profesor Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel)

"Tradisi yang berlaku dalam Umno, kalau Perdana Menteri gagal dapat dua pertiga kena letak jawatan, itu yang berlaku pada Tunku, pada Tun Abdullah dan perkara sama juga akan berlaku kepada Najib jika gagal mendapat dua pertiga.

"Sejak merdeka, Umno tidak pernah mendapat undi popular dua pertiga. Tidak pernah. Apa yang Umno dapat? Umno hanya dapat majoriti kerusi dua pertiga. Itu dua perkara yang berbeza,"
jelas Mohammad Redzuan.

Presiden MUBARAK Tan Sri Abdul Aziz Rahman berkata, BN perlu cukup teliti dalam meletakkan barisan calon di kerusi-kerusi kritikal dan mengatur strategi secara berkesan supaya kekecewaan 2008 dapat ditebus kembali dengan kemenangan pada PRU13, yang dilabel sebagai 'ibu segala pilihan raya'.

“Jadi calon-calon yang dipilih kali ini bukan sahaja calon mesti menang, dari segi totalnya mereka mesti bersih sebersih-bersihnya. Putih seputih-putihnya.

“Sebab itu calon mesti tepat. Mesti yang tidak membawa beban yang boleh membebankan parti, membebankan parti, membebankan Barisan Nasional, membebankan pucuk pimpinan.

"Mereka mesti telus, bersih, betul-betul suci daripada sebarang masalah untuk hendak bertanding kali ini. (Jika tidak) seluruh parti akan merasa kesannya,”


p/s - Tsunami politik 2008 akan berakhir jika tiada ahli sabotaj parti. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih