ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Saturday, 5 January 2013

Najib Hanya Harapkan 1 Undi? @NajibRazak

Kuantan 5 Jan - "Satu Undi BN, Satu undi untuk masa depan" inilah keyakinan yang dilaungkan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau optimis yang rakyat tidak akan memperjudikan masa depan negara demi kelansungan pembangunan untuk menuju wawasan negara maju. 

"Alhamdulillah rakyat telah menunjukkan rasa yakin dengan kerajaan Barisan Nasional, satu undi BN satu undi untuk masa depan dan jika undi pembangkang masa depan negara tidak akan terjamin. " Katanya berucap di DUN kawasan Pulau Manis.

"Kita dapat lihat dari segi tadbir negara agenda transformasi telah memberikan keyakinan kepada dunia dan daya saing mengikut pihak yang membuat penarafan  dan Malaysia antara 14 buah negara yang setaraf dengan negara maju" - Jelas beliau lagi. 

Keyakinan kemenangan 2/3 Barisan Nasional dengan majoriti mudah pada PRU-13 semakin terserlah apabila agenda dasar transformasi yang dijalankan oleh kerajaan berjalan lancar demi pembangunan dan keselesaan rakyat. 

Kerajaan BN sentiasa prihatin terhadap rakyat apabila kerajaan memberikan wang ehsan iaitu bantuan untuk rakyat seperti BR1M, TR1MA dan pelbagai lagi bantuan demi  meringankan beban rakyat.

Inilah sebuah kerajaan yang amat prihatin dan bukannya hanya sekadar berjanji namun tidak pernah menunaikan dan menuding jari kepada orang lain atas kesalahan sendiri. 

p/s - PM yang amat bertanggungjawab seperti Allahyarham bapanya Tun Abdul Razak. Al-Fatihah untuk allahyarham Tun Abdul Razak.

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih