tenterasabilbloggers@gmail.com
Petaling Jaya 23 Jan - "Boleh, kenapa tak boleh bincang. Tapi setakat ini tidak timbul. Setakat ini, ini pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan oleh Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang lalu (8 Januari)," - Kata Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim kini berdolak-dalik dalam isu Kalimah Allah dan mula seperti menyalahkan Abdul Hadi Awang dan masih menerima pakai kenyataan yang telah dibentangkan oleh Hadi Awang pada sidang media 8 januari yang lalu.
Abdul Hadi Awang kini berpendirian mempertahankan keputusan Majlis Syura yang dibuat pada 13 Januari lalu untuk tidak membenarkan bukan Islam menggunakan Kalimah Allah.
"Saya juga dapat merasakan sebahagian daripada kebimbangan itu sahih, maknanya ada benar.
"Dalam kes-kes seperti itu kita harus tegas. Kalau ada antaranya pengedaran Bible ini kepada budak-budak sekolah, harus ada tindakan. Yang saya tidak setuju, ia digunakan untuk politik seperti mengatakan liberal, plural dalam soal ALLAH ini," - Jelas Anwar lagi
p/s - Anwar membuat kenyataan yang selamat bagi mengelakkan dirinya menyokong DAP atau PAS.
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih