ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Saturday 26 January 2013

Semua Graduan ISMP Akan Posting Tanpa Temuduga? @WeeKaSiongMP

TS Wilayah
tenterasabilbloggers@gmail.com



KUALA LUMPUR 26 Jan - Tandatanya ribuan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seluruh negara mengenai penempatan mereka akhirnya terjawab apabila Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong sebentar tadi mengumumkan bahawa mereka bakal dipanggil untuk sesi temuduga selepas Tahun Baru Cina..

Mesyuarat antara Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) membincangkan penetapkan tarikh dan mencari langkah terbaik kaedah mempercepatkan proses temuduga.

Menurut Datuk Wee dalam akaun twitter @WeeKaSiongMP, "pihak SPP akan mengumumkan berkenaan perkara ini sekiranya keputusan telah dibuat".

Graduan ISMP yang telah mengangguh selama 1 tahun perlu membuat persiapan bagi sesi temuduga ini agar hasrat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melahirkan guru yang berkualiti tercapai.- PutrajayaOnline

p/s - Durian runtuh buat graduan ISMP jika tiada temuduga untuk posting.

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih