ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Monday 7 January 2013

GEMPAR!! Mendiang Kanang Anak Langkau Bukan Pahlawan Negara? @Zahid_Hamidi

Kuching 7 Jan - Kanang Anak Langkau 68 yang selamat disemadikan di Kuching telah diberikan penghormatan terakhir oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diatas sumbangan dan jasa mendiang sewaktu berkhidmat dalam ATM.

Mendiang semasa berkhidmat dalam ATM telah menempuh beberapa pertempuran terutamanya di Perak sehingga peluru menembusi badannya dalam satu operasi pasukan Renjer pada tahun 1980. Jasa dan keberanian mendiang menentang komunis daripada tahun 1962 hingga 1983 tidak akan dilupakan oleh pihak ATM. 

Namun masih terdapat pihak pembangkang yang cuba mempertikaian jasa mendiang Kanang diatas upacara besar-besaran yanbg dibuat oleh kerajaan kepada pahlawan negara. Adakah jasa Kanang tidak ini tidak berharga kepada pembangkang sehingga sanggup mempertikaikan juga pingat-pingat yang telah dianugerahkan kepada beliau. 



suarapakatanrakyat.com mempertikaikan juga pencen yang telah diterima mendiang dan adakah patut istiadat pengebumian negara perlu diadakan. 


Penulis tak tahulah orang lain melihatnya bagaimana, tapi pada pendapat penulis, biasalah untuk askar menembak dan ditembak. Sebab itu mereka dibekalkan senapang dan latihan yang secukupnya bagi menghadapi situasi seumpama itu. 
Tidak lupa, dibayar gaji juga semasa berkhidmat dan pencen selepas bersara.
Tapi itu sahaja bukan alasan kukuh untuk menjadikan mereka sebagai wira negara sehingga bila mati, istiadat pengebumian negara perlu diberikan bagi menghormati kematian mereka. Apa tak cukupkah elaun dan pelbagai kemudahan lain sebagai penerima pingat SP dan PGB yang diberikan kerajaan selama ini sehingga bila mati pun, istiadat pengebumian negara nak diadakan?


suarapakatanrakyat.com juga telah mengatakan bahawa  "Pemimpin politik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim contohnya, sanggup berkorban termasuk dihumban dalam penjara bertahun-tahun lamanya untuk memperjuangkan hak-hak rakyat.

Inilah ciri-ciri hero yang sebenar dan layak mendapat penghormatan sedemikian!!"

Anwar Ibrahim belum meninggal lagi jadi bagaimana untuk memberikan penghormatan seperti mendiang Kanang terima, Anwar Ibrahim juga tidak mendapat PGB dan SP untuk diangkat menjadi Pahlawan Negara. 

Kenyataan suarapakatanrakyat.com seolah-olah Anwar Ibrahim sudah meninggal untuk diberikan penghormatan terakhir untuknya yang bertahun-tahun dihumban dalam penjara kerana jenayah yang dilakukan. 


p/s - Kesian Anwar, media maya sendiri seperti meminta dia mati untuk diberikan penghormatan awal. Takziah Anwar. 

1 comment:

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih