ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Monday, 7 January 2013

12 Jan 2013 Negara Darurat? @PDRMsia @HishammuddinH2O

Kuala Lumpur 7 Jan - Semua media arus perdana dan akhbar-akhbar tabloid serta buletin propaganda pembangkang kini kian kuat meniupkan api persengketaan dan sampai kepada tahaf hasutan tertinggi menyeru rakyat untuk melakukan huruhara dalam negara bermula 12 Januari ini.

Tok guru Pas Nik Aziz yang tak pernah ada pendirian itu juga kelihatan amat sibuk membuat bebelan biasanya yang mengikut arus, iaitu menyeru orang ramai keluar beramai-ramai melakukan huru hara sambil mengeluarkan fatwa nafsunya kononnya mengambil bahagian dalam huru harakan negara menjatuhkan Kerajaan dari parti Umno dan BN itu adalah wajib.

Seperti yang saya telah katakan beberapa kali dihalaman ini begitu juga dalam blog saya sewaktu Pas mengadakan muktamarnya yang lalu, bahawa Pas dapat meramalkan masa depannya yang suram, tanpa melakukan sesuatu yang berani, iaitu satu keadaan sama ada hidup atau mati.

Kerana pilihan yang ada dihadapan Pas kalau mahu ikut memerintah dari pandangan Nik Aziz ialah tak lain dan tak bukan bergabung dengan Parti Kafir Harbi DAP, kerana DAP mempunyai jumlah kerusi yang dikira mencukupi untuk memerintah negara ini dengan sedikit tambahan dari kerusi-kerusi dari pihak Pas.

Bagaimanapun bukan Pas saja yang merasakan demikian, tetapi DAP juga berfikir begitu yakni kalau DAP saja tak mungkin boleh memerintah negara ini, tanpa ditemani oleh satu parti yang mewakili orang Melayu, kerana majoriti rakyat Malaysia adalah terdiri daripada bangsa Melayu.

Perbuatan Pas bersekedudukan dengan Kafir Harbi DAP ini sebenarnya menyeksa jiwa raga para pemimpin Pas itu sendiri, lebih-lebih lagi para pengikutnya walaupun yang paling taksub dengan Pas sekalipun jiwa mereka terseksa berada sebumbung dengan penentang agama Islam ini.

Keadaan ini amat difahami oleh pemimpin Pas seperti Abdul Hadi dan Nik Aziz begitu juga ketua umum mereka Anwar Ibrahim (saya yakin jauh disudut hati Anwar Ibrahim masih lagi sayangkan bangsa Melayu dan agama Islam walaupun beliau terpaksa menganuti fahaman Zionis Yahudi untuk kepentingan dirinya).

Nah! cara terbaik bagi mereka ialah segerakan segala ikatan ini terungkai dan berhambur hilang dari mengikat dan menjerat mereka, caranya ialah timbulkan huru hara ajak rakyat berdemonstrasi bakar segalanya supaya nampakkan negara ini sudah terumbang ambing, polis yang mengawal keselamatan sudah lemah, tentera juga sudah lemah dan akhirnya mereka akan keluar dan mendabik dada inilah pilihan rakyat sebenar..!!!

Sebab itu kita perhatikan mengapa Mat Sabu dipilih menjadi Timbalan Presiden Pas, apa kelayakan Mat Sabu? saya pernah bersahabat dengannya, sepanjang yang saya tahu dari segi akademiknya tak ada, segi agama lebih-lebih lagi kosong, jadi, mengapakah muktamar agung Pas memilih beliau, sedangkan begitu ramai pamilik Phd, MA, BA dlm pengajian Islam dan profesional seperti peguam, arkitek dan doktor  tidak ditampilkan ?

Apa kurangnya Tun Salleh Abas, Dr.Harun Din, Dr.Hatta, Ab.Halim Abdul Rahman, Nasarudin Mat Isa, Dr.Hassan Ali, Khalid Samad, Ismail Kamus, Mohammad Awang, Mustafa Ali, Kamarudin Jaafar? tidakkah ilmu mereka ini mengatasi ilmu Mat Sabu? tetapi mengapa Mat Sabu masih lagi terpilih?

Jawapannya amat senang iaitu Nik Aziz dan Abdul Hadi Awang mahu Mat Sabu kerah orang ramai berkumpul dijalan-jalan raya, ditempat-tempat lapang bakar tayar buruk naikkan slogan revolusi tumbangkan kerajaan yang ada melalui kekerasan gila seperti yang selari dengan kehendak ketua umum mereka Anwar Ibrahim.

Kerana Anwar Ibrahim amat terseksa dikerjakan oleh Karpal Sing (YANG MENYIMPAN SEGALA RAHSIA PERIBADINYA) dan beberapa pemimpin utama DAP Pusat yang sering menggelarnya 'Pemimpin Rosak Akhlak' itu sebab Anwar mahu segera huru harakan negara ini kalau boleh sebelum kesahnya yang sedang dalam priciding mahkamah terbongkar lagi.

Bila huru hara tercetus mudahlah pembangkang menanguk di air keruh menggunakan konteksnya bagi menyokong sebuah kerajaan pilihan rakyat kononnya akan diwujudkan!

Kelayakan Mat Sabu ialah tunjuk perasaan disana sini semasa berada dalam kepimpinan Pemuda Pas dulu malah dalam tunjuk perasaan pemuda Pas dulu itulah perkataan "Anwar Aljuburi" diperkenalkan oleh pihak Pas bagi menentang kerajaan BN dimana Anwar masa itu adalah Timbalan Perdana Menteri. 

Nik Aziz Tok Guru Pas (yang bercakap ikut suka hati mana yang terlintas dihati tanpa ada pendirian tetap) kini giat mengeluarkan pendapat disana sini menyeru rakyat untuk huru harakan negara ini dengan sokongan padu dari para penghasutnya Anwar Ibrahim, Ambiga dll.

Ingatlah Allah tidak akan mengasihi dan membenarkan orang-orang yang membuat kerosakan, Allahuakbar Walillahilham.

Nukilan - Datuk Yazid Othman 
Editor - Tentera Sabil

p/s - Demi kuasa sanggup negara berada dalam keadaan tidak aman untuk mencapai hasrat matlamat menghalalkan cara.

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih