ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Tuesday 15 January 2013

Majlis Syura Buat Keputusan, Hadi Tuduh UMNO Salah? #KalimahAllah

Sumber - antarapos

SHAH ALAM : Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini terus mengecam Umno kerana didakwa mempolitikkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim yang semakin membelenggui partinya mejelang pilihan raya umum ke-13.

Semalam Majlis Syura Ulama PAS menetapkan bahawa kalimah suci itu tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu atau mana-mana penerbitan agama bukan Islam.

Ketetapan itu menyusul tindakan Hadi memberi perakuan kepada Pakatan Rakyat bahawa penggunaan kalimah Allah oleh bukan Melayu dibenarkan asalkan ia tidak diguna sebagai penghinaan kepada Islam dan penganut Muslim.

Dalam kenyataan media kepada Harakahdaily hari ini, Hadi sekali lagi menuduh Umno sebagai menggunakan media arus perdana untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab melindungi kesucian kalimah Allah.

“Mengapa Umno menangani isu besar ini secara membaling batu sembunyi tangan, dengan mengheret pihak yang tidak patut berbincang dalam urusan Yang Maha Besar iaitu kalimah Allah ? Mengapa tidak selesaikan oleh pihak berkuasa di bawah Umno yang memerintah?

“Patutkah perkara ini dijadikan bahan kempen pilihan raya sehingga menjadi berkecamuk dikalangan rakyat kerana dijadikan perbincangan melibatkan kalangan yang tidak faham?,” tambah beliau.

Polimik penggunaan kalimah Allah dibangkitkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Dalam perutusan Hari Krismas, pemimpin tertinggi DAP itu mendesak BN supaya membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible di Semenanjung sebagaimana yang dibenarkan di Sabah dan Sarawak.

Desakan Guan Eng itu yang bertujuan mendapatkan undi penganut Kristian di Sabah, Sarawak dan Semenanjung, ditolak oleh ulama-ulama kanan PAS seperti Harun Taib, Harun Din dan Taib Azimuddin.

Namun pada mesyuarat tertinggi Pakatan Rakyat minggu lalu, Hadi memberi gambaran bahawa partinya tidak ada bantahan dengan penganut bukan Islam menggunakan kalimah itu selagi ia tidak mencemar Islam.

Bagaimanapun demi menjaga hati Guan Eng, Hadi tidak menangani secara langsung pendirian PAS mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu, sekaligus memaksa Majlis Syura untuk campurtangan.

Pada 2010, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan bahawa penerbitan Kristian The Herald berhak menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. Kerajaan Barisan Nasional sedang merayu keputusan itu dan beberapa kali menggesa semua pihak untuk tidak mempolitikkan isu itu.

Namun perutusan Hari Krismas Guan Eng mencetuskan semula kontrovesi itu yang menjadi bertambah hangat susulan keputusan Pakatan Rakyat menjadikan pendirian Hadi itu sebagai ketetapan rasmi bersabit penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim.

p/s - Majlis Syura tu UMNO punya ke, Hadi tertekan dah tu Majlis Syura tak sokong Hadi,. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih