ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Monday 7 January 2013

Fesyen Kondom Amat Memalukan Melaka! @mohd_ali_rustam

Melaka 7 Jan - Condom Fashion Show yang telah berlangsung di Dataran Pahlawan telah dicemuh oleh pelbagai pihak kerana membawa satu perspektif negatif dan seolah-oleh cuba memperkenalkan kondom kepada anak muda. 

Walaupun apa sahaja alasan yang diberikan Fesyen kondom ini tidak wajar dijalankan lebih-lebih lagi di Negeri Melaka tempat yang terkenal dengan pahlawan Hulubalang Hang Tuah lima bersaudara yang hebat dalam mempertahankan Negeri Melaka satu ketika dahulu. 

Berbalik kepada pertunjukkan fesyen  ini yang sepatutnya tidak patut didedahkan kerana impak kepada anak muda yang kini lebih bersifat ingin mencuba akan apa yang dilihatnya.

Kesannya kepada anak-anak kecil yang melihat gambar dan patung yang telah diubah menggunakan kondom ini juga membuatkan mereka akan bertanya mengenai kondom tersebut dan apakah penjelasan yang patut diberikan kepada mereka. 

Pihak berkuasa Melaka sepatutnya memantau aktiviti seperti ini yang akan membawa gejala tidak sihat kepada persekitaran rakyat dan anak muda. kondom ini berkaitan hubungan kelamin yang tidak patut didedahkan lebih-lebih lagi diwaktu dan ketika zaman ini yang seolah-olah menggalakkan hubungan terlarang antara lelaki dan perempuan bagi mengelakkan si perempuan itu mengandung anak luar nikah.  

Walaupun pertunjukkan fesyen ini tidak melibatkan sebarang Ahli parlimen ataupun ADUN, namun pemantauan ini mesti dilakukan demi menjaga nama baik negeri Melaka yang terkenal dari segi sektor pelancongan. 

Media maya yang melibatkan politik seperti pembangkang telah mula menghentam negeri Melaka seolah-olah kawasan Dataran Pahlawan ini merupakan kawasan BN, namun mereka terlupa, bahawa kawasan DUN N22 Banda Hilir merupakan DUN milik DAP Tey Kok Kiew.

Namun yang demikian, TS tidak menyalahkan ADUN DAP semata-mata kerana hal ini berkaitan juga kerajaan negeri Melaka yang ditadbir BN yang sepatutnya memantau aktiviti yang cuba menunjukkan kreativiti yang tidak kena pada tempatnya.







p/s - Kreativiti yang tidak kena pada tempatnya dan mencalarkan imej negeri Melaka.

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih