tenterasabilbloggers@gmail.com
Pasir Gudang 25 Jan - “Tindakan ahli parti sehingga sanggup menutup bilik gerakan dalam saat-saat PRU13 semakin hampir, itu sebenarnya rakyat sudah bosan menunggu janji yang sudah terlalu lama dinanti." - Rohazam Shah Ahmad Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang
Menteri Besar Datuk Ghani Othman yang selama ini berteka-teki dalam menyelesaikan masalah setinggan yang dibangkitkan setelah 4 tahun diperjuangan oleh Pemuda UMNO Pasir Gudang namun tiada tanda isu tersebut akan diselesaikan.
“MB sudah janji nak selesai...sudah turun padang bertemu penduduk setinggan, tapi masih bermain teka-teki. Sampai bila? Sedangkan rakyat hari ini sudah pandai menilai janji yang ditaburkan pemimpin,” Jelas Rohazam Shah
“Kita tidak mahu kerana nila setitik, rosak susu sebelanga kerana jentera BN di Pasir Gudang sudah lama bersiap-sedia dengan pelbagai program mendekati rakyat, termasuk Pemuda bersama orang muda.
“Jika perkara ini tak selesai, jawapannya akan dapat kita tengok pada PRU13. Apa sahaja tindakan pengundi dan apa sahaja yang bakal berlaku kepada calon BN di Pasir Gudang pada PRU13, MB kena bertanggungjawab,” - katanya lagi
Ahmad Maslan semalam mengeluarkan kenyataan bahawa ahli UMNO yang terlibat boikot parti akan diambil tindakan tatatertib, namun hari ini Ketua Pemuda UMNO Pasir Gudang menyelar tindakan Ahmad Maslan supaya tidak hanya menunjukkan kuasa tetapi turun melihat dan mendengar rintihan rakyat.
“Jangan cabar kami dengan kenyataan yang boleh mengeruhkan lagi keadaan. Kalau beliau pemimpin yang berjiwa rakyat, turun ke kawasan kami dan lihat sendiri rintihan penduduk setinggan di Pasir Gudang yang setia menagih janji sejak 13 tahun lepas.
“Bantu kami selesaikan kemelut ini, bukannya cuba menunjuk kuasa yang diamanahkan,” katanya.
Keadaan ini dilihat akan menggugat jumlah undi 100,000pengundi di Pasir gudang akibat kekecewaan penduduk sedangkan Jentera BN bersusah payah menyakinkan 54 peratus pengundi Melayu disitu.
p/s - Kuasa Rakyat, jaga-jaga Negeri Johor.
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih