ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Thursday, 3 January 2013

Nur Amalina Che Bakri Kini Dilantik Duta We Love PM Club! @NajibRazak @wlpmc


Kuala Lumpur 3 Jan - Nur Amalina Che Bakri yang terkenal dengan kecemerlangan dalam bidang akademik pada Sijil Pelajaran Malaysia 2004 yang mendapat 17A1 kini dilantik menjadi Duta Pendidikan oleh We Love PM Club (WLPMC). Nur Amalina merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya seorang jurutera DBKL. 

Pada sidang media di UNIKL tadi, Presiden WLPMC Mohd Shahar Abdullah telah melahirkan kesedihan terhadap pemergian pahlawan negara Datuk Temenggong Kanang Anak Langkau kerana mendiang merupakan salah seorang Duta WLPMC. Turut hadir sama penasihat WLPMC Datuk Dr Adham Baba.

Presiden WLPMC juga berhasrat untuk mewujudkan Yayasan Datuk Kanang bagi membantu anak-anak yang berada di pedalaman untuk terus maju dalam bidang pendidikan. 

Program WLPMC UK Chapter yang akan diadakan dalam tahun ini untuk mengumpulkan pelajar Malaysia di luar negara dan dalam negara untuk bersama-sama dengan program-program untuk lebih mengenali Malaysia bagi mengembangkan WLPMC di luar negara. Nur Amalina juga telah menyelesaikan dua ijazah dalam masa satu tahun dan ini menunjukkan satu ikon kepada pelajar Malaysia yang lain untuk terus cemerlang dalam bidang akademik.



Amalina mengucapkan terima kasih kerana memilih beliau kerana dipilih menjadi Duta Pendidikan WLPMC. Amalina berazam untuk membawa nama WLPMC untuk menyedarkan anak muda supaya mengenali kesemua Perdana Menteri Malaysia dan menyayangi negara. WLPMC ini dilahirkan untuk menunjukkan kasih sayang kita kepada pemimpin negara dan negara dipenuhi dengan konsep menyayangi. Amalina kini masih menuntut di University Edinburgh dan telah bergraduan daripada University Harvard

Amalina juga berazam untuk pulang menabur bakti didalam negara setelah selesai mempelajari teknologi yang berada di luar negara dan membawa pulang untuk dipraktikkan di dalam negara dan dapat membantu negara dengan teknologi yang terbaharu dan moden.


Selesai sahaja sidang media, Nur Amalina telah membuat kunjungan hormat ke atas Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi MOHE Yang Berbahagia Prof. Datuk Rujhan Mustafa. Datuk Rujhan menasihati Amalina supaya lebih fokus menjadi Nobel Laureate pertama di Malaysia.

Gambar-gambar sidang media yang TS sempat rakamkan sebentar tadi,






p/s - Tahniah Amalina, semoga amanah yang diberikan ini dapat membantu menjadi ikon kepada pelajar Malaysia. 


No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih