ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Tuesday 1 January 2013

Gelombang Kedua Banjir Di Kuantan!

 

Kuantan 1 Jan - Kuantan dilanda gelombang banjir kedua pada awal tahun baru 2013. Seramai 152 mangsa banjir telah dipindahkan  ke tiga pusat pemindahan banjir di sekitar Kuantan ekoran hujan turun sejak semalam. 

Maklumat daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), 98 mangsa dari kawasan Kampung Galing, Galing Besar dan Taman Sri Kuantan kini ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Galing .


"Manakala sembilan orang mangsa dari Kampung Sungai Ular dipindahkan ke SK Sungai Ular dan 45 orang mangsa dari Kampung Seberang Balok dipindahkan ke Dewan Orang Ramai Balok," - MKN 

Dua laluan terpaksa ditutup kepada kenderaan ringan mulai hari ini iaitu di Km24, Bukit Penggorak-Cherating dan Km18, Jalan Kuantan-Bypass (selepas Balai Bomba Gebeng).

Pada 29 dan 30 Disember lepas sukarelawan daripada Aman Kampus telah membantu Mangsa Banjir di Kampung Galing Besar untuk membersihkan rumah mangsa yang terlibat dan sebuah Tadika Kemas yang telah ditenggelami air pada Gelombang Banjir yang pertama tempoh hari.



Banjir gelombang telah membuatkan guru-guru tadika kemas ini menghadapai situasi yang getir apabila terpaksa mengharungi saat cemas selama 2 jam dan berdiri diatas meja kerana air naik di paras dada. 

Puan Aisyah, 40 tahun "Saya masih trauma dengan keadaan yang telah berlaku. Tidak sangka air begitu cepat naik dan rakan-rakan ditenggelami air paras dada. Kami semua berdiri di atas meja salama 2 jam sebelum bot JPAM datang."

Banjir gelombang pertama ini telah menyebabkan hampir 90% peralatan tadika kemas ini musnah sama sekali, terdapat peti ais yang baharu sahaja tadika ini terima juga musnah dalam banjir. Peralatan yang lain seperti meja dan barangan lain yang boleh digunakan telah dibersihkan oleh sukarelawan Aman Kampus kerana diselaputi selut. 

p/s - Semoga mangsa banjir di Kuantan tabah menghadapi gelombang kedua yang turut melanda Negeri Terengganu. Semua mangsa diingatkan supaya mengikut arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa bagi mengelak kemalangan jiwa berlaku.





No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih