ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Tuesday 8 January 2013

Johor Darul Takzim Tempa Kekalahan Pertama! #LigaSuper2013 @johordarultazim


Kuantan 8 Jan - Perlawanan pertama pembuka tirai Liga Super 2013 Johor Darul Takzim (JDT) pasukan yang penuh dengan pemain bintang telah tewas kepada Pahang pada perlawanan pertama di laman lawan Stadium Darul Makmur dengan dua  jaringan awal pemain kebangsaan Shafiq Rahim  minit ke-11 dan Norshahrul Idlan Talaha minit ke-25 pada separuh masa pertama. 

Gol pertama telah dijaringkan hasil tandukan Shafiq Rahim yang terus masuk ke gawang Pahang. Pahang berjaya merapatkan kedudukan namun jaringan tersebut dibatalkan kerana mengasari penjaga gol JDT.  Pemain import JDT D.Guiza daripada Sepanyol melorongkan bola kepada Mat Yo untuk jaringan kedua JDT.

Sebelum tamatnya separuh masa pertama, Guiza telah menerima lorongan Mat Yo namun tidak berjaya menyudahkannya dengan baik. 

Separuh masa kedua Pahang telah bermain secara agresif menyerang kubu JDT dan hasilnya 3 minit selepas separuh masa kedua bermula Pahang merapatkan kedudukan hasil jaringan Fauzi Roslan minit 48 yang berjaya melepasi perangkap offside. 

Rentak permainan JDT semakin lemah apabila kawalan bola dibahagian tengah dan pertahanan semakin longgar bagi memudahkan Pahang menyerang kubu JDT. 

Minit ke-53 Mat Yo berjaya melorongkan bola di depan pintu gol Pahang namun tiada pemain JDT yang bertindak menyambar bola tersebut. 

Minit ke-59 Azwan Roya (Awe) berjaya merembat daripada luar kotak penalti namun rembatannya hanya singgah di palang gol Pahang walaupun penjaga gol Pahang telah tertewas. 

Minit ke-63 Shafiq berjaya melorongkan bola hasil counter attack namun Guiza tidak berjaya melambungkan bola ke dalam gawang Pahang. Seminit selepas itu Guiza melorongkan bola kepada Shafiq di hadapan gawang Pahang namun masih lagi tidak berjaya menjaringkan gol. 

Sepakan percuma pahang minit ke-70 terlalu ke dalam dan terus ke dalam dakapan penjaga gol JDT. 

Minit ke-71 Fauzi Roslan sekali lagi menjaringkan gol untuk gol penyamaan untuk Pahang bagi menyeimbangkan kembali permainan.

Minit ke-82 pemain gantian R. Surendran berjaya menampan bola hasil hantaran Gopi untuk jaringan ke-3 Pahang bagi mendahului JDT setelah ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama. 

Minit ke-85 Safee Sali telah dimasukkan untuk menjana serangan JDT minit-minit terakhir bagi menyamakan kedudukan namun semuanya terlewat. 

Kesudahan 90 minit permainan Pahang berjaya menumbangkan JDT pada perlawanan pembukaan dengan jaringan 3-2.

p/s - Banyak pemain bintang belum tentu boleh catat kemenangan. Tahniah Pahang walaupun tiada bintang yang menyinari pasukan. TS minat Jersey JDT nanti boleh beli di Uptown. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih