ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Wednesday 27 February 2013

Tukar Kelantan, Lagi 100 Penyokong PAS Gual Tokdeh Sertai UMNO!

TS Kelantan (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com


Rantau Panjang, 27 Feb - "Nik Abdul Aziz sendiri pernah mengajar supaya terima apa sahaja yang diberikan UMNO. Tapi sekarang lain pula. Itu tidak mengapa, tetapi kalau sampai tahap menghina begini, saya tidak boleh terima. Kami ini manusia bukan haiwan." Kata Ahli Pas, Yaacob Mahmood

"Sejak 22 tahun Pas memerintah juga, tidak ada sebarang hasil pun yang kami dapat. Tapi UMNO tidak pernah abaikan kami meskipun tahu kami penyokong tegar Pas," - Jelasnya lagi


100 ahli PAS Gual Tokdeh dari Kampung Pening Lalat Rantau Panjang hari ini membuat tindakan drastik menyertai UMNO setelah kecewa dengan kepimpinan PAS dan Nik Abdul Aziz. 

Ahli PAS Yaacob Mahmood, 78 yang ditemui berkata, dia berasa terhina dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan bantuan Kerajaan Pusat seperti memberi makan kepada ayam dan lembu dan membuat keputusan untuk menyertai UMNO. 

"Sekarang mereka nampak sangat angkuh. Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan menghina terhadap sesama manusia apatah lagi beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyat," - Rosanah Yaacob, Ahli Pas

Rosanah Yaacob berkata dia tidak pernah mengundi UMNO kerana menganggap Pas sebagai parti Islam yang mampu memberi kesejahteraan dunia dan akhirat. 

Tanggapan Rosanah meleset kerana prinsip Pas semakin berubah sejak bersekutu dengan DAP dan PKR sehingga sanggup mengadaikan Kalimah Allah kepada bukan Islam. 

Borang keahlian UMNO telah diserahkan kepada Ketua UMNO Rantau Panjang Datuk Abdullah Mat Mat Yasim dalam majlis selamat tinggal Pas.

Seramai 10,000 penyokong PAS akan bertindak meninggalkan Pas menjelang PRU ke-13 kali ini untuk Kelantan memberi peluang UMNO memerintah Kelantan setelah 22 tahun Pas memerintah negeri itu. 

p/s - Selamat tinggal Pas, Acu Tukar Test Sepenggal Kelantan.  





PANAS!! Anwar Ditangkap Kerana Rasuah? @anwaribrahim

TS Kuala Lumpur (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Lumpur, 27 Feb - Anwar Ibrahim tidak layak menggelarkan dirinya sebagai pejuang anti rasuah kerana Anwar pernah didakwa terliobat dengan politik wang dan kronisme berskala besar semasa menjadi menteri kabinet dahulu.

"Penyokong pakatan pembangkang menyatakan Anwar telah berubah selepas dipenjarakan sepanjang 1998 hingga 2004. Anwar kini dianggap sebagai seorang insan mulia yang unggul." - Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Chandra Muzaffar


"Kesungguhan pembangkang memerangi rasuah diragui memandangkan mereka diketuai seorang pemimpin yang disifatkan sebagai sesumpah Machiavelli atau 'Machleon' (Machiavellian chameleon) dengan rekod yang dicemari isu-isu etika." - Jelasnya lagi


Hari ini 27 Februari 1001 warga emas di Selangor menfailkan saman terhadap kerajaan negeri bagi menuntut caruman takaful sebanyak RM2.5 Juta yang telah dijanjikan dalam manifesto pembangkang pada PRU ke-12. 


p/s - Anwar dah bersih ke, sedangkan pemilihan PKR pun ada rasuah. 

16,051 Peminjam PTPTN Dikecualikan Bayaran, BN Laksana Pendidikan Percuma!

TS Pahang (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Temerloh, 27 Feb - Kerajaan Barisan Nasional terus melaksanakan pendidikan percuma kepada Mahasiswa Mahasiswi yang mendapat keputusan kelas pertama keseluruhan pengajian dan dapat melahirkan graduan yang berkualiti untuk menempuh alam pekerjaan. 

Sesuai dengan kehendak pasaran pekerjaan yang mengiginkan graduan yang berkualiti dari segi akademik untuk meningkatkan lagi kepercayaan kepada majikan yang ingin mengambil kerja disamping tanpa bayaran balik kepada PTPTN kerana kecemerlangan dalam akademik.

Selaras dengan kehendak rakyat yang mengiginkan pendidikan percuma kini telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional walaupun ianya menjadi manifesto pembangkang ketika PRU ke-12. 

''Mereka yang berjaya dengan keputusan cemerlang itu perlu tampil membuat permohonan menukarkan pinjaman kepada biasiswa di mana-mana cawangan PTPTN dan tiada tempoh masa tertentu." - Kata Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said

"Sebelum ini, mereka tidak mendapat pengecualian tersebut tetapi kerajaan baru-baru ini bersetuju mengecualikan mereka daripada membayar balik pinjaman apabila lulus cemerlang dengan memperoleh kelas pertama mengikut pengajian diikuti," - Jelasnya lagi

Sehingga 31 Januari lalu, PTPTN telah menukarkan pinjaman sebanyak RM450.47 juta kepada biasiswa bagi menghargai kesungguhan para penuntut terbabit yang berusaha mencapai keputusan berkenaan.

Pengecualian PTPTN hanya diberikan kepada graduan yang berjaya dengan cemerlang dan bukannya diberikan kepada graduan yang lemah dan tidak cemerlang serta yang bermasalah semasa di universiti. Tindakan kerajaan ini tepat supaya lonjakan akademik berterusan dan universiti dapat melahirkan cerdik pandai yang berkualiti apabila bergraduan nanti. 

p/s - yang gagal tak kan nak diberikan percuma kan, tidak ada kesungguhan tapi nak percuma, jangan jadi seperti Adam Adli. 



Tuesday 26 February 2013

PANAS!! "Haiwan" UPSI Ambil Baucar Buku RM250 Bantuan Kerajaan BN!

TS Perak (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Tanjong Malim, 26 Feb - Hari ini Universiti Pendidikan Sultan Idris mula menyerahkan baucar buku 1 Malaysia (BB1M) kepada mahasiswa mahasiswi UPSI yang bertempat di Dewan Kolej Ungku Omar kampus baharu bermula pukul 2.30 petang sebentar tadi. 

Kelihatan berpusu-pusu mahasiwa UPSI yang hadir untuk mendapatkan baucar buku tersebut yang diberikan oleh kerajaan BN bagi meringankan beban mahasiswa bagi membeli buku untuk meningkatkat kecemerlangan akademik supaya mendapat kelas pertama diakhir semester bagi mendapat pendidikan percuma untuk bayaran PTPTN. 

Inisiatif BB1M ini dapat memberi memberi manfaat kepada 1.3 juta orang pelajar. Inisiatif ini juga dirangka untuk meringankan beban perbelanjaan pembelian buku pengajian. Selain daripada itu, inisiatif ini dijangka dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Mahasiswa Pendidik (MP) yang merupakan pembangkang utama di UPSI selain Legasi Mahasiswa Progresif (LMP) juga dilihat hadir untuk mengambil baucar buku walaupun Nik Abdul Aziz Nik Mat mengeluarkan fatwa haiwan kepada penerima bantuan daripada kerajaan pusat. 

Keadaan ini memperlihatkan bahawa BB1M dan juga BR1M ini benar-benar dapat membantu rakyat walaupun dilabelkan sebagai haiwan namun bantuan demi bantuan ini tetap juga diambil oleh mahasiswa yang menyokong pembangkang tanpa rasa segan silu.


Terdapat juga koordinator MP yang baharu Abdul Hakim dan juga rakan-rakan MP turut hadir untuk mengambil bantuan tersebut dengan mengenakan baju Mahasiswa Pendidik. 

Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. namun tangan yang memberi digigitnya dan dikatakan zalim dan pemerintah menyiksa rakyat. Hasilnya pada hari ini transformasi yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berjaya membantu meringan beban rakyat.

Gambar yang sempat dirakamkan sekitar penyerahan BB1M,

(Team Mahasiswa Pendidik)




p/s - "Haiwan" (kepada yang terasa) ambil BB1M tanpa rasa segan silu, ingatlah jasa BN kepada kita, tanpa BN kita tidak akan maju, aman dan sentosa seperti hari ini.

Manifesto Kitar Semula, Firaun & Kecelaruan Agihan Kerusi!

TS Selangor (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com


Shah Alam, 26 Feb - Pembangkang yang semakin terdesak kini terpaksa kitar semula manifesto lama bagi meraih sokongan rakyat untuk menang PRU ke-13 kali ini apabila Barisan Nasional (BN) telah semakin mendapat sokongan padu rakyat hasil daripada Transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul Razak.

Sepanjang tempoh 5 tahun pakatan memerintah beberapa buah negeri di Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Selangor memperlihatkan bahawa banyak janji-janji gagal dilaksanakan. Kali ini pembangkang memperkenalkan menifesto bertemakan pakatan harapan rakyat yang berpaksikan kepada kepada 4 tonggak, rakyat bersaudara, ekonomi rakyat kesejahteraan rakyat dan juga kerajaan rakyat. 

Pada konvensyen semalam, pembangkang langsung tidak membentangkan hasil 5 tahun pemerintahan pakatan dibeberapa buah negeri untuk memperlihatkan kejayaan pakatan menerusi manifesto pada PRU ke-12. 

Hadi Awang kini mendakwa pemberian BR1M adalah perbuatan firaun yang pernah dilakukan pada ribuan tahun dahulu. Menurut Hadi  tindakan Firaun yang memperbodohkan rakyat dengan pemberian BR1M seperti yang disebut dalam Al-Quran. 

Pada zaman Firaun masih lagi belum ada BR1M yang meringankan beban rakyat bagi membantu rakyat. Hadi juga mendakwa BR1M seperi memberi hampas kelapa kepada ayam dan lembu. 

Firaun yang didakwa oleh Hadi Awang inilah yang mempertahankan kalimah Allah, membina masjid, membuat kelas tahfiz, membela nasib Palestin hingga sanggup melawat Palestin yang masih dalam keadaan tidak aman ketika itu, membantu orang daif dan kurang upaya dan mendamaikan Islam  dan Kristian di Filipina. 



Kegagalan pembangkang memutuskan kira-kira 100 kerusi Parlimen dan DUN menunjukkan pergeseran antara 3 parti pembangkang DAP. PKR dan PAS. 

"Seperti ada masalah mereka untuk memilih sama ada calon DAP, Pas atau PKR bertanding di satu-satu kawasan dan mungkin juga ada pertelingkahan berebut menjadi calon dalam setiap parti itu." - Pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib 

"Secara langsung, ini juga menunjukkan pakatan pembangkang amat kekurangan calon berwibawa untuk bertanding, apatah lagi bagi mewakili rakyat di sesebuah kawasan Parlimen mahupun DUN dan keadaan ini amat berbeza dengan kesiapsiagaan Barisan Nasional (BN)," - Jelasnya lagi

Berita SemalamPANAS!! Malaysian Malaysia Fokus Utama PR Pinggir Melayu & Islam! @anwaribrahim @abdulhadiawang @limkitsiang

p/s - Pembangkang semakin terdesak untuk menang PRU-13 sehingga sanggup menghalalkan segala cara. 

PANAS!! Malaysian Malaysia Fokus Utama PR Pinggir Melayu & Islam! @anwaribrahim @abdulhadiawang @limkitsiang

TS Selangor (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Shah Alam, 25 Feb - Pakatan pembangkang kini menuju ke arah Malaysian Malaysia untuk menghapuskan semua keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan untuk hak sama rata semua kaum tanpa ada hak istimewa kepada kaum pribumi. 

Manifesto pembangkang yang bertemakan "pakatan harapan rakyat" ini telah dilaksanakan oleh Barisan Nasional sebelum ini, antaranya menghapuskan tol. kerajaan BN yang sedia ada kini telah mengurangkan tol dari semasa ke semasa. 

Pendidikan percuma yang dilaungkan oleh pakatan juga telah dilaksanakan dengan baik oleh BN dan ingin melihat pelajar-pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan sebelum mendapat pendidikan yang percuma, bukannya seperti pakatan pembangkang yang inginkan pendidikan percuma tanpa pelajar-pelajar berusaha mencapai kecemerlangan.

"Perlu difikirkan bahawa kediaman, makan minum, pengangkutan dan belanja harian langsung tidak disentuh oleh pembangkang dan manifesto ini lemah dan tidak menarik kerana pembangkang tidak mempunyai pakar ekonomi" - Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ketua Menteri Melaka

"Elaun RM1000 yang dijanjikan kepada warga emas dan pelajar tadika langsung tidak ditunaikan" - Katanya lagi

"Walaupun mereka berkuasa di Pulau Pinang, kerajaan pembangkang tidak pun memberikan pendidikan percuma dan membina rumah untuk golongan miskin" - Shaik Hussein Mydin

Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang Prof Datuk Seri Amar Diraja Dr Mohammad Fairus Khairuddin menyifatkan bahawa manifesto pembangkang kali ini adalah satu propaganda yang hina untuk mengaburi mata rakyat Malaysia. 


Secara keseluruhannya manifesto pembangkang kali ini langsung tidak dapat menarik perhatian rakyat kerana tiada unsur kerohanian dan pembangunan insan, tiada rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu dan tidak mengambil kira kelansungan orang Melayu.

"Bangsa Melayu yang masih serba-serbi ketinggalan terutama dalam bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing di peringkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti," - Presiden Jati Malaysia, Datuk Dr. Hasan Ali

p/s - banyak retorik dan ucapan politik pada pembentangan konvensyen, manifesto bukan janji kepada pakatan pembangkang. 

Monday 25 February 2013

Nik Aziz Dikecam Rakyat Akibat Fatwa Penerima BR1M Adalah Adalah Haiwan! @nikabdulaziz

TS Kelantan (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com

Jeli, 25 Feb - Rakyat terus mengecam fatwa terbaharu Nik Aziz mengenai penerima BR1M adalah haiwan. "Siapa cakap kami lembu. Kami tidak ada kerja, tiada duit jadi bila Kerajaan Pusat bagi duit, kami semua gembira boleh buat beli barang, baju baharu dan macam-macam lagi." - Abos Kunyit 

"Seumur hidup saya, tidak pernah ada orang datang rumah bagi duit RM500. Kalau jual sayur pun boleh dapat hasil sikit sangat cukuplah untuk beli beras, gula dan garam. - Katanya lagi

Abos Kunyit adalah salah seorang penduduk orang asli yang melahirkan rasa terkilannya kepada penghinaan Nik Aziz itu selepas menerima BR1M sebanyak RM500 yang telah diserahkan sendiri oleh Ahli Parlimen Jeli merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed.



"Pemimpin Pas tidak dapat menerima kenyataan bahawa pemberian BR1M dan BR1M 2.0 telah disambut baik setiap rakyat kerana ia berjaya membantu meringankan beban setiap penerimanya." - Datuk Seri Mustapa Mohamed

"Kenyataan menyamakan manusia sebagai haiwan adalah satu kenyataan tidak bertanggungjawab selain merupakan satu manifestasi seorang pemimpin yang hilang kewarasan dan pertimbangan." - Senator Ezam Mohd Noor

"Anak muda dan masyarakat sudah matang berfikir dan mampu menilai sesuatu kenyataan oleh seseorang pemimpin." - Katanya lagi

''Justeru, pemimpin begini perlu dihukum sewajarnya dengan menolak mereka pada pilihan raya umum akan datang," - Jelasnya lagi

Datuk Seri Musa Aman berkata, kenyataan itu jelas menunjukkan parti pembangkang bukan sahaja tidak bertanggungjawab tetapi juga gagal menghargai perasaan rakyat di negeri ini.

"Kita amat sedih dan berdukacita dengan kenyataan itu yang menunjukkan parti pembangkang sudah begitu terdesak" - Katanya lagi

"Bagi rakyat Sabah, BR1M ini adalah pemberian yang akan mereka kenang dan mereka ucap terima kasih kepada pucuk pimpinan negara, Datuk Seri Najib Tun Razak," - Jelasnya lagi

p/s - Nik Aziz dah nyayok boleh ke nak jadi pemimpin lagi, kesian pengundi PAS yang amik BR1M yang dilabelkan sebagai haiwan. 

GEMPAR!! Anwar Disahkan Sakit Kronik! @anwaribrahim

TS Melaka (Al-Kahfi)
tenterasabilbloggers@gmail.com


Telok Mas, 25 Feb - "Anwar mempunyai sakit kronik yang serius kerana terlalu inginkan jawatan Perdana Menteri" - Prof. Datuk Seri Amar Diraja Dr Mohd Fairus Bekas Timbalan Ketua menteri 1 Penang.

"Dalam PKR, Anwar terpaksa mengangkat dirinya sendiri dengan mewujudkan jawatan Ketua Umum, sedangkan tiada pun mana-mana parti yang mempunyai jawatan ketua umum ini" - Katanya lagi

"Jika Anwar perlukan 1 jam untuk berdebat, berikan saya 10 minit sahaja, 50 minit Anwar cakap la apa pun"

"Sebelum Anwar sibuk-sibuk nak berdebat dengan PM, debat dengan kami (pemimpin kanan PKR yang telah keluar parti) kerana kami telah lama bersedia untuk berdebat dengan Anwar, PM banyak lagi kerna yang hendak dibuat daripada layan Anwar Ibrahim" - Jelasnya lagi.

"Jika masih ingat, dulu Anwar kata projek Putrajaya kini projek membazir, kini Anwar Ibrahim duk kejar jawatan PM nak rampas Putrajaya" 


Ceramah Datuk Seri Mohd Fairus ini telah berlangsung di Telok Mas Melaka yang telah bermula pada pukul 8.45 Malam pada 23 Feb 3012. Dalam ceramah beliau telah menjelaskan juga bahawa Anwar ini banyak menipu rakyat semasa beliau menjadi Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang. Turut Hadir pada ceramah ini ialah ADUN Telok Mas Datuk Wira Latiff Tamby Chik

Anwar Juga bakal membawa anak keduanya selepas anak pertamanya Nurul Izzah dalam arena politik negara untuk bertanding dalam PRU ke-13 sekaligus menyandang jawatan majlis tertinggi dalam PKR.

Parti Keluarga Ranjang (PKR) ini akan membawa seberapa ramai ahli keluarganya dalam parti bagi menguatkan kuasa Anwar suapa tiada yang mampu menindasnya kerana jawatan tertinggi semuanya di sandang oleh keluarganya sendiri. 

Gambar yang sempat dirakamkan sekitar ceramah,






p/s - Anwar semakin kuat sakit kronik untuk mendapat jawatan PM, Hospital bahagia menunggu Anwar.


Friday 22 February 2013

PANAS!! Haram Anwar Jadi Perdana Menteri - Pemimpin Tertinggi PAS!

TS Kuala Lumpur
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Lumpur, 22 Feb - "Pemimpin tertinggi PAS itu mengatakan bahawa haram bagi Anwar untuk meminta jawatan Perdana Menteri" - Kata pemimpin tertinggi PAS tersebut yang tidak mahu namanya disiarkan.

"Kemudian seorang pemimpin tertinggi PKR menjawab bahawa Anwar tidak pernah meminta jawatan sebagai perdana menteri sebaliknya rakyat yang mengangkatnya dan ini telah dipersetujui oleh PAS dan DAP semenjak PRU 1999." Kata sumber itu lagi.

Senario keadaan pakatan pembangkang ini dilihat PAS semakin menolak Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekirannya pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU ke-13. 

Menurut satu sumber dalaman PAS mengesahkan bahawa PAS ada menawarkan kepada pemimpin UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah Ahli Parlimen Gua Musang sebagai Perdana Menteri sekirannya pembangkang menguasai kerusi parlimen kali ini. 

Menurut sumber lain dalaman PAS berkata, satu pertemuan antara pemimpin tertinggi PAS dan Ahli Parlimen Gua Musang telah diadakan bagi menjemput bekas menteri kewangan itu menjadi Perdana Menteri. 

Majlis Syura PAS juga telah membuat satu persidangan tertutup melibatkan ahli majlis tersebut dan hasilnya Anwar ditolak menjadi Perdana Menteri dan tugas Perdana Menteri akan digalas oleh calon dari luar parti pembangkang.

p/s - PAS, PKR dan DAP semakin tidak sebulu, tidur sebantal mimpi lain-lain. 

Thursday 21 February 2013

PANAS!! Anwar Hina Nik Aziz dan Hadi Awang Kerana Undi di Sabah! @anwaribrahim @abdulhadiawang @nikabdulaziz

TS Sabah
tenterasabilbloggers@gmail.com

Sabah, 21 Feb - Anwar Ibrahim terpaksa menghina Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz kerana undi di Sabah demi mencapai kelansungan untuk merampas Sabah daripada Barisan Nasional (BN) 

Ketika berucap dihadapan komuniti bukan Islam di Sabah Anwar dengan jelas berkata bahawa "Nik Aziz no longer understands Islam, Hadi Awang too. He just follows"

Anwar sanggup memburukkan sesiapa sahaja demi mencapai matlamatnya walaupun isu itu berkait dengan soal agama Islam. Anwar adalah sesumpah agama dan politik apabila dihadapan masyarakat cina dia akan cakap lain demi meraih sokongan undi. 

Perkara ini telah berlaku di Kg Buah Pala Pulau Pinang yang Anwar berjanji kepada masyarakat India namun hasilnya setelah DAP memerintah Penang, rumah masyarakat India tersebut dirobohkan, Anwar hanya inginkan undi namun perlaksanaanya akan menjadi sebaliknya. 

Anwar telah memperkecilkan ilmu agama rakan sekutunya dalam parti pembangkang yang lebih dikenali sebagai Tok Guru dalam kalangan ahli PAS. 

Rakyat Sabah diingatkan supaya tidak tertipu dengan mainan politik Anwar Ibrahim yang semakin tersedak dalam menuju PRU ke-13 selepas transformasi yang dibuat oleh datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berjaya menyatukan perpaduan dan sokongan kepada BN.

p/s - Anwar dah kehabisan modal untuk menang pada PRU 13. 

PANAS! Teresa Kok Aksi Panas lagi! @teresakok

TS Selangor 
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Lumpur, 21 Feb - "Semua jawatan dia mahu, tetapi tidak boleh buat kerja, sebab itu sekarang banyak masalah di Selangor," - R.Vellasamy bekas Ketua Cawangan DAP Pantai Sepang

"Sebelum ini, saya telah hantar 11 memorandum minta bantuan bagi kebajikan masyarakat India di Sungai Pelek, Sepang tetapi sehingga kini masih tiada maklum balas," - Katanya lagi

"Pada tahun 2008, semasa itu mereka (pakatan pembangkang) tiada tempat untuk mesyuarat, kita bagi tempat di kuil, mereka janji akan bagi sumbangan dan tanah dengan geran untuk kuil, tetapi sampai sekarang tak ditunaikan," - Jelas R.Vellasamy

R.Vellasamy yang selalu membangkitkan masalah rakyat namun tidak diendahkan oleh Teresa Kok dan hanya menganggap R.Vellasamy sebagai mabuk kerana ingin membantu rakyat.

R.Vellasamy merupakan bekas ketua cawangan DAP Pantai Sepang yang dipecat pada Mei 2012 mendakwa banyak masalah kaum India di Selangor tidak dapat diselesaikan oleh Teresa Kok dan sering mengamalkan sikap pilih bulu dalam menangai masalah masyarakat. 

Teresa Kok merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Kinrara merangkap exco kanan kerajaan Selangor sebagai  Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan kerajaan negeri.

Tahun lepas Teresa Kok ada membuat pertemuan dengan masyarakat cina di Sungai Pelek bagi menyelesaikan masalah rumah ibadat dan sekolah namun Teresa Kok tidak mengadakan pertemuan dengan masyarakat India di Sungai Pelek bagi menyelesaikan masalah masyarakat India. 

p/s - DAP memang untuk cina sahaja bukan untuk Demokratik Action People, maklumlah pecahan daripada PAP singapura. 

Wednesday 20 February 2013

PANAS! Hadi Awang Tempelak DAP Tidak Akan Terajui Kerajaan Pusat! @abdulhadiawang

TS Terengganu 
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Terengganu, 20 Feb – Abdul Hadi Awang dengan yakin dan lantang menyuarakan isi hati bawawa DAP tidak akan dapat menerajui kerajaan pusat meskipun pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya pada PRU ke-13. 

Hadi Awang Mula mempertikaikan 50 kerusi yang dipertandingkan oleh DAP berbanding 222 jumlah kerusi parlimen. 

“Mustahil DAP tidak akan mampu menguasai majoriti 2/3 kerusi bagi membentuk kerajaan” – Hadi Awang 

“Ada yang kata kalau pembangkang menang PRU 13, Malaysia akan diperintah oleh DAP sedangkan DAP hanya bertanding 50 kerusi sahaja berbanding 222 kerusi parlimen” – Jelasnya lagi 

“Kalau DAP menang kesemua 50 kerusi tersebut, masih lagi tidak boleh memerintah Negara, seperti Terengganu tiada satu pun kerusi DAP.” – Katanya lagi 

Di Kedah 11 DUN menolak kepimpinan Azizan Abdul Razak kerana lemah dalam menerajui parti. Hal ini disahkan sendiri oleh Ketua Unit Peti Undi (UPU) PAS, Megat Dewa Asri Ahmad. 

Asri Ahmad mendakwa Azizan gagal menyelesaikan masalah dalaman parti sehingga ramai dalam kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dan kecewa. Antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah, Kota Siputeh, Bandar Baharu, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas. 

Hari ini Pemuda Gerakan Rabu Tan Keng Liang menyerahkan memorandum kepada Azizan Abdul Razak mengenai hutang Kerajaan Negeri Kedah yang telah mencecah RM2.6 Bilion. 

Semenjak PAS mengambil alih negeri Kedah, hutang meningkat kepada RM1 Bilion sedangkan kerajaan negeri Kedah berkata bahawa mereka berbelanja secara berhemah sebaliknya telah membeli sebuah kereta Mercedes S350 dengan nilai mencecah RM800,000 menggunakan duit rakyat. 

Hutang RM2.6 Bilion tidak termasuk hutang pembinaan KUIN RM330 Juta, dan anggaran hutang kerajaan negeri Kedah mencedah RM2.933 Bilion dan baki kewangan kerajaan negeri hanya tinggal RM193.22 Juta.

p/s - PAS semakin terdesak dan didesak menuju ke PRU-13. 

Monday 18 February 2013

PANAS!! Lagi 1000 Ahli PAS Batal Keahlian DUN Pasir Panjang! @mbnizar

TS Perak 
tenterasabilbloggers@gmail.com


Lumut, 18 Feb -  "Saya sudah bersama dengan Pas hampir lima tahun dan kami semua amat menderita kerana tidak ada satu pun permintaan kami seperti meminta kemudahan lampu jalan dan taman permainan dilayan oleh wakil rakyat. - S. Saravanan

"Lebih menyakitkan hati apabila kami meminta peruntukan untuk mengadakan jamuan kecil tetapi kami dimarahi dengan alasan tiada sebarang peruntukan," katanya.


1000 Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang hari ini mengumumkan membatalkan keahlian PAS dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-13. 

Kumpulan ini diketuai oleh S.Saravanan, 42 setelah merasa tertipu dengan pelbagai janji manis yang ditaburkan oleh PAS dan Mohammad Nizar ketika PRU ke-12 lepas. 

S.Saravanan merupakan bekas pengerusi DHPP kini hilang keyakinan terhadap PAS dan Mohamad Nizar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri. 
p/s - Semakin ramai tinggalkan PAS, kini PAS hanya tinggal sampah sahaja untuk golongan Anwarinas. 

PANAS!! Sah Dr. Haron Din dan Harun Taib Tinggalkan PAS! @abdulhadiawang

TS Kuala Lumpur
tenterasabilbloggers@gmail.com


Kuala Lumpur, 18 Feb - ''...tetapi apa kesan kepada masyarakat? Orang Islam masih ada yang menyokong. Dia dengar saya agak bertegas sikit, mereka hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) maki saya... sempit fikiran, tak faham situasi, tak reti bahasa. Tak apa... tidak mengapa.

''Tetapi macam mana boleh kita terima? Apa tujuannya orang Kristian nak terjemah Bible mereka daripada 'god' kepada Allah? Apa tujuan mereka? - Dr Haron Din 


Timbalan Mursyidul Am Pas Dr. Haron Din terus mempertahankan kalimah Allah sehingga akhir hayatnya tanpa memikirkan lagi mengenai parti PAS yang ingin berkuasa memerintah Malaysia. Melihat kepada keadaan ini Dr. Haron Din akan meninggalkan PAS kerana hala tuju PAS kini telah terpesong jauh daripada matlamat asal selepas bekerjasama dengan kafir harbi DAP dan parti liberal PKR. 

Dr. Haron Din baru-baru ini yang berceramah di Taiping Perak sekali lagi menegaskan akan mempertahankan Kalimah Allah sehingga akhir hayatnya. 

Dr. Hassan Ali yang merupakan bekas EXCO Selangor dan kini Presiden NGO Jati pastinya gembira dengan tindakan Dr. Haron Din dan kemungkinan besar Dr. Haron Din akan bergabung bersama-sama Dr. Hassan Ali bagi mempertahankan agama Islam daripada dilacurkan oleh PAS. 

Dato' Harun Taib dan Ustaz Nasha juga bakal mengikut jejak Dr. Haron Din meninggalkan PAS setelah kecewa dengan Presiden PAS yang tidak mampu mempertahankan Kalimah Allah. 


p/s - Semakin ramai ulama tinggalkan PAS dan kini dalam PAS hanya puak Anwarisnas. 

Sunday 17 February 2013

5 Perkara PAS Hilang Kuasa PRU-13!

TS Terengganu
tenterasabilbloggers@gmail.com

Besut, 17 Feb - PAS bakal hilang kuasa pada PRU ke -13 kali ini apabila memperlihatkan 4 perkara yang membelenggu pemimpin PAS ketika ini. 

Perkara pertama PAS ditolak umat Islam di Malaysia kerana "Amanat Haji Hadi" yang gagal diselesaikan yang memberi kesan perpecahan kepada umat Islam hingga kini. 


Perkara kedua yang kedua ialah elemen Khawarij yang masih diamalkan dalam Pas yang mudah menyalahkan orang lain tanpa memandang secara positif akan sesuatu isu atau perkara juga menjadi penyebab.

Perkara ketiga pemecatan beberapa tokoh agama dalam Pas seperti Ustaz Nasha yang dibuat tanpa soal selidik juga telah menyebabkan umat Islam sudah hilang kepercayaan kepada Pas yang selama ini menggembar-gemburkan dirinya sebagai parti yang memperjuangkan Islam.

Perkara keempat ialah sikap pemimpin Pas yang sentiasa berdolak dalik dan sering berubah pandangan berhubung sesuatu isu membuktikan Pas sebagai parti tiada pendirian yang mudah menurut telunjuk terutama dari DAP.

Perkara yang kelima dan terakhir ialah mengenai isu Kalimah Allah yang membuatkan ramai pengikut tegar PAS meninggalkan parti kerana PAS tidak mampu mempertahankan Kalimah Allah dan kini semakin dipersoalkan oleh DAP yang merupakan komponen pakatan rakyat.

Melihat kepada 5 perkara ini PAS bakal dijatuhkan sendiri oleh penyokongnya yang kini tidak mahu lagi bersekongkol melacurkan agama Islam. PAS juga mengamalkan mazhab Syiah kerana Mursyidul Am PAS lebih berkuasa daripada Presiden PAS sendiri seperti yang berlaku di Iran, Mahmoud Ahmadinejad sebagai presiden namun Ayatollah Khomeini lebih berkuasa daripada Presiden Iran. 

p/s - PAS hilang kuasa, DAP semakin kemaruk ingin memerintah Malaysia. 


GEMPAR!! PAS Keluar Pakatan Rakyat Setelah Ramai Penyokong Keluar Parti! @abdulhadiawang

TS Terengganu
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Terengganu, 17 Feb - Abdul Hadi Hadi Awang dengan lantang menyuarakan hasrat untuk PAS keluar daripada Pakatan Rakyat sekirannya pakatan itu merugikan Islam.

"Pas beri jaminan kerjasama Pas dengan DAP dan PKR selagi dapat pertahankan Islam, tetapi sekiranya kerjasama itu merugikan Islam, Pas akan keluar dari pakatan rakyat (pembangkang), tiada ragu-ragu lagi," - Abdul Hadi Awang

Hadi menyampaikan hasrat tersebut ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS ganti UMNO di Kampung Banggol Peradong. 

"Selagi ketiga-tiga parti tersebut mampu bekerjasama dalam mempertahankan Islam, Pas akan meneruskan permuafakatan berkenaan." - Jelas Hadi Awang lagi

Memperlihatkan realiti PRU-13, PAS tidak akan keluar daripada pakatan rakyat kerana pembahagian kerusi pada pilihan raya kali ini menjadi milik DAP dengan 90 kerusi, PKR 66 Kerusi dan selebihnya 56 kerusi sahaja milik PAS. 

PAS tidak akan mampu memenangi kesemua 56 kerusi yang dipertandingkan dan akan berharap kepada DAP dan PKR untuk memenangi seberapa banyak kerusi bagi membentuk kerajaan pusat. Hadi terpaksa menipu penyokong sendiri untuk PAS keluar pakatan kerana memperlihatkan semakin ramai penyokong tegar parti itu telah meninggalkan parti. 

Di Johor Bahru, 20 individu yang mendakwa mereka ahli PAS Bahagian Pasir Gudang mengadakan demonstrasi tindakan pemimpin pakatan yang mempersoalkan keputusan Majlis Syura yang mempertahankan Kalimah Allah. 

Perhimpunan aman di pekarangan Masjid Jamek Taman Cendana, Pasir Gudang dekat sini berlangsung kira-kira 10 minit. Wakil kumpulan berkenaan, Abd. Razak Mansur melahirkan kekecewaan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh; Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana masih berdegil enggan menerima keputusan melarang penggunaan kalimah terbabit oleh orang bukan Islam.


p/s - PAS semakin terdesak kerana ramai penyokong tegar meninggalkan parti. 

Saturday 16 February 2013

Lagi 80 Orang Pengikut PAS Tegar Marang Keluar Parti! @abdulhadiawang

TS Terengganu
tenterasabilbloggers@gmail.com

Marang, 16 Feb - "Anak muda mahukan perubahan dan pembangunan, tetapi Pas tidak dapat melakukannya, sebaliknya hanya menyemarak pergeseran dalam masyarakat," - Ahmad Aminuddin Ramly antara golongan muda yang meninggalkan PAS

"PAS dilihat tidak konsisten dalam perjuangan termasuk isu Kalimah Allah selain pemimpin PAS yang gagal melaksanakan tanggungjawab" - Ramli Abdullah wakil penyokong tegar PAS yang keluar parti

Transformasi yang dibuat oleh Barisan Nasional (BN) telah membawa pelbagai manfaat kepada rakyat kata Ramli Abdullah yang merupakan wakil pengikut tegar PAS yang keluar daripada parti. Beliau telah 35 tahun bersama PAS dan kini meninggalkan parti itu. 

80 orang pengikut tegar PAS ini daripada kawasan Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan dan mereka terdiri daripada penyokong tegar dan golongan muda. 

Ahli Dewan Undangan Negeri Pengkalan Berangan, Datuk Yahya Khatib Mohamad mengalu-alukan pendirian mereka dan yakin kehadiran mereka dapat menguatkan lagi BN.

p/s - Semakin ramai penyokong tegar PAS meninggalkan parti, apa nak jadi dengan parti PAS?






Wednesday 13 February 2013

Undi PAS Haram, DAP Bela Islam Demi Bukan Islam Gunakan Kalimah Allah!

TS Kuala Lumpur
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Lumpur, 13 Feb - "Orang Melayu di negara ini akan porak-peranda sekiranya diperintah DAP yang tidak pernah menghormati sentimen masyarakat itu"  Kata Tunku Abdul Aziz

"Pemimpin DAP yang sering memperlekehkan sensitiviti Islam dan orang Melayu selain sering menampilkan dasar yang hanya mementingkan perjuangan kaum Cina." Jelasnya lagi

Umat Islam negara ini perlu lebih rasional dalam memilih pemimpin negara supaya Agama, Bangsa dan Negara tidak digadaikan seperti yang terjadi apabila Singapura dibawah pemerintahan PAP kini yang ingin diteruskan di Malaysia dengan dasar Malaysian Malaysia. 

Abdullah Sa'amah Pondok Genting yang juga Penasihat Minda Pondok berkata kegagalan PAS mempertahankan Kalimah Allah menunjukkan parti tersebut jahil tentang agama dan hanya menumpukan kepada kuasa dan politik. 

"Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum. Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam, dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.

"Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab, kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan. Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil.

"Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam. Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil," 

"Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah (digunakan oleh bukan Islam),"

p/s - Undi PAS haram kerana melacurkan agama sendiri kepada kafir harbi. 

Tuesday 12 February 2013

Anwar Perdana Menteri Boneka - Karpal Singh

TS Penang
tenterasabilbloggers@gmail.com

Georgetown, 12 Feb - "Pilihan DAP adalah Anwar Ibrahim dan saya fikir pilihan ini akhirnya akan disokong Pas dan PKR (Parti Keadilan Rakyat) kerana Anwar Ibrahim paling layak," - Karpal Singh

Kenyataan Karpal Singh kepada media ini menunjukan bahawa PAS ditolak dalam pakatan pembangkang dan pilihan Anwar menjadi Perdana Menteri adalah sebagai boneka supaya DAP dapat menguasai Malaysia dan sekaligus menguasai orang Melayu.

Cita-cita DAP adalah untuk menghapuskan Raja-Raja Melayu sebagai tembok terakhir Malaysia bagi menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik seperti Singapura. 

Tindakan Majlis Syura mempertahankan kalimah Allah daripada digunakan oleh bukan Islam adalah satu tamparan hebat kepada Anwar dan DAP dan ini menunjukkan bahawa Majlis Syura menolak Anwar dalam keadaan tersirat dan masih ingin menunjukkan kerjasama kerana keadaan PRU ke-13 yang semakin hampir.

p/s - Anwar tidak disenangi PAS kerana dasar PAS dan PKR tidak mempunyai persamaan. 

Sunday 10 February 2013

PANAS!! 10, 000 Anak Muda Bangkit Tolak PAS Kedah!

TS Kedah
tenterasabilbloggers@gmail.com

Padang Terap, 9 Feb - Anak Muda Kedah terus bangkit menolak kerajaan negeri Kedah dibawah pimpinan PAS apabila 10, 000 anak muda membuat perhimpunan membantah aktiviti pembalakan berleluasa di kawasan tadahan air di Charok Batang Padi sebagai protes terhadap tindakan PAS Kedah. 

lebih 2, 000 motosikal, 675 buah kereta dan 58 buah bas dari seluruh negeri hadir berhimpun lebih 3 jam di kawasan berkenaan bermula pukul 10 pagi. Peserta perhimpunan memakai baju merah sebagai tanda gelombang merah dan kebangkitan anak muda Kedah. 

Anak muda Kedah mula sedar dan bangkit setelah janji-janji PRU-12 yang dibuat oleh PAS tidak dilaksanakan dan PM telah berjanji untuk memberikan litar lumba kepada anak muda jika BN kembali berkuasa di negeri Kedah. 

p/s - Tahniah anak muda, teruskan kebangkitan gelombang merah. 

Thursday 7 February 2013

PANAS!! Rosmah Mansor Bersama Anak Muda? @1stLadyMalaysia

TS Cyberjaya
tenterasabilbloggers@gmail.com

Cyberjaya, 7 Feb - Anak muda Malaysia hari ini amat bertuah kerana mempunyai kerajaan yang begitu komited yang entiasa mendengar luahan anak muda dan membela nasib mereka.

"Sewaktu saya ke Gaza, saya begitu sedih melihat keadaan disana kerana mereka tidak tahu apa yang akan berlaku esok, tiada jaminan nyawa bagi mereka." - Kata Datin Seri Paduka Rosmah Mansor

"Ibu bapa sentiasa khuatir akan keselamatan anak-anak, sekolah dalam keadaan daif, keadaan universiti bukan seperti negara kita kerana ia telah di bom. Kita disini aman dan selamat" - Jelas beliau lagi.

Datin Seri Paduka Rosmah Mansor berucap sewaktu meraikan pelajar-pelajar generasi global felda Lim Kok Wing. Seramai 100 orang pelajar anak peneroka felda dipilih mengikuti program tajaan felda bersama Universiti Lim Kok Wing. 

p/s - Bersyukur kerana negara kita Malaysia masih lagi aman dan damai. 




Wednesday 6 February 2013

Guan Eng Cuba Cetuskan Sejarah Hitam 13 Mei!

TS Kuala Lumpur
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Lumpur, 5 Feb - Pemimpin diperingkat akar umbi DAP melahirkan rasa kecewa terhadap Lim Guan Eng kerana terus membisu mengenai isu Kalimah Allah. 

"Mengapa perlu memberi perutusan seperti itu pada hari krismas? bukankah itu hak Ekslusif orang Islam, mengapa mahu menyinggung perasaan mereka? Saya bingung dan kecewa dengan ucapan beliau" - Kata Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia, Richard Francis Sosay

"Guan Eng seharusnya tidak mencampurkan isu politik dengan agama kerana tindakan ini akan mengakibakat pertelagahan antara agama yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum yang bersatu pada selama ini." - Jelas Richard Francis Sosay lagi

"Saya sebagai penganut agama Kristian yang berpegang teguh terhadap agama tidak menyukai jika orang luar bercakap mengenai agama kami begitu jugalah dengan agama Islam, janganlah gunakan agama untuk menjadi sandaran bagi mendapat kuasa dalam politik." - Kata Richard Francis Sosay lagi

p/s - ketegangan antara kaum cuba dicetuskan oleh DAP semula setelah 13 Mei 1969 meninggalkan kesan mendalam antara kaum. 


SWP Menipu Rakyat Sarawak Cuba Pecahkan Undi BN!

TS Sarawak
tenterasabilbloggers@gmail.com

Pakan, 6 Feb - Datuk Joseph Salang mencabar Parti Pekerja Sarawak (SWP) menggunakan logo BN jika benar-benar menyokong Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Menteri Sarawak Taib Mahmud.

"Para pemimpin SWP selalu memberitahu rakyat Sarawak diperingkat akar umbi bahawa parti tersebut direstui Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak" - Kata Joseph Salang

"Ini menunjukkan jelas bahawa jika benar-benar SWP menyokong BN seperti yang sering didakwanya pada perhimpunan yang diadakan diluar bandar" - Jelasnya lagi

"Dakwaan untuk menipu rakyat supaya rakyat Sarawak memberikan undi kepada calon SWP pada PRU akan datang" Jelas Joseph Salang lagi

SWP cuba meraih undi dengan mengatakan bahawa SWP direstui oleh Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sarawak demi undi calon parti tersebut.

Perbuatan seumpama ini menunjukkan SWP terdesak untuk menang dikawasan yang ditandingi SWP terutama di Julau.

p/s - Bagaimana hendak memimpin jika menipu rakyat. 

PAS & PKR Hilang Sokongan, 400 Ahli PAS & PKR sertai UMNO Di Besut!

TS Terengganu
tenterasabilbloggers@gmail.com


Besut, 5 Feb - PAS dan PKR mengalami kehilangan sokongan ketika PRU ke-13 semakin hampir apabila 400 ahli PAS dan PKR hari ini bertindak keluar parti apabila hilang kepercayaan dan dan pembangkang mula terpesong daripada landasan perjuangan. 

250 Orang daripada kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera, 83 orang daripada DUN Kuala Besut, 34 orang daripada DUN Jerteh dan selebihnya 21 orang daripada DUN Hulu Besut. 

Program Selamat Tinggal Pembangkang (STP) peringkat pertama anjuran UMNO Besut ini telah membawa kepada penyerahan borang keahlian UMNO ini kepada Datuk Seri Idris Jusoh yang juga ketua UMNO bahagian Besut. 

Ibrahim Mamat, 56 yang menjadi wakil pertama dari Kampung Lapan Kotak mendahului yang lain untuk menyerahkan borang keahlian. Beliau telah 20 tahun dalam PAS dan rela meninggalkan PAS kerana PAS telah terpesong daripada matlamat asal parti.

p/s - Semakin ramai tinggalkan pakatan, ini menunjukkan rakyat semakin muak dengan helah pembangkang. 

Monday 4 February 2013

Harun Taib Tempelak Karpal Singh! #KalimahAllah

TS Kuala Lumpur
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Lumpur, 4 Feb - "Kita tidak peduli pandangan Karpal. Siapa dia hendak beri pandangan? Dia pun daripada parti lain," - Harun Taib

Harun Taib menegaskan bahawa Karpal tidak patut campur urusan dalaman PAS kerana dia bukan daripada ahli PAS. 

Semalam Karpal Singh menegaskan bahawa keputusan melibatkan pakatan pembangkang telah dibuat secara bersama dan telah mendapat persetujuan mengenai isu kalimah Allah yang akan digunakan oleh bukan  Islam. 

"Majlis Syura Ulama Pas hanya satu komponen dalam Pas sedangkan keputusan yang dibuat sebelum itu melibatkan pakatan pembangkang dengan persetujuan kepemimpinan tertinggi ketiga-tiga parti iaitu DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)." - Karpal Singh

Ketua Dewan Ulama Pas Harun Taib turut mempertikaikan kelayakan Karpal untuk memberikan pandangan dalam isu tersebut.

Harun mengulas kenyataan Karpal baru-baru ini yang mahu Abdul Hadi mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang berpendirian kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh umat Islam.

Sunday 3 February 2013

Karpal Tetap Berdegil, Ahli PAS Kelantan Bantah DAP! #KalimahAllah

TS Kelantan
tenterasabilbloggers@gmail.com


Kota Bharu, 3 Feb - "Majlis Syura Ulama Pas hanya satu komponen dalam Pas sedangkan keputusan yang dibuat sebelum itu melibatkan pakatan pembangkang dengan persetujuan kepemimpinan tertinggi ketiga-tiga parti iaitu DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kata Karpal Singh

"Jadi, Majlis Syura Ulama Pas harus menghormati keputusan yang telah dicapai pakatan pembangkang," - Jelasnya

Sentimen agama sengaja dimainkan oleh DAP apabila PRU semakin hampir bagi mengukuhkan sokongan bukan Melayu. DAP yang merupakan serpihan daripada PAP yang mencetuskan sejarah hitam negara pada 13 Mei 1969 cuba mengembalikan semula detik itu dalam PRU ke-13 untuk mengusai kerajaan pusat dalam keadaan keamanan yang tidak stabil.

"DAP kecewa dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang jelas bercanggah dengan keputusan diambil pakatan pembangkang," jelasnya lagi.

Di Kota Bharu sekumpulan ahli PAS telah telah membuat perhimpunan bagi membantah DAP memainkanisu kalimah Allah yang ingin digunakan oleh bukan Islam. 

Perhimpunan terlah berlangsung di dihadapan Balai Besar lebih 30 orang dan mereka meminta pemimpin PAS tidak takut kepada desakan DAP. 

Kain rentang berbunyi " Pemimpin PAS jangan jadi dayus dalam isu kalimah Allah", Kalimah Allah hak mutlak orang Islam" dan DAP kudakan pemimpin Islam" turut dinaikkan. 

p/s - Sentimen agama cuba dimainkan lagi oleh DAP. Bangkit Islam menentang kafir harbi.

Saturday 2 February 2013

Kerajaan PAS Kedah Gagal, BN Lunaskan Janji PAS!

TS Kedah
tenterasabilbloggers@gmail.com

Alor Setar, 2 Feb - 70 peratus manifesto Barisan Nasional (BN) negeri Kedah telah siap dalam menghadapi PRU ke-13 kali ini. Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata, manifesto yang lengkap akan siap selepas manifesto diperingkat pusat siap sepenuhnya. 

"Kebanyakan anak muda tertarik dengan janji pakatan pada PRU lepas dan memberikan undi kepada pembangkan namun pembangkang tidak melunaskan janji tersebut" - Datuk Mukhriz Mahathir

Manifesto khusus Kedah kini akan menyediakan litar lumba kepada anak muda jika BN kembali memerintah Negeri Kedah. Golongan muda kecewa dengan pakatan kerana litar lumba yang dijanjikan tidak dibina seperti yang dijanjikan dan mesej tersebut telah sampai kepada Perdana Menteri sekaligus Perdana Menteri menjanjikan litar lumba kepada anak muda jika BN kembali berkuasa di Kedah.

Kerajaan prihatin Datuk Seri Najib kembali dapat kepercayaan rakyat kerana berjaya membantu rakyat dari  pelbagai peringkat umur dan memuaskan hati rakyat. 

p/s - Kedah akan kembali kepada BN jika tiada unsur sabotaj kepada calon UMNO. 

Karpal Bakal Saman Ahli PAS Pijak Bendera DAP di Penang? @dapmalaysia

TS Selangor
tenterasabilbloggers@gmail.com

Shah Alam, 2 Feb - Tiga individu yang memijak bendera DAP pada 22 Januari lalu ada penyokong PAS dan bukannya ahli UMNO yang didakwa oleh Karpal Singh. Tiga penyokong PAS tersebut telah memijak bendera DAP apabila Guan Eng mempertikaikan keputusan Majlis Syura yang tidak membenarkan Kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam. 

''Sebelum ini Karpal mendakwa tiga individu berkenaan bukanlah ahli Pas, namun kami telah menyiasat dan mengenal pasti individu terbabit memang ahli Pas di Pulau Pinang." Dr. Mohd. Puad Zarkashi Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Karpal dicabar mengambil tindakan undang-undang terhadap tiga individu terbabit jika berani dan tidak mengambil sikap berdiam diri kerana terlibat dengan sekutu sendiri. 

Perhimpunan pada 22 Januari lepas telah disertai oleh penyokong PAS kawasan Tanjong dan Bagan Ajam yang telah diketuai oleh Zaidi Abu Bakar Pengerusi Tetap PAS kawasan Tanjong. 

p/s - Karpal jika terkena dengan sekutu sendiri tidak berani ambil tindakan kerana takut hilang undi Melayu. 

Friday 1 February 2013

BN Menang Besar Kursus Kahwin Percuma! @NajibRazak

TS Kedah 
tenterasabilbloggers@gmail.com

Alor Setar, 1 Feb - "Banyak lagi hendak dibuat... tunggu manifesto yang akan kita lancarkan khusus untuk Kedah. Kita akan tunjuk kepada rakyat. Masa dah tiba... lima tahun (Pas memerintah) dah cukup, masa perubahan sudah sampai," - Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak

"Kita akan masukkan dalam manifesto juga untuk tanggung RM100 bagi setiap kursus dengan syarat untuk perkahwinan pertama dan sekali sahaja. Saya akan luluskan peruntukan nanti," - 
Jelas Perdana Menteri lagi

Keprihatinan Perdana Menteri ini menggambarkan bahawa kerajaan hari ini tidak pernah melupakan belia dan anak muda bagi membolehkan anak muda mengorak langkah lebih jauh dalam membina dan menempuhi alam kekeluargaan.

"Mana dia litar? Saya nak janji pada saudara-saudari, kita akan masukkan dalam manifesto BN di Kedah buat litar lumba. Janji kita janji ditepati bukan seperti janji pembangkang,"

Perdana Menteri juga berjanji untuk membina litar lumba di Kedah bagi mengelakkan anak-anak muda berlumba dijalanan dan dengan adanya litar ini anak muda dapat membuat aktiviti yang lebih berfaedah dan dapat menyumbang dalam sektor kesukanan dalam bidang permotoran.

Kerajaan yang menerajui kerajaan pusat hari ini adalah sebuah kerajaan yang sentiasa mendengar keluhan rakyat dan mendekati rakyat dalam pelbagai isu setempat bagi meringankan beban rakyat. 

p/s - Lepas ni mesti ada minta duit hantaran pada kerajaan.