ADAT BERSENDI HUKUM, HUKUM BERSENDI SYARAK, SYARAK BERSENDI KITABULLAH!

Followers

Sunday 17 February 2013

GEMPAR!! PAS Keluar Pakatan Rakyat Setelah Ramai Penyokong Keluar Parti! @abdulhadiawang

TS Terengganu
tenterasabilbloggers@gmail.com

Kuala Terengganu, 17 Feb - Abdul Hadi Hadi Awang dengan lantang menyuarakan hasrat untuk PAS keluar daripada Pakatan Rakyat sekirannya pakatan itu merugikan Islam.

"Pas beri jaminan kerjasama Pas dengan DAP dan PKR selagi dapat pertahankan Islam, tetapi sekiranya kerjasama itu merugikan Islam, Pas akan keluar dari pakatan rakyat (pembangkang), tiada ragu-ragu lagi," - Abdul Hadi Awang

Hadi menyampaikan hasrat tersebut ketika Himpunan Kebangkitan Rakyat PAS ganti UMNO di Kampung Banggol Peradong. 

"Selagi ketiga-tiga parti tersebut mampu bekerjasama dalam mempertahankan Islam, Pas akan meneruskan permuafakatan berkenaan." - Jelas Hadi Awang lagi

Memperlihatkan realiti PRU-13, PAS tidak akan keluar daripada pakatan rakyat kerana pembahagian kerusi pada pilihan raya kali ini menjadi milik DAP dengan 90 kerusi, PKR 66 Kerusi dan selebihnya 56 kerusi sahaja milik PAS. 

PAS tidak akan mampu memenangi kesemua 56 kerusi yang dipertandingkan dan akan berharap kepada DAP dan PKR untuk memenangi seberapa banyak kerusi bagi membentuk kerajaan pusat. Hadi terpaksa menipu penyokong sendiri untuk PAS keluar pakatan kerana memperlihatkan semakin ramai penyokong tegar parti itu telah meninggalkan parti. 

Di Johor Bahru, 20 individu yang mendakwa mereka ahli PAS Bahagian Pasir Gudang mengadakan demonstrasi tindakan pemimpin pakatan yang mempersoalkan keputusan Majlis Syura yang mempertahankan Kalimah Allah. 

Perhimpunan aman di pekarangan Masjid Jamek Taman Cendana, Pasir Gudang dekat sini berlangsung kira-kira 10 minit. Wakil kumpulan berkenaan, Abd. Razak Mansur melahirkan kekecewaan terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh; Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana masih berdegil enggan menerima keputusan melarang penggunaan kalimah terbabit oleh orang bukan Islam.


p/s - PAS semakin terdesak kerana ramai penyokong tegar meninggalkan parti. 

No comments:

Post a Comment

Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih