tenterasabilbloggers@gmail.com
Rantau Panjang, 27 Feb - "Nik Abdul Aziz sendiri pernah mengajar supaya terima apa sahaja yang diberikan UMNO. Tapi sekarang lain pula. Itu tidak mengapa, tetapi kalau sampai tahap menghina begini, saya tidak boleh terima. Kami ini manusia bukan haiwan." Kata Ahli Pas, Yaacob Mahmood
"Sejak 22 tahun Pas memerintah juga, tidak ada sebarang hasil pun yang kami dapat. Tapi UMNO tidak pernah abaikan kami meskipun tahu kami penyokong tegar Pas," - Jelasnya lagi
100 ahli PAS Gual Tokdeh dari Kampung Pening Lalat Rantau Panjang hari ini membuat tindakan drastik menyertai UMNO setelah kecewa dengan kepimpinan PAS dan Nik Abdul Aziz.
Ahli PAS Yaacob Mahmood, 78 yang ditemui berkata, dia berasa terhina dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan bantuan Kerajaan Pusat seperti memberi makan kepada ayam dan lembu dan membuat keputusan untuk menyertai UMNO.
"Sekarang mereka nampak sangat angkuh. Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan menghina terhadap sesama manusia apatah lagi beliau sendiri tidak memberi apa-apa bantuan kepada rakyat," - Rosanah Yaacob, Ahli Pas
Rosanah Yaacob berkata dia tidak pernah mengundi UMNO kerana menganggap Pas sebagai parti Islam yang mampu memberi kesejahteraan dunia dan akhirat.
Tanggapan Rosanah meleset kerana prinsip Pas semakin berubah sejak bersekutu dengan DAP dan PKR sehingga sanggup mengadaikan Kalimah Allah kepada bukan Islam.
Borang keahlian UMNO telah diserahkan kepada Ketua UMNO Rantau Panjang Datuk Abdullah Mat Mat Yasim dalam majlis selamat tinggal Pas.
Seramai 10,000 penyokong PAS akan bertindak meninggalkan Pas menjelang PRU ke-13 kali ini untuk Kelantan memberi peluang UMNO memerintah Kelantan setelah 22 tahun Pas memerintah negeri itu.
p/s - Selamat tinggal Pas, Acu Tukar Test Sepenggal Kelantan.
No comments:
Post a Comment
Setiap komentar atau pendapat yang dilontarkan adalah tanggungjawab sendiri dan tidak mempunyai kaitan dengan Tentera Sabil Bloggers. Terima Kasih